Monday, September 2, 2013

GIANT FRESHWATER PRAWNS IN SPICY COCONUT BROTH & HI-TEA

السلام عليكم
Peace be upon you

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Merdeka untuk semua rakyat Malaysia. Pergi celebrate ke Dataran Merdeka kah anda semua? Den? Den dok umah ajo.. den sibok masak on that day. Kalau takde apa-apa event pun tak kuasa mak nak ke sana. Berhimpit-himpit, berpoloh-poloh.. lebih baik den duduk di rumah berkebun and minum teh kikiki.


Hari merdeka haritu I buat la makan-makan sikit and minum petang untuk relatives. Alah, bukan makan-makan grand gitu. Saja buat simple dishes untuk diaorang.. pastu ajak jiran I dua tiga orang, kawan I dua tiga orang, kakak I dengan family dia and boyfriend I, itu aje lah. Cousin I kesedapan makan laksa yang I buat haritu. Sampai dua kali tambah katanya. Niece I pulak bila I offer nak laksa ke tak dia jual mahal. Katanya dia tak minat tapi suddenly dia kata "Urm nak rasa sikit lah laksa ni" Dia pon makan lah laksa tu. Dah nak habis laksa tu, sambil hirup kuah laksa sambil cakap "Sedap lah laksa ni". Hahahaha tadi jual mahal, bila dah pekena dia suka lah pulak. Boleh kalah laksa penang habaq ang! Hahahaha. Sebenarnya laksa yang I buat kali ni, I guna recipe baru. Nanti bila gambar dah ready I akan update resepi untuk laksa tu naaa.

 

Gambar kat atas ni I captured by phone aje and upload ke laman sosial Instagram. Bagi taste buds I, recipe baru ni tersangat sedapnya lah sedap!Tapi kawan I tu kata kuah kurang pekat lah, kurang masin lah.. Dia memang suka kritik I hehe.Biasa lah, taste buds orang ni kan lain-lain?

Masa pergi pasar borong pagi Sabtu tu, I teringin lah nak makan udang galah. Sekilo RM27.00 jadi I pun beli lah. Tak sampai sekilo pon.. Ye lah, makan berdua aje dengan my mom. Beli sampai sekilo siapa nak makan ye dak? Nama saintifik udang galah ni bukan main lah dasyatnya! Terbelit lidah nak menyebutnya. Udang galah ni udang air tawar iaitu sungai jadi kita jugak boleh panggil sebagai giant freshwater prawns.
So hari ahad tu kitaorang pon masaklah udang galah ni. Buat masak lemak cili api dengan nanas. Sedapnya lah hai.. Maunye tak sedap??? Kebetulan ahad tu bf I datang lagi, jadi I suh makan tengahri dulu sebelum kita orang keluar. Sampai TIGA kali tambah!! Terkejut I.. Selalu jarang bertambah. Lapar katanya....


Ingredients

1. 10 giant freshwater prawns (medium size, cleaned)
2. 1/4 pineaple (sliced about 1 cm thick)
3. 3 shallot (grated)
4. 1 garlic clove (grated)
5. 5 bird's eye chillies (grounded-depend on you, if you want more spicy then add more chillies)
6. 100 ml water
7. 200 ml coconut milk
8. 1/2 - 1 tsp salt (depend on you)
9. 1/2 tsp tumeric powder

Method

1. Add shallot, garlic, chillies, pineapple and water in a medium pot. Simmer for 15 minutes or till the pineapple lil bit tender.

2. Pour in the coconut milk, tumeric powder and salt into the pot and boil for 2 minutes (sambil kacau, if not nanti naik minyak). Add in the prawns and cook for a minute. Ready to serve with hot steamed rice.

Note :

1. You can add the tumeric leaf to get extra turmeric fragrance.



The taste so nice and you can taste the sweetness from the prawns and pineapple. :)

Love,
Honey.

1 comment:

  1. Hi Honey,

    Your prawns in coconut broth looks delicious!

    Nice to know you via blogging. I'm now your latest follower and hope to from you at my blog, http://bakeforhappykids.blogspot.com.au/

    Cheers!

    Zoe

    ReplyDelete

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.