Wednesday, March 18, 2015

GARDEN UPDATE : PART 21

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you




Memang kali ini update tentang kebun saja sebab mood nak masak dah semuanya ke laut!




Seperti yang di janjikan, ini lah pokok labu I. Ada dua pokok sebenarnya. Trellis tu my Mom yang buat dari kayu terpakai. Di sambung-sambungnya kayu tu dan jadilah ia. I suruh tunggu sebab I nak beli kayu, "Tak payah!" katanya. Suka hati u lah Mak oi :) Buat masa ni belum nampak tanda-tanda nak berbuah lagi. Kita tunggu sampai bulan depan ya.




Pokok kari kesayangan dah berbunga rupanya. Tak perasan sebab berbunga di ranting bahagian bawah. Semalam belek-belek tengok ada bunga. Cantik dan wangi bunganya.. bau seakan-akan bunga tanjung.




Tak ku sangka, hari-hari lalu kawasan perumahan ni tak perasan ada pokok avocado! Haritu masa nak keluar simpang tunggu lama sangat, jadi mata tu meliar tengok ke rumah tu dan sekali pandang Nampak macam buah avocado. Dua kali pandang, memang sah! Tak sangka dapat jumpa pokok avocado kat sini for real. Tapi gambar ni di ambil masa nak balik kerja, nak masuk simpang kawasan perumahan tu. Sebab tu gambarnya jauh sikit hehe. I ingat nanti nak pegi melawat lah rumah ni dan jumpa tuan rumahnya. Nak tanya serba sedikit petua tentang pokok avocado ni sebab I ada juga tanam pokok avocado di rumah seperti yang di nyatakan di entry yang lepas. You all boleh refer  Garden Update : Part 19  untuk tengok pokok yang cenonet tu hehe.





Cuba teka apa yang ada dalam pasu bunga tu?
  

Pernah tak you all rasa that you’ve nothing in your life when someone had betrayed you. Either you know that person or no?







Love,


Min Ho's

12 comments:

  1. daun kari, bunga kertas, pucuk paku?

    say hai here! :D

    ReplyDelete
  2. salam honey,
    besar betui pokok avacado tu, bebuah tak?
    honey siapa betrayed u ni? tp believe me time wil heal it.. IN SHAA ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana,


      Itu lah sebabnya I alihkan pokok avocado I dari raised bed ke tanah sebab nanti pokok nya besaq macam pokok mangga hihi.

      Tak da apa lah Ana, cuma nak tau you all pernah tak rasa macam tu :) Tak apa lah, redha saja lah kan?

      Delete
  3. Subur sekali tanaman labunya, tanamanku rusak terserang sting bug...;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far agak baik pertumbuhannya. Hari ini buat pertama kalinya ia berbunga. Tapi kelihatannya seperti bunga jantan. Masih menunggu bunga betina dan harapnya akan berputik secepat mungkin.

      Delete
  4. assalam honey.. bertuahnya dapat tengok pokok avocado yang real... nak tunggu apa cerita selanjutnya selepas melawat tuan pokok avocado tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah taksangka jumpa pokok avocado. Buat masa ni belum lagi berjumpa dengan tuannya. Nanti bila dah jumpa akan di pastikan lagi ianya memang pokok avocado atau bukan.

      Delete
  5. Assalamualaikum Honey,
    Suburnya pokok labu tu...dah start berbuah ke? dulu kat kampung seronok tengok labu emak berbuah lebat sangat, sampai kitorang sedekahkan mostly buah tu ke jiran2 & rakan2..petua arwah nenek, kalo nak labu berbuah lebat, kita ambik serpihan kulit kerang yg dipecahkan then cucukkan ke perdu pokok tu..InshaAllah berbuah lebat labu tu...Julie pernah gak nak tanam labu dkt kawasan rumah ni, tapi x sempat nak membesar, siput babi dah serang...cantik decoration pasu Honey tu...unik! Julie pun suka letak fresh flower dlm pasu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie ku,

      Sungguh kah? Nanti balik minta mak cucuk kulit kerang ke perdunya. Kulit kerang ada di pokok kaduk tu. Saja campak kat situ konon nak bagi subur pokok haha. Kawasan rumah I juga banyak siput babi. Nasib baik tak di makannya pokok labu tu. Cuma dia makan kangkung, benih cili dan lain lain. Geram betul.


      Nak letak bunga ros, bunganya tak berapa nak jadi. So bunga kertas pun bunga kertas lah. Itu pun cantik kan? Nampak klasik gitu. Tambah dengan daun paku pakis liar yang tumbuh di pasu lama tu jadi takde lah akward sangat kan? Daun kari pula buat penyeri hahahahaha. Sebab dalam rumah I takde bunga hiasan langsung hehe.. Memang dull and english habis! :)

      Delete
  6. Honey...kak pun suka pokok avocado. Ada tanam kat homestay sebelah rumah. Baru umur setahun. Subur saja pokoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mala,

      Nanti tunjuk tau pokok avocado kak. Nak tengok juga... tapi depa kata dia mula berbunga antara umur 5thn ke 13thn. Pengsan jap dengar. Kite masih sakit hati dengan bunga ros Kak Mala niiiii... alahai. Comel sungguh!

      Delete

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.