Wednesday, November 30, 2016

SOURDOUGH BREAD

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you


Apa khabar wahai sahabat blogger dan pembaca? Semoga you all berada dalam keadaan sihat sejahtera. Lama sungguh rumah I ni tak ada isi. Kali ini nak bercerita tentang sourdough bread yang ianya popular di kalangan mat saleh. Pada 5 November yang lalu I menziarahi sahabat IG di Kota Warisan, Sepang. Dia dah lama berjinak dengan sourdough ni. Masa balik dia berikan I sedikit sourdough starter yang sudah berumur 1 tahun dan juga sedikit roti yang menggunakan starter tersebut. Alhamdulillah.. starter nya tak mati bila I yang jaga haha. Takut juga, kot salah bagi makan ke apa ke terus tak nak hidup starter tersebut.

Dari starter itu I dah buat dua kali sourdough bread ni. Tapi bila kita sebut armature sudah tentu tak akan perfect terus rotinya. Betul? Jadi mari kita lihat roti hasil daripada starter pemberian Kak Nurul tadi.




Ini adalah percubaan I yang pertama. Texture / crumbs tampak elok dan menjadi cuma appearance nya memang tak cantik dan seperti yang di harapkan. I rasa doughnya terlalu lembik. Resepi ini I cuba menggunakan recipe dari blog Clever Carrot. Entah di mana silapnya.








Ini adalah percubaan I yang kedua. Yang mana doughnya juga masih terlalu lembik. Sukatan sudah betul mungkin dengan keadaan cuaca yang sejuk sekarang mempengaruhi dough I ni. Tapi I boleh score dough dengan baik berbanding dengan percubaan yang pertama. Resepi ni tak ingat dari blog yang mana. 


Sudah tentunya appearance masih lagi tidak seperti yang di harapkan. Apabila dough lembik, semasa proses membakar dough akan mengembang dengan jayanya. Dan corak akan menjadi tidak cantik kerana over-proofed. Walaubagaimanapun, I berpuas hati dengan texture dan crumbs nya. Lihatlah lubang-lubang pada roti. Geram kan? Texture nya yang basah basah, sourish, gooey dan chewy (I like!). Gambar breakfast tu ialah semasa breakfast di office. Kalau di rumah boleh lah di sapukan dengan butter atau jam. Tak sabar  nak tunggu hari Sabtu dan cuba dengan resepi yang baru.

Sehingga berjumpa lagi :)






Love,


Honey


 

   

4 comments:

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.