Thursday, December 31, 2015

POTLUCK MAK JEMAH IV

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you






Potluck pada minggu lepas serta exchange gift session with neighbors.
 





Gifts for the gift exchange session untuk neighbor and the other two for colleagues.








I wish you all a HAPPY NEW YEAR!

and

All the best!




 Love,



Honey

Wednesday, December 30, 2015

POTLUCK MAK JEMAH III

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you







 Potluck Mak Jemah pada October 2015 yang lalu :)








Love,



Honey


 

Friday, December 18, 2015

SAMBAL IKAN BILIS SAMA TERUNG PIPIT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you





Semalam kita dah tengok resepi jantung pisang masak lemak kan? Hari ni I nak share pulak resepi yang jarang sekali kita jumpa. Lauk ini juga menjadi kegemaran I dan menggembirakan perut semua orang termasuk lah pada orang yang tak pernah makan terung pipit ni. Bila di bagitau nama terung ni di suruhnya kita ulang semula kerana tidak pernah dengar. Kelakar bukan? 

Siapa suka lauk ini? tapi selalunya lauk ini menjadi kegemaran penduduk di utara tanah air.. bukan kah begitu Ana dan Kak Mala?
Hehehe...















Bahan-bahan



1 cawan ikan bilis
1/2 cawan terung pipit
6 biji cili merah (di buang biji)*
10 biji cili padi*
1 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
Belacan (sebesar ibu jari)*
1/2 sk asam jawa adabi
Garam secukup rasa
1 sb gula
2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
Minyak masak untuk menggoreng






Cara-cara


Rendam ikan bilis sebentar bagi mengurangkan rasa masin dan cuci bersih serta toskan hingga kering. Jika perlu tap dengan kitchen towel.


Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. Goreng terung pipit hingga layu dan ketepikan.

Kisar bahan yang bertanda * bersama 1 cawan air. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang di kisar hingga wangi dan terbit minyak. Masuk lebihan air bersama garam,gula dan asam jawa dan masak sambal hingga benar-benar kering.

Kemudian, masukkan ikan bilis serta terung pipit ke dalam sambal dan kacau sebati. Padamkan api dan sedia di hidang.





Mudah bukan? Silalah mencuba ya dan pasti akan makan bertambah-tambah :)









Love,



Honey




Thursday, December 17, 2015

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG SAMA UDANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you



Apa khabar semua? Sihat kah? Hari ni I nak share resepi yang I masak hari Sabtu yang lalu. To be honest, lauk sebegini menggembirakan perut semua orang termasuk lah pada yang jarang sekali menjumpai lauk sebegini.

Lauk sebegini membuatkan kita makan bertambah-tambah tanpa di sedari kah kah kah. Anda pula bagaimana?

Jom kita tengok resepi






   







Bahan-bahan


Dua biji jantung pisang bersaiz kecil (pisang abu atau awak)
10 ekor udang saiz M
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
6-7 biji cili padi (tambah jika mahu pedas*
3 batang serai (di titik)  
Ubi kunyit (sebesar ibu jari)*
Satu cawan air*
2 cawan santan pekat
Sehelai daun kunyit
Garam secukup rasa
Garam dan air untuk rendam jantung pisang



Cara-cara


Buang kulit jantung pisang bahagian luar yang tua hingga sampai lapisan putih dan dibelah dua. Potong jantung pisang setebal 1cm atau 1.5cm dan rendam di dalam air garam supaya tidak menjadi hitam. Ketepikan.

Kisar bahan yang bertanda * dan tuangkan ke dalam periuk bersama serai. Masak hingga mendidih dan kemudian masukkan santan serta daun kunyit. Masak hingga mendidih sekali lagi.

Cuci bersih jantung pisang dan masukkan ke dalam kuah bersama garam. Masak hingga jantung pisang sedikit lembut. Dan kemudian masukkan udang dan masak sehingga jantung pisang cukup lembut. 

Jantung pisang hendaklah sentiasa di kacau supaya tidak menjadi hitam sekiranya terapung di permukaan.

Padamkan api dan sedia di hidang.   




 Nota :

Boleh tambah udang jika suka. 

Jiran I kata kalau nak tau jantung pisang yang baik untuk buat masak lemak ni cari jantung pisang yang bawahnya agak bujur/bulat dan bukannya yang tajam.

Jika ada allergy udang boleh di gantikan dengan ikan bilis.







Love,

Honey
       


    

Wednesday, December 9, 2015

BEN THE CAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you


Hari ni nak share gambar budak kenit ni. Lama tak tengok dia kat blog kan?









video









Love,


Honey 



Tuesday, December 8, 2015

MASAK LEMAK PUCUK PAKU SAMA IKAN MASIN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you






Bahan - bahan


1 ikat pucuk paku (di siang)
2-3 ketul ikan masin talang (di potong sebesar 1 cm dan di rendam selama 1 jam)
3 ulas bawang merah (di tumbuk)
2 ulas bawang putih (di tumbuk)
6-8 biji cili padi (di tumbuk)
2 cm ubi kunyit (di tumbuk)
Sedikit garam (jika perlu)
Sedikit air
Satu cawan santan
Sedikit minyak untuk menumis





Cara - cara

Cuci bersih pucuk paku dan ketepikan. Goreng ikan masin hingga sedikit garing dan ketepikan.

Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk hingga sedikit perang dan wangi. Masukkan sedikit air (lebih kurang ¼ cawan) dan masak hingga mendidih. Masukkan pucuk paku dan kacau sebati.

Tuang santan ke dalam periuk bersama ikan masin dan juga garam jika perlu. Biarkan kuah mendidih dan kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak. Setelah pucuk paku cukup layu dan kuah sedikit pekat, padamkan api dan sedia di hidang.






Love,


Honey