Thursday, December 17, 2015

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG SAMA UDANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you



Apa khabar semua? Sihat kah? Hari ni I nak share resepi yang I masak hari Sabtu yang lalu. To be honest, lauk sebegini menggembirakan perut semua orang termasuk lah pada yang jarang sekali menjumpai lauk sebegini.

Lauk sebegini membuatkan kita makan bertambah-tambah tanpa di sedari kah kah kah. Anda pula bagaimana?

Jom kita tengok resepi






   







Bahan-bahan


Dua biji jantung pisang bersaiz kecil (pisang abu atau awak)
10 ekor udang saiz M
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
6-7 biji cili padi (tambah jika mahu pedas*
3 batang serai (di titik)  
Ubi kunyit (sebesar ibu jari)*
Satu cawan air*
2 cawan santan pekat
Sehelai daun kunyit
Garam secukup rasa
Garam dan air untuk rendam jantung pisang



Cara-cara


Buang kulit jantung pisang bahagian luar yang tua hingga sampai lapisan putih dan dibelah dua. Potong jantung pisang setebal 1cm atau 1.5cm dan rendam di dalam air garam supaya tidak menjadi hitam. Ketepikan.

Kisar bahan yang bertanda * dan tuangkan ke dalam periuk bersama serai. Masak hingga mendidih dan kemudian masukkan santan serta daun kunyit. Masak hingga mendidih sekali lagi.

Cuci bersih jantung pisang dan masukkan ke dalam kuah bersama garam. Masak hingga jantung pisang sedikit lembut. Dan kemudian masukkan udang dan masak sehingga jantung pisang cukup lembut. 

Jantung pisang hendaklah sentiasa di kacau supaya tidak menjadi hitam sekiranya terapung di permukaan.

Padamkan api dan sedia di hidang.   




 Nota :

Boleh tambah udang jika suka. 

Jiran I kata kalau nak tau jantung pisang yang baik untuk buat masak lemak ni cari jantung pisang yang bawahnya agak bujur/bulat dan bukannya yang tajam.

Jika ada allergy udang boleh di gantikan dengan ikan bilis.







Love,

Honey
       


    

2 comments:

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.