Friday, October 31, 2014

Monday, October 27, 2014

HILANG INGATAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you



Apa lah yang hilang ingatan tu kan? Mesti you all tertanya-tanya apakah ia. Di sebabkan I ternampak satu blogger ni post anniversary blog nya maka tertanya-tanya lah I.. bila kah sepatutnya ulang tahun blog ini? *garu kepala* Rupanya dah lepas bulan June nunnnnnn!!

Ulang tahun buat pertama kalinya pada 25th June 2014.. Allah, baru setahun jagung ye dak? Itu pun nak kecoh kan? Tapi happy sebab dapat kenal ramai kawan-kawan, kakak-kakak yang baik-baik dan ramah-ramah belaka.


 

Ini adalah gambar pertama di blog I, mi rebus :)

Esok macam nak mendonut lah, nak bawa bekal ke opis. Boleh ke? hihihihi..

Selamat hari Isnin kawan-kawan.


Love,

Honey    

Saturday, October 25, 2014

TUNA BUNS

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you


Sudah bersarapan ke you all? ops.. dah pukul 11.30 pagi lah haha. Pasti you all tengah tung tang tung tang di dapur kan untuk makan tengahari. Harini I buat tuna buns.. dah lama tak meroti woiii..








Adapted from : Dayotskitchen
Adjusted by : Honey

Preheat oven at 180c


Bun


Ingredients



300gm Bread Flour (I substitute with plain flour)
210gm 1 egg + warm milk 
20gm butter
15 gm sugar
5 gm salt
6gm dry yeast



Mehtod


Mix all the ingredients in a large mixing bowl. Mix them well and place the sticky dough onto slightly floured flat surface. Knead till the dough smooth and not stick on your fingers.

Return the dough into the mixing bowl, cover with plastic wrap and let it sit for 40 minutes for proofing.

Return the dough onto flat surface, punch the gas out and knead for 3 minutes. Shape the dough into 7-8 balls. Flatten each balls and top with tuna filling. Or you can wrap the tuna filling with the flatten dough.

Bake the buns at 180c till golden brown (about 20 minutes).




Tuna Filling


Ingredients

1 can tuna (drain the sauce)
1/2 onion (diced)
1 red chili (roughly chopped)
A pinch of salt
1 tsp black pepper
2 tbsp mayonnaise


Method

Mix all the ingredients.






Selamat mencuba you all!





Love,


Honey

Friday, October 24, 2014

BLACK & WHITE FRIDAY



Sempena Tahun Baru Islam yang akan kita sambut petang nanti (lepas Maghrib), I dengan rendah diri mohon maaf pada you all jika ada yang kurang senang dengan I atau I terkasar bahasa sepanjang I bersiaran.

I juga dengan senang hati memaafkan you all ( tapi I rasa you all takde buat salah kot (: ) Semoga persahabatan kita bersama blogger-blogger (atau ada silent reader) berterusan ye?

Jangan lupa baca doa akhir tahun selepas Asar nanti dan banyakkan berdoa serta beristighfar hingga waktu Maghrib. Dan bacalah doa awal tahun selepas Maghrib nanti. Semoga dosa-dosa kita di ampuni dan doa-doa kita termakbul serta di perkenan olehNya. Amin.




Love,

Honey

Wednesday, October 22, 2014

SAMBAL BADJAK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you





Tengah buat apa tu you all? Dah masak untuk tengahari? I tengah nak masak nasi beriyani kambing ni.. Sambil-sambil tu update lah blog sekejap ye? Ini homemade Sambal Badjak and ready for delivery. Jika you all berminat boleh tinggalkan komen tapi I hanya buat COD area Bukit Jelutong, Shah Alam (area Giant), Petaling Jaya dan Puchong sahaja.

Sambal ni boleh terus di makan. Sedap di makan bersama ayam goreng, ikan goreng, ikan bakar, sotong bakar, udang bakar.. Boleh juga di jadikan perencah nasi goreng, mi goreng, koay teow goreng, ayam berlada dan sebagainya. 

Harga promosi pengenalan dengan hanya RM8.00/Jar. Kalau you all suka makan sambal boleh lah order :)



Love,

Honey

Monday, October 20, 2014

GARDEN UPDATE : PART 14 - CURRY TREES

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you

I've few curry trees at my house (orang kaya pokok kari namanya LOL)! Asalnya pokok tu satu saja tapi di sebabkan pokok nya kena serangan kumbang putih I alihkan anaknya ke tempat lain. Jadi pokok induk itu I potong habis. Tak sangka pula kejadiannya molek sungguh. Bila di jaga pokoknya akan sihat dan bebas dari serangan kumbang putih tu.



Gambar pertama itu ialah pokok induk dan yang kedua dan ketiga ialah anak pokok kari yang di alih ke tempat baru. Kalau India pasti dia suka banyak pokok kari kan? Sebab dia hari-hari masak kari huhuhu




Love,

Honey

Sunday, October 19, 2014

A VERY SPECIAL DAY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you




Yesterday was a Special Day for me. Since it was a special day, I had a special breakfast for yesterday morning. I baked a loaf, toasted.. made scrambled eggs, top my toast with slices of tomato, romaine salad, chili sauce, mayo, lil bit of mustard sauce and few slices of chicken salami. Wallahhh.. happy tummy indeed.




Ini pulak my harvest yesterday morning. Dua jenis bayam merah dan cili padi. Cukup lah... Alhamdulillah.. :)





Love,

Honey

Friday, October 17, 2014

Thursday, October 16, 2014

GARDEN UPDATE : PART 13

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you





Believe it  or not, I tried to grow this kind of plant few times (from their stems) but I've never succeed. It slowly getting dry and gone. I beli a pot of daun kesum last two weeks berharga RM5 dan alhamdulillah masih segar bugar hingga ke hari ini.

Kebetulan I pergi pasar pagi depan office I untuk beli sarapan dan ternampak orang jual segala pokok-pokok. Di sebabkan I selalu failed je dan masih belum ada pokok kesum, I pon beli lah. Nanti boleh lah buat asam pedas dan laksa selalu :)







Ini lah pokok mint yang I beli di nursery hari tu. Alhamdulillah masih hidup dan segar. 






This galangal sowed by my Mom about 5-6 weeks ago. Ubinya I beli di kedai untuk masukkan dalam masakkan dan selebihnya my Mom tanam di sebelah pokok pandan. Alhamdulillah, selepas 3 minggu dah bertunas dan masuk minggu ke 5 dah berdaun. I juga tambahkan tanah sebab ubinya dah terbonjol keluar di korek dek kucing jiran I.


Tapi sedih lah pokok bunga ros kena serangan serangga. Habis bunga nya di makan. Kena belajar dengan sifu bunga ros lah jawabnya. 



Love,

Honey

Monday, October 13, 2014

MEE SEGERA KARI SUP

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you



Ye ye I tau memang senang nak masak mee segera. Just campak-campak saja dah siap kan? Tapi dapatkah rasa mee segera yang you all harapkan? 






Bahan-bahan


1 paket mee segera Maggi Big Kari
2 ulas bawang merah (di hiris nipis)
5 ulas bawang putih (di ketuk)
3-4 biji cili padi
1 tangkai daun kari
1/4 cawan carrot (di potong batang mancis - ikut suka)
5-6 biji fish ball 
Tauhu (di goreng dahulu)
2-3 pokok sawi manis
Telur rebus
3 sudu minyak masak
1 1/2 cawan air


Cara-cara


Panaskan minyak dalam periuk di atas api yang sederhana dan tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.

Masukkan serbuk kari mee segera dan gaul sebati. Tuang air dan didihkan.

Sementara menunggu kuah mendidih, panaskan air dalam periuk di atas api yang sederhana dan celur sawi manis selama seminit atau hingga layu. Toskan dan rendam sawi yang di celur di dalam air sejuk sejurus saja di tos. Di dalam air didihan yang sama, celur fish ball selama dua minit dan toskan. Di ketepikan.

Setelah kuah mendidih masukkan mee segera dan juga carrot. Masak hingga mee segera lembut dan sedikit kembang. Masukkan fish ball dan kacau sebati. Padamkan api.

Tuang mee segera ke dalam mangkuk. Potong nipis tauhu, hiaskan di tepi mangkuk. Hiaskan juga dengan daun sawi dan juga telur rebus yang telah di belah dua.



Nota : 

Sayur yang di celur akan menjadi hijau dan fresh bila di rendam dalam air sejuk.

Bawang yang di tumis akan menjadikan mee segera anda lebih sedap manakala tambahan daun kari di dalam kuah akan menjadikan mee segera kari anda lebih wangi.

I masukkan bawang putih lebih banyak sebab I sukakannya :)




Sebenarnya I buat ni untuk #sajianmaggi_twt_insta di Instagram. Saja suka-suka memeriahkan majlis dan tak sangka di pilih :)






Selamat mencuba!



Love,


Honey

Friday, October 10, 2014

Wednesday, October 8, 2014

ALL ABOUT ROSES

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you




Punya lah phobia takut pokok ros yang di beli tu mati, 3 jenis baja pokok ros I beli okay! In shaa Allah.. mudah-mudahan sihat hendaknya. Ini tinggal tiga hari entah apa lah nasib diaorang tu semua kat rumah :(

Katanya anak jiran I ada tolong siramkan pokok-pokok I tu semua, harap-harap betul lah. Takut dia lupa aje..



Love,

Honey

COFFEEGRAPHY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you





Coffee is a language in itself.





Love,


Honey

Tuesday, October 7, 2014

HONEY LEMON

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you

My sister bought three bottles of honey for RM60.00 last month. Obviously something fishy huh? Since she gave me a bottle of honey, I tried to made honey lemon in jar.




Ingredients


Honey
2 lemons 



Method

Thinly slice the lemons. Place it in the jar and slowly pour honey into the jar over the top. Store in the fridge.

To consume, add a tablespoon of honey into the hot/warm water. Add more for taste.



Note : You can add grated ginger into the honey mixture as well. This is for cold and flu remedy.





Ternyata lah madu yang di beli oleh my sister is fake! Sebab sepatutnya madu akan membeku jadi jelly bila di campur dengan lemon apabila di simpan dalam fridge. Tapi tidak, ianya cair. My Mom said that the seller mix honey with sugar and cook till thickened. Hmm... such dishonest seller.



I do like food photography, photo editing and so on but not a talented one I guess. Sebab tak cantik macam orang lain haha.



Homemade bread with nutella and top with slices of banana.


How the above photo look like? Not pretty enough huh?




Ni saja nak tayang ke you all. I buat karipap pusing last week.. Teringin punya pasal hehe. Ada masa nanti cuba buat lagi. Kena perhalusi lagi pastry nya tu supaya lebih cantik. Kalau menjadi, nanti I update recipe nya pula ya?




Love,


Honey





Monday, October 6, 2014

PERCUBAAN KEDUA MENANAM POKOK ROS

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you

Petang semalam pergi nursery kejap tengok-tengok pokok. Tengok pokok ros ni teringin pulak nak beli selain pokok mint tu. Dah lama nak tanam mint tapi baru ni lah berkesempatan tanam. I suka makan mint dengan laksa, taruk banyak-banyak. Kadang makan dengan nasi buat ulam hihi.



Ros sebelah kanan tu sebenarnya berwarna peach gelap. Entah kenapa dalam gambar jadi warna merah pulak. Yang sebelah kiri tu ros warna pink dan juga bersama semaian daun mint.

Oh, makhluk berbulu berwarna orange tu bukanlah di beli dari nursery tu hahaha. Si Ben ni memang suka menyibuk! Sniff sana sniff sini..

Percubaan pertama tanam ros hanya sepokok saja yang tinggal dari 3 pokok. Harap menjadi lah pokok ros I kali ni ya.. In shaa Allah.




Love,

Honey

Sunday, October 5, 2014

HAPPY EID UL ADHA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you


Selamat menunaikan ibadah korban dan semoga ibadah yang di lakukan di terima olehNya hendaknya. Masak apa you all??

I just cooked raya signature dishes untuk makan sendiri aje. Kejap lagi nak off ke nursery tengok-tengok benih dan pokok bunga. Mana lah tau kot-kot ada yang berkenan.



Buat Pulut Pasong aka Pulut Dakap, Nasi Himpit, Kuah Lodeh, Kari Ayam dan Rendang Ayam.




Selamat berhujung minggu dan bercuti! :)



Love,

Honey