Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Friday, February 12, 2016

MASAK LEMAK CILI PADI TENGGIRI SAMA TIMUN TUA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you











Bahan - bahan

 
3 keping ikan tenggiri
1 biji timun tua
4-5 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
10 biji cili padi (atau lebih untuk pedas)*
1 keping asam gelugor  
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (atau ubi kunyit)
2 cawan air
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa




Cara - cara


Cuci bersih ikan tenggiri dan sapukan dengan sedikit garam di kedua-dua bahagian. Ketepikan.

Kikis bahagian luar kulit timun, buang biji dan potong setebal 1.5 cm. Cuci dan ketepikan.

Kisar bahan yang bertanda * dengan secawan air. Tuang ke dalam periuk, tambah serbuk kunyit dan renehkan hingga kuah sedikit kering dan bahan kisar cukup masak.

Tuangkan lebihan air dan santan cair ke dalam periuk, masukkan garam, asam keping dan timun. Masak hingga timun sedikit lembut dan kuah sedikit pekat. Kemudian baru lah masukkan ikan. Masak hingga ikan separuh masak dan baru lah masukkan santan pekat. Perlahankan api dan kacau selalu bagi mengelakkan santan pecah.

Padamkan api apabila kuah mendidih dan ikan cukup masak. Sedia di hidang.




Nota : Jika nak wangi boleh titikkan serai dan masukkan ke dalam kuah.








Love,


Honey

   

 

 


   



Thursday, June 19, 2014

IKAN TALANG KERING MASAK ASAM

السلام عليكم
Peace be upon you



Semalam I off day sebab ada kerja di rumah yang perlu di buat. Last weekend ada beli ikan kering talang. Cadangnya nak masak dengan petai tapi since semalam cuti dan tekak teringin pulak nak makan masak asam maka terjadi lah masak asam ikan talang ni.



Bahan - bahan

6 kiub ikan kering talang
1 sb tepung jagung
1 biji bawang besar (di potong halus)*
6 biji bawang putih (di hiris nipis)*
3 cm halia (di hiris halus seperti batang mancis)*
1 - 1 1/2 asam jawa extra adabi
8 biji cili padi (di potong dua menyerong)*
1 biji cili merah ( di buang biji dan potong kasar)*
Sedikit garam (jika perlu)
2 sk kicap cair
1 cawan air
1 cawan minyak masak


Cara - cara

Rendam ikan talang sekurang-kurangnya satu jam. Tapiskan dan salut nipis dengan tepung jagung.

Panaskan minyak dalam kuali di atas api yang sederhana. Goreng ikan hingga garing keperangan. Toskan.

Ambil 3 sudu besar lebihan minyak gorengan tadi dan panaskan di dalam kuali. Tumis bahan yang bertanda * hingga layu dan naik bau. Masukkan asam jawa, kicap cair, garam jika perlu (tapi rasanya tak perlu sebab bagi I dah cukup masin. depend on you)dan air. Tumis selama seminit dan masukkan ikan yang telah di goreng tadi.

Kacau sebati dan kuah akan menjadi sedikit pekat kerana ikan talang tadi telah di goreng dengan tepung jagung. Tepung jagung tersebut secara tidak langsung akan memekatkan kuah. Setelah sebati dan sedikit pekat, padamkan api dan sedia di hidang.





Makan dengan nasi panas-panas, ulam and sambal belacan of course! Sedap wei.. Pasti makan bertambah-tambah!


Love,

Honey