Thursday, June 19, 2014

IKAN TALANG KERING MASAK ASAM

السلام عليكم
Peace be upon you



Semalam I off day sebab ada kerja di rumah yang perlu di buat. Last weekend ada beli ikan kering talang. Cadangnya nak masak dengan petai tapi since semalam cuti dan tekak teringin pulak nak makan masak asam maka terjadi lah masak asam ikan talang ni.



Bahan - bahan

6 kiub ikan kering talang
1 sb tepung jagung
1 biji bawang besar (di potong halus)*
6 biji bawang putih (di hiris nipis)*
3 cm halia (di hiris halus seperti batang mancis)*
1 - 1 1/2 asam jawa extra adabi
8 biji cili padi (di potong dua menyerong)*
1 biji cili merah ( di buang biji dan potong kasar)*
Sedikit garam (jika perlu)
2 sk kicap cair
1 cawan air
1 cawan minyak masak


Cara - cara

Rendam ikan talang sekurang-kurangnya satu jam. Tapiskan dan salut nipis dengan tepung jagung.

Panaskan minyak dalam kuali di atas api yang sederhana. Goreng ikan hingga garing keperangan. Toskan.

Ambil 3 sudu besar lebihan minyak gorengan tadi dan panaskan di dalam kuali. Tumis bahan yang bertanda * hingga layu dan naik bau. Masukkan asam jawa, kicap cair, garam jika perlu (tapi rasanya tak perlu sebab bagi I dah cukup masin. depend on you)dan air. Tumis selama seminit dan masukkan ikan yang telah di goreng tadi.

Kacau sebati dan kuah akan menjadi sedikit pekat kerana ikan talang tadi telah di goreng dengan tepung jagung. Tepung jagung tersebut secara tidak langsung akan memekatkan kuah. Setelah sebati dan sedikit pekat, padamkan api dan sedia di hidang.





Makan dengan nasi panas-panas, ulam and sambal belacan of course! Sedap wei.. Pasti makan bertambah-tambah!


Love,

Honey

8 comments:

  1. Salam honey; mkn dgn nasik panas2, seperiuk nasi pun tk cukup ni honey hehehe...masak pun kena kreatif kan?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana,

      Amboi melampau betul ye makan nasi sampai seperiuk hahahaha. Itu lah, kadang-kadang tak tau nak masak apa.

      Delete
  2. Pagi-pagi lagi dah bagi orang terliur.....

    ReplyDelete
  3. Assalam dear....

    sedapnyerrr... mkn ngan nasik panas2 perghhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie,

      Itu lah tu kan? Hehehe

      Delete
    2. Assalam honey dear..
      Sedap lauk ni makan dgn nasi panas.. Pada akak dah cukup dah..
      Tak payoh lauk lain...;)

      Delete
    3. Salam Kak Ayu,

      Sedap kan? Lauk kampung will always make us happy :) Tambah sambal belacan Kak Ayu, pasti berkali-kali tambah! hahahaha

      Delete

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.