السلام عليكم
Peace be upon you
LOL! Bukan main lagi title post ni kan? Nak jugak tu letak 'sedap' kat belakang! Angkat bakul sendiri? Apa pendapat you all? Sebab I banyak kali terbaca blog orang update recipe title 'bla bla bla sedap' 'bla bla bla sedap'. So I pun nak lah jugak kan?? Hahaha!
Jom lah kita tengok recipe sambal paru ni. I campak-campak aje.
Bahan A
300gm paru (di potong kecil selepas rebus/ ikut citarasa you all)
1 sk garam
1 1/2 sk serbuk kunyit
Air secukupnya untuk merebus
2 cawan minyak untuk menggoreng (tak payah banyak sangat sebab membazir je nanti hehe)
Bahan B
1 - 1 1/2 cawan cili kering kisar(yang telah di kisar dengan bawang merah, bawang putih dan belacan)
1 labu bawang besar (di hiris nipis)
1 keping bay leaf (daun salam)
1/2 sk asam jawa extra adabi
1 sb gula / gula melaka (depend on you)
1/4 cawan minyak masak
1 1/2 cawan air
Secubit garam
Cara-cara
Rebus paru selama 20 minit. Biarkan sejuk dan potong halus atau ikut citarasa you all. Ratakan garam dan serbuk kunyit pada paru tadi dan goreng hingga rangup. Toskan lebihan minyak dan ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali atas api yang sederhana. Tumiskan cili kisar hingga naik minyak dan bau. Masukkan bay leaf, bawang besar, asam jawa, garam, gula dan air dan masak sehingga kering. Betul-betul kering dan naik minyak untuk kali kedua ye kawan-kawan??
Masukkan paru yang telah di goreng tadi dan gaul rata. Sedia di hidang.
Note : Bahan tumisan perlu di masak sehingga naik minyak supaya cili kisar tadi masak secukupnya.
Saja nak share petua dapat cili kering yang cantik merahnya dan kurang biji. You all mestilah pilih cili yang kerinting sebab cili yang lurus yang cantik rupawan tu pedas sangat rasanya.
Masa potong cili tu potong halus menyerong. I guna gunting. Sebelum rendam ramas sikit bagi biji dia keluar and tampikan. So asingkan lah bijinya tu.
Pastu baru rendam. I tak suka rebus dan blend sebab nanti bila simpan dalam fridge cili yang di kisar akan membeku. Dan I juga tak suka masukkan minyak masa blend untuk hancurkan biji sebab nanti rasanya tak sedap! Sebab tu I asingkan biji sebelum rendam.
Bila dah kembang cuci cili sambil ramas sikit and cuci dua tiga kali sebelum blend bersama bawang. :)
Makan dengan nasi panas-panas wei... Adoi I pulak yang meleleh air liur ni :)
Selamat mencuba recipe yang you all sememangnya dah tau ni keke!
Love,
Honey
Tak pernah try dgn bay leaf lg...tgk pun dah terliur ni...
ReplyDeleteNadia,
DeleteRasanya lebih sedap. Tapi bila mula-mula masuk bay leaf tu rasanya macam pijo sikit kat lidah. Tapi bila dah masak tu rasa sambal lebih sedap.
wowwwwwwwwww...!!
ReplyDeletesedappp tuu...nak2 plak mkn lam pinggan klassssik cam tu..hehehe..
honestly cuma tau makan paru goreng ni pas kawin...incek hubby dok paksa2 makan..
tgk2, sedap la pulak..heheh
Lepas makan nak lagi kan? Hehe.. Tapi pastikan goreng sampai garing if not nanti lembik and tak sedap.
DeleteSalam honey;
ReplyDeleteu pun ada menu campak2 hahaha.... mcm ni punya happening ....pun u kata menu campak2??? mmg tabik la
Salam Ana,
DeleteIye lah.. I campak aje semua bahan-bahan tu. Sebab tu I kata secubit garam haha.. Agak-agak je rasanya tu.
Amboiii...sedap lagi.., tadi dak sedap tengok nasi lemak Cik Nadia..hari sedap sedunia kut..
ReplyDeleteHaha mungkin! Tapi Nadia punya lagi sedap! :)
DeleteEnak nih buat teman nadi hangat...
ReplyDeleteMemang enak di makan bersama nasi hangat
DeleteMy faveret la paru smbl..
ReplyDeleteRasanya everyone's favourite la Sudais. Rata-rata semua suka.. I pun suka! :)
DeleteHoney dear, I ganti beef sebab I tak suka paru leh? Tapi gambar memang macam sedap sangat! heheheh
ReplyDeleteLove, lady
Hi My Lady dear!
DeleteBoleh je.. kalau nak buat sambal kerang pun sedap! :)
pherghhh!!!!merah menyala berseri meri. sure la sedap. klau org xrasa pun kita yg rasa sedap kena la bgt org. hehe
ReplyDeleteKak Ros,
DeleteKita dok kata sedap sekali orang makan? Bweeekkk! Hahaha. Saja je letak title tu sedap sebab nampak blogger lain suka letak 'sedap' kat hujung nama menu tu hehe. Kite pun nak jugok!!