Tuesday, February 28, 2017

RINDU YANG TAK TERUCAP


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you




Hari ini genap setahun Ben tinggalkan I. Entah hidup atau tidak. Sesungguhnya hati ini sangat merindui Ben.














I miss you, a little too much, a little too often, and a little more everyday.

Hari ni genap setahun Ben tinggalkan Mommy. Mommy rindu. Ben kucing yang sangat bijak, dengar kata, pandai jaga diri, handsome dan sayang Mommy. Dulu setiap 5am Ben mesti kejut Mommy bangun by tapping your paw on my cheek. Mommy rindu waktu tu.
.
Dulu Ben tunggu Mommy balik kerja hari-hari depan gate. Kalau Ben penat Ben masuk rumah dan tunggu Mommy kat dalam. Mommy masuk rumah tengok Ben tengah tidur dekat bantal merah Ben tu. Ben ingat tak bantal favorite Ben tu?
.
Ben, kalau lah Mommy balik awal hari tu mesti Ben tak tinggalkan Mommy kan? Maaf, Mommy tau Ben tak biasa kat rumah Tok. Maafkan Mommy. Sekiranya Ben masih hidup, Mommy doakan Ben sihat hendaknya. Hope tuan baru Ben jaga macam mana Mommy jaga Ben dulu. Tapi sekiranya Ben dah takde, tunggu Mommy kat sana ye sayang.
.
Mommy paling rindu nak peluk and cium Ben. Wangi... Mommy and Daddy loves you, Ben!

Wednesday, November 30, 2016

SOURDOUGH BREAD

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you


Apa khabar wahai sahabat blogger dan pembaca? Semoga you all berada dalam keadaan sihat sejahtera. Lama sungguh rumah I ni tak ada isi. Kali ini nak bercerita tentang sourdough bread yang ianya popular di kalangan mat saleh. Pada 5 November yang lalu I menziarahi sahabat IG di Kota Warisan, Sepang. Dia dah lama berjinak dengan sourdough ni. Masa balik dia berikan I sedikit sourdough starter yang sudah berumur 1 tahun dan juga sedikit roti yang menggunakan starter tersebut. Alhamdulillah.. starter nya tak mati bila I yang jaga haha. Takut juga, kot salah bagi makan ke apa ke terus tak nak hidup starter tersebut.

Dari starter itu I dah buat dua kali sourdough bread ni. Tapi bila kita sebut armature sudah tentu tak akan perfect terus rotinya. Betul? Jadi mari kita lihat roti hasil daripada starter pemberian Kak Nurul tadi.




Ini adalah percubaan I yang pertama. Texture / crumbs tampak elok dan menjadi cuma appearance nya memang tak cantik dan seperti yang di harapkan. I rasa doughnya terlalu lembik. Resepi ini I cuba menggunakan recipe dari blog Clever Carrot. Entah di mana silapnya.








Ini adalah percubaan I yang kedua. Yang mana doughnya juga masih terlalu lembik. Sukatan sudah betul mungkin dengan keadaan cuaca yang sejuk sekarang mempengaruhi dough I ni. Tapi I boleh score dough dengan baik berbanding dengan percubaan yang pertama. Resepi ni tak ingat dari blog yang mana. 


Sudah tentunya appearance masih lagi tidak seperti yang di harapkan. Apabila dough lembik, semasa proses membakar dough akan mengembang dengan jayanya. Dan corak akan menjadi tidak cantik kerana over-proofed. Walaubagaimanapun, I berpuas hati dengan texture dan crumbs nya. Lihatlah lubang-lubang pada roti. Geram kan? Texture nya yang basah basah, sourish, gooey dan chewy (I like!). Gambar breakfast tu ialah semasa breakfast di office. Kalau di rumah boleh lah di sapukan dengan butter atau jam. Tak sabar  nak tunggu hari Sabtu dan cuba dengan resepi yang baru.

Sehingga berjumpa lagi :)






Love,


Honey


 

   

Tuesday, October 18, 2016

IT'S HER BIG DAY


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you












Happy Birthday

Honey!

Monday, October 17, 2016

PIKNIK WITH KNK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you






Apa khabar? Masih ada kah yang menjenguk blog ni. Maaf kerana tiada post dalam tempoh ini di sebabkan I dah jarang sangat masak. Di tambah lagi bila Bonda ada di rumah, sudah pasti Bonda yang masak.


Hari ini pun hanya sekadar nak berkongsi gambar ketika potluck picnic pada 08/10/2016 yang lalu. Ke semuanya adalah sabahat media social yang rata-rata tidak mengenali antara satu sama lain. Hanya beberapa orang sahaja kenalan yang sering berjumpa. It was a great meeting, good foods and good people.


Pada hari itu I masak sambal udang petai and Alhamdulillah di sukai ramai.






Lokasi : Taman Rimba Kiara TTDI
Photography by : Mat Kamal, Abu and yours truly.


























Love,


Honey


Monday, July 11, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you











Love,

Honey

 

Wednesday, June 29, 2016

DORINA'S DELIGHT 3RD BIRTHDAY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you




Happy 3rd birthday, 


Dorina's Delight! 


Terima kasih kerana sudi singgah blog yang tak famous ni untuk mencari dan seterunya mencuba resepi-resepi I ni. Hope you all suka semua resepinya.


Ulang tahun nya tanggal June, 25th 2016 yang lalu :)




xoxo


  Honey  

Tuesday, June 21, 2016

PAPRIK DAGING

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you


Apa khabar semua? Selamat berpuasa... Maaflah kerana lack of post recently. Kekangan masa menyebabkan blog ni tak di jengah hehe. Hari ni nak share recipe paprik daging yang I buat pada 11 Ramadhan yang lalu. Memang sedap and lebih sedap dari kedai kata tetamu I :)






Bahan-bahan


300 gm daging lembu
3 ulas bawang putih (di ketuk)
1 biji bawang besar (di belah enam)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil minyak bijan
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Lobak Merah (ikut suka)
Bunga Kobis (ikut suka)
Kacang Panjang (ikut suka)
1 biji cili merah (di hiris nipis)
6-7 biji cili padi (di ketuk)
5-6 helai daun limau purut
(I letak banyak sebab I suka, carikkan)



Cara-cara


Rebuskan daging lembu hingga empuk. Tapiskan air dan biarkan sejuk seketika. Potong nipis lawan urat.

Panaskan minyak di dalam kuali. Gorengkan sebentar daging yang telah di hiris nipis tadi. Tarik ke tepi kuali dan tumiskan bawang putih. 

Setelah bawang putih keperangan dan wangi masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram dan garam. Kacau sebati bersama daging tadi.Masak sebentar dan kemudian masukkan air dan masak hingga daging lembut dan kuah sedikit pekat.

Akhir sekali masukkan sayur, bawang merah, cili merah, cili padi serta daun limau purut dan kacau sebati. Masak selama 2-3 minit dan padamkan api. Jika kuah terlalu sedikit boleh tambah air ketika memasukkan sayur tu tadi.

Sedia di hidang.




Nota:

Selalu I guna sos ikan menggantikan garam tapi sebab sos ikan dah rosak I guna garam sahaja.

Jangan masak sayur terlalu lama kerana nutrisinya akan berkurangan serta sayur tidak rangup lagi.     

Masak guna api yang besar.






Love,


Honey