Peace be upon you
Apa khabar semua? Selamat berpuasa... Maaflah kerana lack of post recently. Kekangan masa menyebabkan blog ni tak di jengah hehe. Hari ni nak share recipe paprik daging yang I buat pada 11 Ramadhan yang lalu. Memang sedap and lebih sedap dari kedai kata tetamu I :)
Bahan-bahan
300 gm daging lembu
3 ulas bawang putih (di ketuk)
1 biji bawang besar (di belah enam)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil minyak bijan
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Lobak Merah (ikut suka)
Bunga Kobis (ikut suka)
Kacang Panjang (ikut suka)
1 biji cili merah (di hiris nipis)
6-7 biji cili padi (di ketuk)
6-7 biji cili padi (di ketuk)
5-6 helai daun limau purut
(I letak banyak sebab I suka, carikkan)
Cara-cara
Rebuskan daging lembu hingga empuk. Tapiskan air dan biarkan sejuk seketika. Potong nipis lawan urat.
Panaskan minyak di dalam kuali. Gorengkan sebentar daging yang telah di hiris nipis tadi. Tarik ke tepi kuali dan tumiskan bawang putih.
Setelah bawang putih keperangan dan wangi masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram dan garam. Kacau sebati bersama daging tadi.Masak sebentar dan kemudian masukkan air dan masak hingga daging lembut dan kuah sedikit pekat.
Akhir sekali masukkan sayur, bawang merah, cili merah, cili padi serta daun limau purut dan kacau sebati. Masak selama 2-3 minit dan padamkan api. Jika kuah terlalu sedikit boleh tambah air ketika memasukkan sayur tu tadi.
Sedia di hidang.
Nota:
Selalu I guna sos ikan menggantikan garam tapi sebab sos ikan dah rosak I guna garam sahaja.
Jangan masak sayur terlalu lama kerana nutrisinya akan berkurangan serta sayur tidak rangup lagi.
Masak guna api yang besar.
Love,
Honey
Salam Ramadhan Honey.. resipi yg mudah dan enak.. utk kami berempat tak cukup tu hi hi..selalu tertanya - tanya.. brand apa yg baik untuk minyak bijan, sos ikan dan kicap pekat?
ReplyDeleteSalam Kak Mar... Betul tu. Saya suka makan macam ni je lengkap dengan sayur sekali and tambah telur dadar.
DeleteUntuk minyak bijan saya guna brand Nona, sos ikan saya gunakan yang cap sotong tu, manakala kicap pekat saya guna brand cina tapi lupa dah apa nama. Tapi saya rasa kicap pekat jalen baik kot sebab kalau kicap pekat abc tu dia manis sangat.
Lengkap! Satu lagi bila paprik ni gandingan dia memang telur dadar kan
ReplyDeleteMakan lauk paprik ni kuah dia pun sedap sebab ada aroma daun limau purut tu yg best:)
Ya betul tu. Saya suka bau limau purut.. dengan daun daun tu saya telan haha.
DeleteSedapnya
ReplyDeleteMemang sedap endah hehe
DeleteAssalam honey...
ReplyDeleteelok jgk ni tgh dok usha2 resepi utk menu bebuka ari ni...nmpk soooo yummy..simple plk tu..
tq honey...rajin awk masak hehehe
Salam Ana.. lama tak nampak ana. Sihat ke? Cuba lah.. pasti tak nyesal hehe. Masak makan sendiri je u...
DeleteSalam Ana...belum pernah cuba patprik daging..Tapi adik kat kampung sekarang tengah duk teruja dengan pekasam daging dia, pertama kali buat menjadi apalagi...syok nak buat lagi. Kak pun tak sabar nak balik merasa..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSalam,
DeleteSaya tak pernah lagi makan pekasam daging hehe