Peace be upon you
Aku tanya apa khabar.. aku tanya apa khabar.. aku tanya apa khabar.. semua??? :)
Hari ni nak update tentang kebun sikit. Sayur masih belum di tanam, baru menyemai. Entah bila nak alihkan ke raised bed tu.
Pokok cili yang tumbuh sendiri di bawah pokok limau purut ni tak henti mengeluarkan hasil. Sama jugak dengan pokok yang lagi satu di sebelah raised bed tu pun tak henti berbuah. Sudahnya cili tu semua di petik bila dan masak ranum haha.
Look at my Vietnamese Mint.. masih survive malah bertambah gemuk selepas di trim haritu and kebetulan musim hujan, menjadi-jadilah dia kan. :)
Thai Basil I tengah galak berbunga. Cantik kan bunganya? So far belum pernah trim lagi. Ingat nak trim lah buat masak dengan minced chicken.
See.. semua merah menyala cili tu kan? Tapi tak pedas sangat pun sebenarnya hehe. Petik daun kari tu sebenarnya buat butter squid untuk di makan bersama Alfredo Spaghetti. :)
Oh ya, benih tu baru dapat dari Semua Menjadi. Terima kasih kak!
Haaa... Ini I ambil dari one of my IG's friends. Nama segala mak nenek sayur cina. Ada yang I tau dan ada juga yang I tak tau. Contohnya kobis cina tu di panggil wombok. Baru tau wei.
This is the Alfredo Spaghetti top with Butter Squids :) Yum! Yum!
Alaaaa... lupa pulak nak ambil gambar pokok roselle I tu. Tunggu berbuah lah ye baru I upload hehe. Jumpa lagi!
Love,
Honey