السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you
Oldskool sangat ganyanya kan?
Bahan - bahan
3 ekor ikan cencaru (dibelah belakang)
1/2 biji bawang besar
3 batang serai di hiris nipis
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan kelapa parut
Sedikit garam
Daun pisang untuk balut ikan
Cara - cara
Nyalakan api dan bakar arang atau kayu untuk di jadikan bara.
Cuci bersih ikan dan lumurkan dengan sedikit garam. Ketepikan.
Tumbuk bawang besar bersama serai hingga lumat.
Panaskan kuali dengan api yang sederhana. Tuangkan kelapa parut ke dalam kuali bersama-sama bahan yang di tumbuk, cili kisar, serbuk kunyit dan juga garam. Gaul sebati dan masak selama 10 minit.
Sumbatkan inti ke dalam perut ikan hingga penuh. Kemudian balut ikan dengan daun pisang (dibahagian tengah badan ikan sahaja). Pastikan tiada api menyala dan bakar ikan hingga masak.
Nota :
1. I tak lumur ikan dengan kunyit sebab mahukan rasa ikan yang original. Nowadays I bakar ikan without serbuk kunyit, cukup hanya dengan garam.
2. Tak nak balut dengan daun pisang pun tak apa. I balut sebab tak nak ikan terlampau masak dan untuk mendapatkan ikan bakar yang wangi. :)
3. Jangan bakar ikan dengan api yang menyala sebab akan hangus di luar dan mentah di dalam. Gunakan bara sudah memadai.
4. I masak ikan lebih kurang 20 minit saja which is sebelah 10 minit and another side 10 minit sebab I tak suka ikan overcooked.
Oh terliur pulak tengok gambar ni :)
Aktiviti pagi Sabtu ialah makan berjemaah dengan jiran sebelah umah.
Tengok lah anak dia tu duduk sopan sungguh hehe.
I konon buat lepat pisang. Punya lah bangang yang amat! I guna tepung pulut!! Patutlah lah lembik semacam. Confident sangat tepung beras, tak tengok cap nya.. haih bazir je pisang tu! Dalam hati berdetik, entah-entah aku guna tepung pulut tak?? Teringat nak tengok plastic nya dalam tong sampah, rupanya sungguh TEPUNG PULUT! Damn...
Ini cerita petang semalam. Jiran ajak gi makan laksa sedap yang selalu I pegi tu. Kebetulan pula I lama tak pekena laksa ni so pegi lah bertiga. Alhamdulillah rezeki semalam orang lanje hihi.
Love,
Honey