Peace be upon you
Oldskool sangat ganyanya kan?
Bahan - bahan
3 ekor ikan cencaru (dibelah belakang)
1/2 biji bawang besar
3 batang serai di hiris nipis
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan kelapa parut
Sedikit garam
Daun pisang untuk balut ikan
Cara - cara
Nyalakan api dan bakar arang atau kayu untuk di jadikan bara.
Cuci bersih ikan dan lumurkan dengan sedikit garam. Ketepikan.
Tumbuk bawang besar bersama serai hingga lumat.
Panaskan kuali dengan api yang sederhana. Tuangkan kelapa parut ke dalam kuali bersama-sama bahan yang di tumbuk, cili kisar, serbuk kunyit dan juga garam. Gaul sebati dan masak selama 10 minit.
Sumbatkan inti ke dalam perut ikan hingga penuh. Kemudian balut ikan dengan daun pisang (dibahagian tengah badan ikan sahaja). Pastikan tiada api menyala dan bakar ikan hingga masak.
1. I tak lumur ikan dengan kunyit sebab mahukan rasa ikan yang original. Nowadays I bakar ikan without serbuk kunyit, cukup hanya dengan garam.
2. Tak nak balut dengan daun pisang pun tak apa. I balut sebab tak nak ikan terlampau masak dan untuk mendapatkan ikan bakar yang wangi. :)
3. Jangan bakar ikan dengan api yang menyala sebab akan hangus di luar dan mentah di dalam. Gunakan bara sudah memadai.
4. I masak ikan lebih kurang 20 minit saja which is sebelah 10 minit and another side 10 minit sebab I tak suka ikan overcooked.
Oh terliur pulak tengok gambar ni :)
Aktiviti pagi Sabtu ialah makan berjemaah dengan jiran sebelah umah.
Tengok lah anak dia tu duduk sopan sungguh hehe.
I konon buat lepat pisang. Punya lah bangang yang amat! I guna tepung pulut!! Patutlah lah lembik semacam. Confident sangat tepung beras, tak tengok cap nya.. haih bazir je pisang tu! Dalam hati berdetik, entah-entah aku guna tepung pulut tak?? Teringat nak tengok plastic nya dalam tong sampah, rupanya sungguh TEPUNG PULUT! Damn...
Ini cerita petang semalam. Jiran ajak gi makan laksa sedap yang selalu I pegi tu. Kebetulan pula I lama tak pekena laksa ni so pegi lah bertiga. Alhamdulillah rezeki semalam orang lanje hihi.
Love,
Honey
Looks delicious, Honey. What kind of fish is it?
ReplyDeleteHello there. I'm not sure the real name of this fish but we call it as hardtail scad fish. Stuffed with spicy grated coconut and grill it.
DeleteSpicy coconut filling - Onion (pounded), lemongrass (pounded), grated coconut, turmeric powder, chili paste and salt. Mix all the ingredients. Stuff the fish with coconut filling and grill the fish until cooked.
Sedapnya ikan jaket bakor... teringat mak akak buat sumbat dgn kelapa berjintan.. sampai hari ni akak tak pas pas rasa macam mak masak.. bakor2 macam tu teringat arwah En Boss...rajin juga membakor tapi kambing dan steak dan kepak ayam..
ReplyDeleteJintan manis ke putih Kak Mar? Macam nak cuba je. Alamak.. jangan ler teringat pada arwah En. Boss.. sayu gitu nanti.. Al Fatihah untuk arwah En. Boss.
DeletePs: pernah juga terlalai beli tepung beras konon2 nak buat onde2 aka kelepung.. haih keras berdengkang kuihnya..
ReplyDeleteHahaha terbalik kita ni :)
Deleteayo yo yo...honey..cikwan puasa hari ni..meleleh tgk ikan bakar guna bara ni. Kalau cikwan, cicah ngan air asam atau budu...masyaAllah!!
ReplyDeleteMemang meleleh Cik Wan. Sedap lagi kalau di bakar macam ni kan? Wangi bau asap gitu haha. Mulanya nak buat air asam tapi haritu dah buat ikan bakar dengan air asam mangga muda (adeh terliur aih bila teringat). Jadi kali ni buat cicah kicap pulak hihi.
Deletecencaru tu kalau balut dgn daun kunyit pun sedap,kan..semerbak baunya.
ReplyDeleteBetul tu. Tapi pokok kunyit nya baru di tanam ambil masa balik kampung 2 minggu yang lepas. Harap menjadi dan gemok lah pokok kunyit tu.
Deletebakar guna arang tu yg best! rasa original nya ikan bakar tu ;p
ReplyDeleteBetul tu :)
DeleteTengok ikan bakar begitu dah terasa macam dalam posa la pula..
ReplyDeleteHehehe kita practice untuk puasa dulu.
Delete