Wednesday, June 29, 2016

DORINA'S DELIGHT 3RD BIRTHDAY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you




Happy 3rd birthday, 


Dorina's Delight! 


Terima kasih kerana sudi singgah blog yang tak famous ni untuk mencari dan seterunya mencuba resepi-resepi I ni. Hope you all suka semua resepinya.


Ulang tahun nya tanggal June, 25th 2016 yang lalu :)




xoxo


  Honey  

Tuesday, June 21, 2016

PAPRIK DAGING

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you


Apa khabar semua? Selamat berpuasa... Maaflah kerana lack of post recently. Kekangan masa menyebabkan blog ni tak di jengah hehe. Hari ni nak share recipe paprik daging yang I buat pada 11 Ramadhan yang lalu. Memang sedap and lebih sedap dari kedai kata tetamu I :)






Bahan-bahan


300 gm daging lembu
3 ulas bawang putih (di ketuk)
1 biji bawang besar (di belah enam)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil minyak bijan
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Lobak Merah (ikut suka)
Bunga Kobis (ikut suka)
Kacang Panjang (ikut suka)
1 biji cili merah (di hiris nipis)
6-7 biji cili padi (di ketuk)
5-6 helai daun limau purut
(I letak banyak sebab I suka, carikkan)



Cara-cara


Rebuskan daging lembu hingga empuk. Tapiskan air dan biarkan sejuk seketika. Potong nipis lawan urat.

Panaskan minyak di dalam kuali. Gorengkan sebentar daging yang telah di hiris nipis tadi. Tarik ke tepi kuali dan tumiskan bawang putih. 

Setelah bawang putih keperangan dan wangi masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram dan garam. Kacau sebati bersama daging tadi.Masak sebentar dan kemudian masukkan air dan masak hingga daging lembut dan kuah sedikit pekat.

Akhir sekali masukkan sayur, bawang merah, cili merah, cili padi serta daun limau purut dan kacau sebati. Masak selama 2-3 minit dan padamkan api. Jika kuah terlalu sedikit boleh tambah air ketika memasukkan sayur tu tadi.

Sedia di hidang.




Nota:

Selalu I guna sos ikan menggantikan garam tapi sebab sos ikan dah rosak I guna garam sahaja.

Jangan masak sayur terlalu lama kerana nutrisinya akan berkurangan serta sayur tidak rangup lagi.     

Masak guna api yang besar.






Love,


Honey