Peace be upon you
Aku tanya apa khabar.. aku tanya apa khabar.. aku tanya apa khabar.. semua??? :)
Hari ni nak update tentang kebun sikit. Sayur masih belum di tanam, baru menyemai. Entah bila nak alihkan ke raised bed tu.
Pokok cili yang tumbuh sendiri di bawah pokok limau purut ni tak henti mengeluarkan hasil. Sama jugak dengan pokok yang lagi satu di sebelah raised bed tu pun tak henti berbuah. Sudahnya cili tu semua di petik bila dan masak ranum haha.
Look at my Vietnamese Mint.. masih survive malah bertambah gemuk selepas di trim haritu and kebetulan musim hujan, menjadi-jadilah dia kan. :)
Thai Basil I tengah galak berbunga. Cantik kan bunganya? So far belum pernah trim lagi. Ingat nak trim lah buat masak dengan minced chicken.
See.. semua merah menyala cili tu kan? Tapi tak pedas sangat pun sebenarnya hehe. Petik daun kari tu sebenarnya buat butter squid untuk di makan bersama Alfredo Spaghetti. :)
Oh ya, benih tu baru dapat dari Semua Menjadi. Terima kasih kak!
Haaa... Ini I ambil dari one of my IG's friends. Nama segala mak nenek sayur cina. Ada yang I tau dan ada juga yang I tak tau. Contohnya kobis cina tu di panggil wombok. Baru tau wei.
This is the Alfredo Spaghetti top with Butter Squids :) Yum! Yum!
Alaaaa... lupa pulak nak ambil gambar pokok roselle I tu. Tunggu berbuah lah ye baru I upload hehe. Jumpa lagi!
Love,
Honey
Happy gardening Honey.. sekarang dah musim panas... Thailand basil akak dah mula kekuningan
ReplyDeleteItu lah.. risau saya. Habis lah pokok ku di musim panas ini :)
DeleteAs salam honey...
ReplyDeletebyk cili api...blk stok utk sebulan tu...
Salam Ana.... Lama tak tak nampak. Itu lah..kadang bagi jiran je cili-cili tu sebab tak termakan. :)
DeleteAssalamualaikum Honey,
ReplyDeletepakabar? wah subur2 pokok2 herbs Honey ye, Julie sedikit faillah tanam herbs ni, esp daun kesum & pudina, ntahlah kenape nak kena study sikit dari Honeylah ni hehe. Thai basil tu Julie sukses tanam, dulu tumbuh meliar dekat rumah sampaikan Julie tak tahu nak buat apa dgn pokok2 Thai basil & finally Julie potong bunga2 thai basil tu & letakkannya dlm pasu tepi meja PC bagi cantik meja PC hihi..
Salam Julie sweetie..
DeleteAlhamdulillah sihat. Julie sihat kah? Sebenarnya kan... I pon takut takut my pokok kesum tu mati, nak nak lagi musim panas akan tiba. Hati ni rasa gusar saja bila memikirkannya. Ikut nasib sebenarnya ni. Harap-harap pokok tu survive lah.
Pokok mint pulak dah di alihkan ke raised bed tapi ada satu masalah pulak. Ada serangga putih yang halus halus tu hinggap di daun and so on. Tak tau macam mana nak hapuskannya. :(
Happy gardening, Honey! Spagettinya sangat menggugah selera. Saya bingung untuk memasak thai basil. Aromanya sangat tajam, tak selembut sweet basil. Akhirnya melimpah sekali di kebun.
ReplyDeleteEndah, kamu harus coba recipe Thai Basil Beef / Chicken. Enak sekali! Di tambah dengan cili padi yang pedas. Pasti nasinya di tambah lagi.
DeleteAssalam..
ReplyDeleteInteresting la Honey... daun kesum (vietnamese mint) tu elok betul. saya kalau buat ulam pun jadik.. hehe
Selasih tu Honey, by right kalau nampak nak berbunga kena cepat2 potong bunganya, sebab nanti daunnya akan jadi keding2 dan tak subur dan boleh mati. Untuk lebih elok, bila berbunga aje, Honey kena potong kat pangkal dia, tinggalkan dua helai daun jer...
Salam Rosdi,
DeleteOh ye ke??? Ok nanti balik I potong bunganya. Patutlah bunganya dah kurus dan kuning. Terima kasih Rosdi! *kiss*
Eh, daun kesum buat ulam? Baru tau you.. sedapkah? Eh kalau buat nasi kerabu sedapkan? Taruk daun kesum banyak-banyak.. wangi je bau.
Cili padi selalu bila dah mula berbuah memang tak berhenti honey
ReplyDeleteDaun kesum pulak memang nak kena trim selalu baru subur. Masak laksa, asam pedas selalulah hihi...
Betul tu Kak Zakie, kadang sampai tak termakan cili tu semua. Masak hari minggu saja jadi menu tu tak berapa nak banyak hahaha
Deletebestnya bila ada home garden sendiri kan Honey, kak ana ni cita2 ada usaha je kurang sekarang ni... :)
ReplyDeleteTak pe Kak Ana, bercita-cita dulu in shaa Allah ada lah tu nanti.
DeleteHi honey...br dapat view semua previous entry..ya ampun kenapa masak semua nampak sedap..menangis tengok!
ReplyDeletemenjadi semua tanaman ya...sy punya huhuh segan dah nak masukkan dalam blog...semuanya abis rosak kena hujan..sekarang baru start musim panas skit....kena fikir apa tanaman yang tahan panas...dan kurang air..
apa pun nak cari makanan dulu...lapar tengok masakan U
Nadia!!!! Ke mana kah u menghilang?? Hehehehe.
DeleteI pulak musim hujan ni subur sungguh pokok-pokok I. Now dah start musim panas, habis lah I :(