Peace be upon you
Apa khabar semuanya? Maaf lah ye sebab asyik tenggelam
timbul aje di blog ni. Agak sibuk sejak akhir-akhir ini dan tak sempat pun nak
jalan-jalan di blog kawan-kawan jauh sekali nak update blog haha. Tapi masak
tetap masak dan cuma di hujung minggu saja. You all boleh lah follow I di
Instagram sebab di sana I update agak frequent.
Hari ni nak share recipe ikan patin masak lemak tempoyak.
Barangkali tak banyak yang makan ikan patin ini. I pun ini kali pertama masak
ikan patin and sebenarnya I jarang sekali memakanya. Cuma entah kenapa craving
sangat nak makan patin lemak tempoyak ni haritu.
Bahan – bahan
1 ekor ikan patin saiz sederhana
1 biji timun tua
1 biji bawang besar (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)
5cm ubi kunyit (di tumbuk)
1 cawan tempoyak (depend on you)
20-25 biji cili padi
½ bunga kantan (kalau tak ada pun tak apa)
2 batang serai (di titik)
Seikat daun kesum (di simpul)
1 helai daun kunyit (di simpul)
2 sudu besar gula (depend on you)
Garam secukup rasa
1 liter air atau lebih
4 sudu besar tepung gandum (untuk cuci ikan)
Cara – cara
Potong sirip ikan, misai, ekor , buang isi perut dan juga
lemaknya. Potong ikan dengan ketebalan yang sederhana dan jangan terlalu nipis.
Lebih kurang 3cm tebal. Cuci ikan dengan tepung gandum tadi dengan sedikit air
dan biarkan selama beberapa minit sebelum cuci.
Cuci bersih dan toskan.
Kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi bersama
sedikit air. Campurkan bahan yang telah di kisar ke dalam periuk yang bersaiz
besar bersama ubi kunyit yang telah di tumbuk, tempoyak , daun kesum, daun
kunyit, bunga kantan, serai dan juga air. Masak di atas api yang sederhana.
Sementara menunggu kuah mendidih, kikis kulit timun tua tadi
dan belah kepada dua bahagian. Buangkan bijinya dan hiris sederhana nipis. Cuci
bersih dan toskan. Setelah kuah mendidih, masukkan timun tua tadi dan masak
hingga sedikit lembut dan kuah sedikit pekat. Masukkan gula dan garam
secukupnya, kacau sebati. Akhir sekali boleh lah masukkan ikan patin yang sudah
di cuci bersih tadi dan masak selama beberapa minit hingga ikan masak
secukupnya. Jangan masak terlalu lama kerana isi ikan patin agak lembut dan
mudah hancur.
Padamkan api dan sedia di hidang. Makan bersama ulam-ulaman
dan sambal belacan.
Love,
Honey
salam singgah n salam kenal.. .. emm sy pun tak makan ikan patin ni.. tapi tolong buatkan untuk orang2 yg boleh makan tu boleh lah hiii
ReplyDeleteSalam Wani,
DeleteBiasa lah tu kan? Wife selalu kena masak benda yang husband suka makan walhal kita tak makan pun haha. But me, sume makan! :)
Assalam Honey,
ReplyDeleteSaya tak makan ikan patin ni, tapi kuahnya saya suka...
Pelikkan? selalu kena gesa ngan kengkawan, dah makan kuahnya, tibai la sekali ikannya...
Dah penah beberapa kali makan ikannya tapi tetap rasa strange to my tastebud... tapi kuah boleh hirup pulak kat pinggan. heheh
Salam Rosdi,
DeleteMaaf ya kawan sebab lambat sangat reply komen you all. Macam neighbour I lah, ikannya tak makan tapi kuahnya bukan main lagi di hirupnya. Setengah orang mungkin tak makans ebab ada bau air tawar nya. Tapi kalau kuah lemak tempoyak ni mmg kegemaran ramai kan? Nak nak rasa pedas masam manis masin tu cukup.. whoa.. terliur pulak haha.
Assalamualaikum Honey,
ReplyDeleteNampak sungguh menyelerakan gulai ikan tempoyak tu, 1 lagi recipe Honey yg patut dicuba, Instagram Honey apa ye?
Salam Julie!
DeleteMakan kah ikan patin? Kalau tak, boleh cuba ikan lain. Tapi pasti tak menyesal sebab sedap. Aduh, this weekend macam nak buat lagi lah gulai tempoyak hihi. Julie boleh nampak link Instagram di bahagian kanan. Click sana boleh nampak ID Instagram Honey.
Jadi ingin coba resep ini kebetulan ada 2 ekor patin di freezer. Bunga kantan itu seperti apa ya bentuknya?
ReplyDeleteBungan kantan is torch ginger :) Endah tau apa itu tempoyak?
Delete