Thursday, June 27, 2013

INTODUCING MY LOVE AND RECIPE REQUESTED FROM INDONESIA

Salam.

Hi, All! How are you today? I would like to introduce you to my love one and his name is SNOWY . Haha don't blame on me why his name sounds like a girl because am not the one who named him.

Hi! My name is Snowy

Takpe lah, in anyhow.. I still love to call you as SNOWY :) The photo above was taken on the day that I found him. I jumpa dia kat longkang belakang rumah on 14th March 2013. Dia asyik menangis je since malam, and I kata kalau subuh masih ada lagi I will adopt him.


Then subuh tu still ada, jadi I ambil dia. Rupanya dia ni di tinggalkan mak dia. Sian... and paling kesian bila I tengok kaki dia luka macam tertoreh. Besar pulak tu, jadi tak sampai hati nak biarkan.. Sian dia, dah lah takde mak.



I leave him with my neighbour bila I pergi kerja, but now dah tak lagi sebab dia dah besar jadi I tinggalkan dia dalam rumah. He such a good boy sebab dia tak poo poo and tak pee pee merata. The first 3 days I tinggal dalam rumah dia poo poo dalam toilet bilik depan. Then after three days dia poo poo and pee pee siap-siap kat luar rumah in the morning sebelum I pergi kerja. Bagus kan? Saaaayyyaaanng dia!!

Siang je tidur! Siang je tidur! Malam main!


Jangan salah faham, mata dia jadi biru sebab kena flash camera bukan pakai lens ye!! hehehe


Malam tadi bagi dia mandi sebab kotor sangat dia main kat luar tu dengan kucing jiran depan rumah. Dah la susah nak mandi, meraung-raung! Eeeee geram!

Marilah kita cerita pasal makanan pulak. This recipe has been requested by one of my friends dari Indonesia. Nama dia Novii. Dia request recipe Char Koey Teow (Koey Teow Goreng) ni dua hari lepas. Jom kita tengok recipe nya.



Bahan-bahan (untuk seorang atau dua orang)

1. 500gm koey teow halus (I tak suka yang lebar)
2. 3 ulas bawang putih (di cincang halus)
3. 2 sudu besar minyak masak
4. 1 biji telur (di pukul sedikit)
5. Segenggam taugeh
6. Dua batang daun kucai (chinese chives - di potong 3cm)
7. 6-7 ekor udang size XL di buang kepala dan kulit
8. 1 sudu besar sos ikan
9. 1 sudu kecil kicap pekat
10. 1 sudu besar cili kisar

Bahan hiasan

1. Daun bawang (di hiris nipis)
2. Jeruk cili (chili pickle - kalau suka)

Cara-cara

1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau dan keperang-perangan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga sedikit garing.

2. Setelah naik bau, masukkan kicap pekat dan sos ikan. Masukkan telur yang di pukul sedikit dan gaul sebati. Masukkan juga daun kucai dan kacau hingga layu.

3. Masukkan koey teow serta udang. Kacau sehingga bahan tumisan serap ke dalam koey teow (kurang 2 minit) dan akhir sekali masukkan taugeh dan kacau hingga sebati (kurang dari satu minit).

4. Tutup api, masukkan koey teow ke dalam pinggan dan taburkan daun bawang. Sedia di hidang.

Note :

1. Semasa masukkan telur ke dalam kuali, kedudukan mangkuk telur mestilah tinggi dari kuali. Ini adalah untuk mendapatkan telur yang hancur. Dalam masa yang sama, you all mesti sambil kacau bahan tumisan tadi.

2. Tujuan masukkan udang bersama koey teow dan goreng kurang dari dua minit adalah untuk mendapatkan rasa udang yang segar dan kenyal.

3. I suka taugeh I crunchy sebab tu I masukkan at the end and kacau tak sampai satu minit. :)



What you want for tomorrow recipe? :)

2 comments:

  1. Replies
    1. Kak Kaseh, malu la Kak Kaseh asyik puji aje.. Nanti kenalkan Snowy dengan Putih ye :)

      Delete

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.