Peace be upon you
Apa khabar you all? Banyak ke jemputan open house? Al maklumlah, sekarang ni masih lagi open house di sana dan sini. Mesti berat badan pun semakin naik kan dek makan macam-macam makanan sedap kat open house tu hahaha. I pulak tak banyak jemputan pun :)
I ada upload pokok kari I yang daunnye gemok-gemok tu kat laman sosial (ceh 'laman sosial'! Ayat baku for today okay hehe) Instagram. Jadi ada lah one of my IG friends dari Melaka request tunjuk cara macam mana nak jaga pokok kari supaya dia gemok, sihat dan berkilat daunnye. Disebabkan niece I bawak 'lari' DSLR ke MRSM so I guna camera handphone ajo lah yo?? Jadi harap maklum la yo gamba nyo idok la cantik sangat :)
1. Yang pertama, you all kena lah gemburkan tanah nya dulu sebelum melakukan pembajaan. Untuk pengetahuan you all proses semua ni mesti lah di buat pada waktu pagi sebab pada waktu pagi lah pokok memulakan proses fotosintesis. Selalunya I akan gemburkan tanah setiap dua hari sekali. Ini bagi memastikan tanah tidak menjadi mampat. Jika tanah terlalu mampat, ini akan mengganggu pembesaran pokok kari ni. Tanah yang di gunakan tidak semestinya tanah organik. Tanah biasa pun boleh yang you all boleh dapat kat mana-mana nursery dengan harga RM1.50 setiap satu bag. Kalau pakai organic soil pon boleh.. Tapi jangan pulak pakai tanah liat hehe.
2. Pembajaan boleh dilakukan 2 minggu sekali. Kalau nak bagi makan pokok ni 2 minggu sekali, baja tu lebih la sikit like 2 sudu plastik macam dalam gambar ni. Tapi kalau nak bagi makan seminggu sekali, satu sudu pun dah mencukupi. Pilih lah baja untuk sayuran instead of untuk pokok hijau sebab itu lebih baik. Yang I guna ni memang baja untuk pokok-pokok herba macam pokok kari, pokok basil dan sebagainya. Satu botol keciL (tinggi lebih kurang 10cm) harganya RM7.00.
3. Lepas bagi makan kita bagi lah dia minum pulak kalau tak 'tercekik' lah dia nanti. Hahaha air yang cukup di perlukan untuk proses fotosistesis. Tapi janganlah pulak siram pokok ni sampai bertakung airnya dalam pasu tu. Lebih air pun tak bagus juga untuk akar pokok ni. Lain lah kalau pokok ni di tanam tanpa pasu, nak siram satu baldi pon boleh kikiki.
Daunnye lebih besar dari ibu jari I :) |
4. 3 proses di atas adalah wajib di lakukan. Tapi pada pendapat I, pokok harus lah di belai barulah dia akan cantik menghijau dan sihat. I selalu belai daun-daun pokok kari ni and kadang-kadang I akan bercakap dengan dia (ada yang berpendapat, apabila kita berkomunikasi dengan pokok, ia dapat merangsangkan pertumbuhan pokok). Cakap slow-slow dah la, kang ada pulak orang kata you all gila coz bercakap dengan pokok. I akan selalu sembang dengan pokok ni like "Hi how are you today?" "Besar lah dengan sihat, cantik dan gemok". Kadang-kadang si SNOWY pun akan sibuk nak 'belai' pokok ni (bukan belai macam kita tapi di kais-kaisnye daun tu dengan tangan dia tu hahaha)
Tengok lah daun kari I ni, lebar setangkai daun kari ni sama besar dengan lebar tapak tangan I. Setiap orang yang datang ke rumah mesti akan tegur pokok kari I ni "Besarnya daun dia!" Apa nak buat, tuan dia bagi makan dan minum cukup jadi dia membesar lah dengan sihat dan gorgeous gitu! Sebenarnya, asal pokok kari ni daunnya tak lah sebesar macam sekarang. Daunnya normal aje, and tanam kat atas tanah tanpa pasu. Tapi di sebabkan si 'monster' aka kumbang putih tu merosakkan semua daun kari I, I pun tebang lah. Tapi anak pokok kari ni punya lah banyak tumbuh. Jadi I ambil satu dan alihkan ke dalam pasu.
I agak sedih sejak balik dari kampung after raya haritu. Mau taknya, daun baru tumbuh jadi kedut-kedut and dah tak cantik. I tak tau kenapa, I rasa sebab my neighbour tak siram frequently kot. I pesan dengan dia tolong siramkan pokok-pokok I and I alihkan pokok kari I ni dekat dengan rumah dia and letak kat kawasan yang terima terlalu banyak cahaya matahari. I rasa sebab tu lah daunnya jadi macam ni and I was thinking to cut down the upper stem. So that dia boleh keluarkan semula daun yang cantik dan mula bercabang butttttt....... rasa sayang and kesian la pulak kalau I potong kat atas tu. Takpe, I tunggu lagi 2 minggu, kalau daun baru masih lagi kedut-kedut I have to decide and cut it off.
Sourced by google |
Sourced by google |
So I harap dengan penjelasan I tentang penjagaan pokok kari ni dapat lah membantu serba sedikit. Tak susah pun nak jaga cuma kena rajin saja.
Dah lama tak update makanan yang sedap-sedapkan? Nanti I upload new recipe harap you all senantiasa melawat my humble blog ni ye. Terima kasih.
Love,
Honey
teringin nak tanam poko daun kari..hari2 buat kari x pun butter prawn..hihi
ReplyDeletesalam perkenalan sis
jemput ke blog nana :)
Salam,
DeleteMaaf late reply. Tanam lah dear. Tak rugi kalau cuba tanam. Untung menjadi boleh masak butter prwan selalu macam u cakap tu :)
huhu. geli tgk close up makhluk tu. hii. baja tu baja kopi kan? saya guna utk tanam Rose Jepun & kaktus.
ReplyDeleteHi. Tak pasti baja apa tapi baja organic di beli di nursery. Banyak kah tanam pokok bunga ros jepun tu?
DeleteSalam sis..
ReplyDeletePokok kari kt umah sy byk dimkn kumbang putih tu..mcm mn nk bunuh kumbang2 tu..ade ke ubat or racun yg sesuai ye..geram tengok sbb daun2 kari tu dh x segar...tqvm.
Salam Arina,
DeleteI tak pasti bagaimana cara yang terbaik untuk menghalang kumbang putih tersebut sebab pokok kari I pun di serang kumbang putih dan anak-anaknya. You mungkin boleh cuba semburan air bawang putih. Tumbuk dua atau tiga biji bawang putih. Masukkan ke dalam bekas untuk spray bersama air dan semburkan pada daun kari. Cara yang terbaik dan jika you suri rumah, perhatikan setiap pagi dan petang dan kutip semua anak-anak kumbang putih tu. Sebab yang makan daun jadi bertompok2 tu adalah anak dia. Kumbang putih tu pun you mati kan sekali sebab nanti dia akan beranak pinak. I pun geram bila nampak anak anak dia tu... sakit hati! :)
honey, i guna (cuka + garam sikit + air banyak) sembur kat pokok yang dah kena kumbang putih tu (aphid kot namanya, entah). pokok cili i 3-4 batang hampir mati kena serang menatang ni. lepas sembur 'resipi' i tu, mula2 macam terbakar kat daun dia (yellowish) tapi lepas tu daun dia tumbuh elok skang dah besar2 balik.. bleh cuba kot?
DeleteHerasuhanti,
DeleteBukan aphid dear. Ini kumbang putih. I pun tak pasti mcm mana nak elakkan melainkan kena check pokok kari sekalu.
Anyway, terima kasih untuk tips di atas :)
clearnye pic cik..camera ape tu erk,,hihi..
ReplyDeleteDari handphone saja. Dua gambar bawah are from google.
DeleteSalam sis..Sy ada tanam jgk pokok kari tp sayangnya lps sy potong pangkal atas tu pokok trus segan2 nk naik.kurus je..pangkal pn xde naik tunas pn..sedih btl..
ReplyDeleteSalam Mommymikhail,
DeleteBanyak kebarangkalian kenapa tunas tak keluar.
Yang pertama, Mommy tanam dalam pasu atau atas tanah? Dan berapa lamakah pokok kari di potong? Jika di dalam pasu, memang pokok akan mengambil masa untuk bertunas. Dan seeloknya pasu tersebut di letakkan di tempat redup tetapi masih menerima sedikit cahaya matahari.
Kedua, jika tanam di dalam pasu, pasu kecil atau pasu besar? Pada pendapat I seeloknya tanam dalam pasu yang besar atau tambahkan sedikit tanam hitam / organic supaya pokok mendapat nutrisi yang secukupnya.
Di rumah I terdapat 3 pokok kari yang mana yang pertama ialah pokok induk. Pokok kedua dan ketiga (pokok ketiga adalah seperti di dalam gambar ) I ambil dari anak-anak pokok induk. I alihkan kedua-dua anak pokok kari tadi ke dalam pasu yang besar. Pokok yang kedua I letak berhampiran pokok limau purut manakala yang ketiga I letakkan di foyer hadapan rumah. Dan sekarang pokok yang ketiga itu I alihkan pasunya di luar foyer. Apa yang I perhatikan, pokok ketiga agak lambat keluar tunas apabila di potong kerana kekurangan tanah. Manakala pokok kedua sangat cepat mengeluarkan tunas walaupun pasu yang sama, kuantiti tanah yang sama. Hal ini adalah kerana akar pokok kari yang kedua ini telah keluar daripada pasu dan masuk ke dalam tanah bagi mencari sumber makanannya sendiri. Dan sekarang pokok kedua telah mengeluarkan anak-anak pokok karinya sendiri. Sekarang pokok kedua lebih 'meriah' dari pokok ketiga walhal masa mula-mula alih dulu pokok ketiga lebih 'meriah' dan berdaun besar. I harap selepas pokok ketiga itu di pindahkan di luar (bawah pokok palma) ianya akan tumbuh subur.
Begitu juga dengan pokok induk tadi yang di tanam atas tanah, I potong sampai habis kerana terlalu banyak anak-anak kumbang putih dan dalam tempoh lebih kurang 2 minggu pokok dah bertunas kembali.
I syorkan pokok kari Mommy di alih ke tanah atau tukar kepada pasu yang besar. Belikan baja pokok dan taburkan pada setiap dua minggu.
Mommy boleh refer link kat bawah ni untuk ketiga-tiga pokok kari yang I ceritakan tadi.
http://dorinadelight.blogspot.com/2014/10/garden-update-part-14-curry-trees.html
Salam sis. I dah cuba ikut nasihat sis. Alhamdullilah. Skg pokok kari daunnya besar2.
ReplyDeleteSalam. Alhamdulillah.. Teruskan usaha ya.
DeleteAssalam..
ReplyDeleteKalau tanam dari keratan pokok kari boleh tak? Minimum saiz mcm mana, panjang berapa?
Cadang nak tanam dlm pasu ja.. tp sampai 1 tahap, adakah akan terbantut tumbesarannya..? Rumah ayah byk pokok kari, ingat nak kerat batang nnt, nak tanam.. boleh hidup ke??
TQ...
Salam,
DeleteIn shaa Allah boleh. Potong lah dalam 20cm panjang. Kemudian rendam dalam air hingga keluar akar putih atau keluar tunas. Kemudian baru tanam dalam pasu.
Nazri maaf lupa jawab soalan dalam pasu tu. Berdasarkan pengalaman I, jika tanam dalam pasu ia depends on size pasu. Kalau size sederhana pokok susah sikit nak bercambah dan gemok. Macam jiran I pokok kari nya tinggi melayut.. dan kurus lol. Seeloknya tanam di atas Tanah terus. Tapi kalau nak tanam dalam pasu, pilih pasu yang besar sedikit dan lebar.
DeleteSaya memang mencari cara tanam anak pokok kari..banyak yg saya jumpa x membantu sangat..lagi.Pening adalah..dalam blog u ada ajar cara kepal tanah pada akar..mmg bagus..bab tanam terus tu pokok karikari saya malam ok..siang layu...so stress..thank ya.. i luv u
ReplyDeleteSalam Ila. Maaf lambat reply. Terima kasih singgah di blog I ni. Selepas menyemai anak pokok kari eloknya di letak di bahagian redup contohnya dia bawah pokok yang lain tapi masih mendapat sedikit cahaya matahari.
DeleteDua bulan lepas mungkin, I ada tolong semaikan anak pokok kari yang di ambil dari rumah untuk jiran. Alhamdulillah, minggu lepas dia bagitau pokok kari tu hidup subur dan elok. Maklumlah, I weekday bekerja jadi hanya jumpa jiran pada hujung minggu. I pun tak sempat nak tinjau tinjau pokok karinya di seberang tu. Pada mulanya dia semai mati. Jadi dia ambil anak pokok dari rumah I dan minta tolong I semaikan. Alahmdulillah.. menjadi. Hope you akan cuba lagi. :)
Salam...
ReplyDeleteCamne nak tau sukatan air yg betul ye.. supaya tidak terlebih atau terkurang. contohnye kalau 1 pasu guna air brape liter. ke sekadar basahkan tanah.
Salam.
ReplyDeleteMaaf lambat reply. Sebenarnya kena tengok banyak faktor. Contoh, pasu pokok kari tu letak di mana? Di bawah cahaya matahari atau tempat redup? Pasu jenis berlubang atau tidak. Jika diletakkan di bahagian luar rumah iaitu di kawasan panas, dan pasu berlubang, siram lah hingga tanah betul2 basah. Jangan risau sebab pasu yang berlubang air lebihan akan keluar di bawah.Tambahan lagi sekarang musim panas, eloknya siram pagi dan petang. Kalau pasu tidak berlubang cukup lah dengan sekadar melembabkan tanah.