Monday, September 9, 2013

GARDEN UPDATE : PART 1 - CURRY TREE

السلام عليكم
Peace be upon you

Macam mana dengan hujung minggu you all? Seronok? I tak seronok sebab I kena pruned my curry tree seperti yang dah di janjikan. Sedih I tau! Mana taknya, pokok kesayangan terpaksa di cantas bahagian stem atas tu dek kerana daun yang di keluarkan tu dah tak cantik. Kerepot-kerepot macam apa ntah lagi. Geram I. Akhirnya selepas 2 minggu, hari Sabtu lepas I pun cantas lah batang yang daunnya yang dah tak cantik tu.

Sebelum start segala mak nenek tentang kebun I yang kecik cenonet tu, kena lah minum dulu.. kopi cap hang tuah.. bukan lagi cap kapal api sebab kapal api dah karam di tengah lautan Pacific hahaha. Cap kapal api dah tak sedap lagi tuk taste buds I ni. Bancuh manual aje coz I takdok coffee machine macam kakak lemongrass kita yang comel loteh tu uh uh uh. Lagipun I idok lah minum kopi tiap hari. Caffeine tinggi dek non oi... Takut...!

Tengok lah pucuk dia tu! Geram I tau, rasa macam nak picit-picit aje pucuk yang hodoh tu!

Sebab tu lah daun yang di produced jadi cenggini! Bukan lah berulat tapi daunnya tu tak cantik macam yang asal. Sakit hati tengok daun-daun baru ni.

Setelah dua minggu berfikir dan dah di berikan masa jugak, tak jugak cantik cantik daun barunya tu. Masih jugak kerepot! Jadi, selamat tinggal lah pokok kari ku! I potong dari daun yang start kerepot tu. Bayangkan punya lah panjang I potong. Sayang memang sayang tapi I benci tengok daunnya cenggitu. Takpe, lepas ni harap daun baru tu lebih cantik, sihat, berkilat dan hijau. Lepas ni pokok kari I akan bercabang dan rimbun lah hehehe.

Tu diaaa!!! Panjang ke idok?? Hahaha sayang betul daun ni. I offered kat jiran sebelah nak ke tak daun kari ni sebab sayang nak buang. Dia tak nak hahaha sebab rumah dia pon ada pokok kari.

Bila prune batang kari ni jangan lah pulang potong dekat sangat dengan pelepah dia tu. Biar jarak potong dengan pelepah tu jauh sikit lebih kurang 8-10mm. Sebab nanti dia akan bercabang kat bahagian pelepah tu.

I sangat berharap daun baru akan cantik macam daun yang lama ni.. Tak sanggup lagi den tengok daun yang kedut-kedut tu. Susah payah I jaga pokok ni tau..

Demikian lah riwayat kisah sang kancil.. eh apa ke benda nye sang kancil? Riwayat pokok kari den lah. Sama-sama lah kita berdoa supaya dia kembali sihat dan cantik :)

Semalam I tak rasa nak makan nasi berlauk tengahari tu. So sebelum pi beli barang basah kat kedai, I cakap lah ngan my Mom "Kita buat nasi lemak je lah tengahari nanti" and my Mom okay aje hehehe. So tengahari tu kita orang pun buatlah nasi lemak yang simple and di balut daun pisang. Daun pisang tu I rembat keling tepi rumah I tu punya tapi I dah minta izin lah hehe. Siapa suruh tanam kat area rumah I kan? Memang selalu lah my Mom ambil daun pisang dia tu sebab kalau ada ikan kerisi, my Mom suka buat pais ikan. A....paaa??? Ikan kerisi pun tak tau??  Ish ish ish.. Alaaaa ikan nye macam ikan merah tu tapi bersaiz kecil. Pais ikan my Mom memang sedap, nanti I update recipe untuk pais ikan tu ye?

Ni lah nasi lemak I tengahari semalam, simple aje kan? Tapi kan.. punya lah sedap I makan semalam sebab di balut dengan daun pisang wei! Mana nak dapat nasi lemak kampung macam ni kat kota metropolitan? Rare ok! Agaknya lah kan.. berapa agaknya kalau nasi lemak daun pisang ni di jual kat sini? Maunya RM1.50 ek? Kalau kat kampung masa I sekolah rendah dulu, nasi lemak ni 30 kupang ja dek oiiii. Punya lah sedap. Cerita pasal nasi lemak daun pisang ni teringat pulak zaman sekolah dulu. Sebelum pi sekolah singgah kedai beli nasi lemak. Macam-macam jenis nasi lemak ada.. Nak nasi yang lembik? Nak nasi yang keras? Nak lauk telur dadar? Nak lauk sambal ikan keli (ikan keli sawah yang kecil)? Nak lauk sambal ikan puyu? Nak lauk kerang (rare) semua ada. Semuanya di bungkus dengan daun pisang macam ni. Tapi I suka satu nasi lemak ni je, nasi lemak sambal ikan bilis tapi nasi lemak and sambal dia punya lah sedap. Orang kampung I yang buat. Nasi dia cukup lemak dan sambal dia tu tak tau dia taruk apa. Punya lah sedap!

Tengok lah, I berselera makan tengahari semalam. Sampai dua bungkus I makan hahaha. Punya lah buruk perangai. You all nak recipe ke? Nanti I update recipe ye.. :)


Love,

Honey.

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.