Thursday, July 23, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you


Macam mana hari raya you all? Pasti meriah kan? Hari ni nak share gambar sepanjang berada di kampung saja. Juadah hari raya tak sempat nak tangkap. Entah kenapa takde mood nak buat semua tu. Makan lemang pun malam raya saja masa buka puasa tu. Masa hari raya tak sentuh langsung. Pergi rumah saudara mara hanya makan lauk like rendang and kari itu pun satu rumah je. Rumah-rumah yang lain I hanya minum air je.. But now, craving for those lemang, ketupat especially ketupat daun palas. Kena buat sendiri lah jawabnya.




  Kilang Simen di Kuala Kangsar. Dah macam kat genting pulak  sebab baru lepas hujan.



 Few of our relatives datang buka puasa bersama on 2nd last day of Ramadhan. Di antara menu berbuka ialah :
1. Kari Ikan Bawal
2. Sambal Petai Ikan Bilis
3. Ikan Keli Goreng
4. Asam Rebus Keladi
5. Kerabu Sotong
6. Pucuk Ubi Rebus
7. Paku Rawan Rebus
8. Sambal Belacan
9. Buah Tembikai
10. Air sirap limau, Air Jagung



     Ini pula menu berbuka on last day of Ramadhan (Raya Eve).

1. Lemang (beli je)
2. Nasi Himpit
3. Rendang Daging
4. Ayam Masak Merah
5. Burung Kuak Masak Asam
6. Daging Masak Asam
7. Pucuk Paku Tumis
8. Sirap Limau , Air Jagung



Ini sekitar market. Penuh orang!



   Routine on Raya Eve. Bertungkus lumus buat rendang bagai sampai patah dua papan pemotong lol!



Burung-burung ni my Dad sembelih pada pagi Isnin sebelum I balik KL. Ada 3 ekor kesemunya. I buat masak kari sebab teringin :)
 Santap kari burung kuak dulu sebelum balik KL. If not teringat-ingat nanti. Kenapa makan sorang? Sebab yang lainnya pergi kenduri kahwin while my Mom pulak dah start puasa sunat Syawal.
 Orang malam raya sibuk makan lemang ketupat bagai. We all makan pizza for supper hahaha. Once in a while kan...



The one have to be blamed is my sis in law. Dia buat koay teow/meehoon sup on 3rd day raya. Super delicious! Masih teringat-ingat kesedapannya.




Ko dah kenapa Ben? Tok marah nanti baru tau! Hahaha!






My Mom's rock-melon plant. Jealous I hokay!



Maaf sebab gambar tak memuaskan. 

SELAMAT HARI RAYA
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN 






Love,



Honey


 

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Honey...seronoknya beraya di kampungkan? Cik Wan tak puas beraya sebab cuti pendk sangat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Cik Wan! Seronok sangat dan rasa tak puas bila balik kampong. Saya jarang balik kampong sebenarnya. Tapi kalau lama sangat teringat rumah di sini. Takut pulak dibiarkan lama tanpa bertuan. Dan pasti pokok-pokok akan rindukan saya juga hehe.

      Delete
  2. Selamat Hari raya aidilfitri Honey & family
    sedap2 juadah dlm pic honey ni huhu...Julie pun sama lepas je baca post Honey ni trus terasa nak mkn ketupat daun palas yg sedap tu...nyum2...burung kuak jantan ke tu? cam rasa daging ayam gak ke daging burung kuak ni Honey? tgk kari tu cam best je nyum2...anyway great photo shooting...suka Julie tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Julie dear! Maaf lah tak sempat nak berkunjung di 'rumah'Julie. Masa terhad dengan kerja-kerja di office.

      Tak pasti lah burung kuak tu betina atau jantan, kita bedal makan aje hehe. Rasanya mungkin lebih kurang ayam kampong atau burung putuh. Nanti senang I pegi jengah ke bloh you ya? Rindu korang semua! :)

      Delete

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.