Friday, December 18, 2015

SAMBAL IKAN BILIS SAMA TERUNG PIPIT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you





Semalam kita dah tengok resepi jantung pisang masak lemak kan? Hari ni I nak share pulak resepi yang jarang sekali kita jumpa. Lauk ini juga menjadi kegemaran I dan menggembirakan perut semua orang termasuk lah pada orang yang tak pernah makan terung pipit ni. Bila di bagitau nama terung ni di suruhnya kita ulang semula kerana tidak pernah dengar. Kelakar bukan? 

Siapa suka lauk ini? tapi selalunya lauk ini menjadi kegemaran penduduk di utara tanah air.. bukan kah begitu Ana dan Kak Mala?
Hehehe...















Bahan-bahan



1 cawan ikan bilis
1/2 cawan terung pipit
6 biji cili merah (di buang biji)*
10 biji cili padi*
1 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
Belacan (sebesar ibu jari)*
1/2 sk asam jawa adabi
Garam secukup rasa
1 sb gula
2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
Minyak masak untuk menggoreng






Cara-cara


Rendam ikan bilis sebentar bagi mengurangkan rasa masin dan cuci bersih serta toskan hingga kering. Jika perlu tap dengan kitchen towel.


Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. Goreng terung pipit hingga layu dan ketepikan.

Kisar bahan yang bertanda * bersama 1 cawan air. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang di kisar hingga wangi dan terbit minyak. Masuk lebihan air bersama garam,gula dan asam jawa dan masak sambal hingga benar-benar kering.

Kemudian, masukkan ikan bilis serta terung pipit ke dalam sambal dan kacau sebati. Padamkan api dan sedia di hidang.





Mudah bukan? Silalah mencuba ya dan pasti akan makan bertambah-tambah :)









Love,



Honey




4 comments:

  1. wah...feveret ni sambal terung belanda...Kak suka campur dgn udang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak sambal juga ke kak? Boleh saya try nanti.

      Delete
  2. ah... sedapnya... apalagi dengan nasi hangat, hmmm... tak henti menyantapnya!

    ReplyDelete

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.