Thursday, December 12, 2013

GARDEN UPDATE : PART 5 - KAEDAH PENANAMAN POKOK KARI

السلام عليكم
Peace be upon you

From my stats record, kebanyakan 'keywords' yang I jumpa ialah 'cara tanam pkok kari' 'cara tanam daun kari' 'tanam daun kari' 'tanam pokok kari'. Ramai jugak yang memerlukan pengetahuan tentang kaedah penanaman pokok kari. Sebenarnya tak susah mana pun nak tanam pokok kari.

Kaedah penanaman boleh di lakukan melalui batang atau anak pokok kari. Tapi hari ni I nak tunjukkan kaedah penanaman melalui anak pokok kari. Kebanyakkan pokok kari mempunyai banyak anak yang tubuh dari akar. Termasuk lah pokok kari I.. terlalu banyak sampai I terpaksa buang supaya tak terlalu membiak. Kalau you all nak, you all boleh datang rumah I and ambil for free. :)

1. Yang pertama you all mestilah cabut anak pokok kari tu. Tapi mesti cabut secara perlahan dan cermat supaya akar pokok tidak putus.Macam saya tunjuk kat atas ni, memadai kalau dapat akar macam ni.

 2. Selepas cabut anak pokok kari tu, you all harus lah membalut akar tadi dengan tanah lembap supaya kelembapan pada akar dapat di pelihara dan pokok tak layu.


3. Korek tanah dengan anggaran boleh menutupi akar dan batang pokok kari (just before the first sprig).

4. Setelah selesai menanam anak pokok kari tersebut, you all mesti lah siram dengan air yang secukupnya supaya akar pokok dapat menjalankan proses pertamanya dengan baik. Pada waktu ini baja tidak di perlukan kerana akar masih belum berupaya menyerap baja kimia. Pembajaan pertama boleh di lakukan apabila genap sebulan atau seawal tiga minggu.

Nota :

1. Seeloknya penanaman apa jua jenis pokok di lakukan pada waktu petang Ini kerana penerimaan cahaya matahari yang kurang. Kalau you all tanam waktu pagi, cahaya matahari pada waktu tengah hari akan menyebabkan pokok layu dan kebarangkalian tak akan survive.

2. Jenis tanah tak kisah tanah macam mana sekali pun. Macam I kata dalam entry yang lepas, jangan guna tanah liat sudah lah.

2. Cara bagaimana you all nak maintain pokok kari ni boleh refer dekat entry ni Penjagaan Pokok Kari. 

Ini lah serba sedikit pengetahuan I dalam kaedah penanaman pokok kari untuk di kongsi dengan you all. Kalau ada salah dan silap I mohon maaf. Selamat mencuba!

Love,

Honey

8 comments:

  1. info yang amat baik.thanks

    ReplyDelete
  2. kalau nak tanam melalui cara keratan batang kari..mcm mane ??


    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika melalui keratan batang rendam dulu batang dalam air hingga ada keluar akar putih. Kemudian boleh lah di tanam.Tiga minggu pertama jangan letak pokok di kawasan yang panas. Letak di kawasan yang redup seperti di bawah pokok.

      Delete
  3. Kalau nak potong pada pokok . Bahagian mana paling sesuai untuk dipotong dan di tanam semula sebagai seratan batang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Potong pada bahagian rantingnya yang sederhana besar. Bersihkan daun-daunya dan rendam dalam air sehingga nampak akar putih keluar pada bahagian yang di rendam. Kemudian boleh disemai di dalam pasu sehingga tunas/pucuk pertama keluar. Pastikan pokok tidak berada di bawah matahari. Letak di bawah pokok yang rendang atau kawasan yang kurang menerima cahaya matahari secara terus. Bila pokok dah berdaun boleh alihkan ke adalm pasu yang lebih besar atau di tanam tanpa pasu (atas tanah). Pembajaan bermula bila daun kari dah keluar sebab pokok dah punya akar yang kuat. Sebelum berdaun, siram dengan air basuhan beras atau ikan bagi menyuburkan pokok.

      Delete
  4. Nak tanya, keratan batang tu, yg masih muda hijau atau yg dah tua keras? Pernah cuba dulu, rendam dalam air, tapi tak tumbuh pulak akar, mati cam tu jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tak berjaya, boleh terus tanam ke tanah. Cuba tengok apa hasilnya. Tapi kena tanam di kawasan redup dulu and kena siram hari2.

      Delete
    2. Oh ya make sure pada batang yang tua dan bukan hijau.

      Delete

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.