Tuesday, December 31, 2013

YEAR END ENTRY

السلام عليكم
Peace be upon you

Akhirnya kita sampai di penghujung tahun 2013 dan this is my last entry for this year. Terlalu banyak kenangan pahit manis sepanjang tahun 2013 yang I telah tempuh. But I have to be strong and rise without any regrets. 

Hari ni I just nak share lauk pauk yang I masak sepanjang minggu lepas and hari-hari cuti umum haritu. Semuanya masakan kampung sebab oven I masih sakit. Kalau oven sihat tu boleh lah nak buat pizza ke, ayam panggang ke kan. Ada rezeki I nak beli baru lah hehe.


Masak lemak cili padi ayam, ulam-ulaman and sambal belacan.



Kari ikan bawal hitam, tempe goreng, ulam-ulaman and sambal belacan.



Masak lemak pucuk paku, ikan bakar (bakar guna arang okay, in tradittional way), ulam-ulaman, sambal belacan and air asam.


Sabtu lepas I buat English Muffins sebab my niece datang rumah. So makan with scramble egg and chicken patty.



Dua minggu lepas, punya lah teringin nak makan cempedak goreng. Pegi lah cari tapi satu Puchong tak jumpa buah cempedak. At the end, I jumpa orang jual goreng cempedak dekat dengan area rumah I. Ini pun satu-satunya gerai jual goreng pisang ada jual cempedak goreng.


I pun singgah lah beli tapi kena tunggu sebab dia tengah goreng. Tak tau lah sebab habis ke atau baru nak goreng. Dah siap tu I tanya la kira macam mana? Dia kata RM3 7 biji. Terkedu sekejap I dengar.. sadis sadis.. Ada kawan I kat IG kata, kenalan mak dia beli RM4 untuk 4 biji kot kalau tak silap. Aduh pengsan sekejap I dengar. So lepas ni kalau makan cempedak goreng makan sambil pejam mata and nangis lah ye bak kata kawan I kat IG iaitu Cikgu Siti.


Pisang tanduk ni I dapat dari kawan I. Dia memang banyak tanam pisang tanduk. So I ambil lah dua biji and peram sampai masak. Hari ahad lepas I tengok dah kekuningan buah ni so I pun buat lah pisang goreng. Ingat orang yang suka makan pisang tanduk goreng ni nak datang tapi malangnya tak. So makan lah I sorang-sorang di sulam air kopi di kala hujan renyai-renyai :)

Rasa sedih pulak nak meninggalkan tahun 2013 tapi I berharap tahun 2014 lebih bermakna untuk I, In Shaa Allah. Ini gambar terakhir I untuk tahun 2013 dalam blog.


I wish you a Happy New Year and may your dreams come true :)


Love,

Honey

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.