Monday, July 7, 2014

MEE BANDUNG

السلام عليكم
Peace be upon you


Bersiaran lagi kita hari ini ya? Bagaimana puasa you all? Semalam tak tau nak makan, kebetulan lebihan mee kuning ada lagi jadi I buat mee bandung simple aje. Di sebabkan takde stock daging maka I campak lah apa yang ada dalam fridge tu.



One Serving

Bahan-bahan

Segenggam mee kuning (lebih kurang 100-200gm)
1/4 cawan isi ayam bertulang (nak taruk isi saja pun boleh)
1 fish cake (di hiris nipis)
6 fish balls (di belah dua)
1 biji telur ayam
2 sb cili kisar (yang dah di blend dengan bawang merah, putih dan belacan)
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
2 biji bawang putih (di cincang halus)
1 sk udang kering yang di tumbuk
3-4 sb minyak masak
1/4 cawan daun sawi
1 keping tauhu (di potong dadu)
1/2 biji buah tomato (di potong wedges)
Garam secukup rasa
1 sb + 1 sk gula (or for your liking)
2 1/2 cawan air
3/4 sb tepung jagung
Hirisan daun sup


Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam kuali di atas api yang sederhana. Tumiskan bawang putih hingga naik baru dan sedikit keperangan. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram dan udang kering. Tumis hingga naik minyak dan wangi. Masukkan isi ayam dan masak selama 1-2 minit. 

Tuang air ke dalam kuali dan reneh selama 8 minit atau hingga isi ayam masak. Masukkan fish balls, fish cake, tauhu, gula, garam dan masak selama 1-2 minit. Masukkan mee, sayur sawi, buah tomato dan pecahkan telur. Masak selama 2 minit dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung bagi memekatkan kuah. Masak hingga kuah pekat. 

Setelah masak, tuang ke dalam mangkuk dan taburkan hirisan daun sup. Sedia di hidang.



 
Sebenarnya I'm craving my hometownnye mee bandung but my craving fixed yesterday evening :) Alhamdulillah.



Ini lah bunganya Kak Mar.. Cantikkan?? :)



Love,


Honey

9 comments:

  1. Replies
    1. Boleh lah tahan Kak Gee. Buat makan sendiri :)

      Delete
  2. huwaaaa!! tengok telor separuh masak tu ...bikin gua tak tahan air lior meleleh..puasa..opsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabaq Sudais. Sat lagi pi cari mee bandung naaaa :)

      Delete
  3. salam honey;
    klasik betui la pinggan mee bandung u tu...hehehehe... honey u buat sepinggan je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana,

      Pinggan orang dolu-dolu hihi. Ha'ah buat sepinggan je untuk I. Sebenarnya kuah I buat lebih, so dapat lagi dua portions. Dua pinggan tu bagi jiran sebelah and jiran depan umah. hehe.

      Delete
  4. Assalam Honey...
    waduh mee bandung my favourite...
    hari tu baru masak ..lebih kurang juga bahan2 yang digunakan..
    kalau dah tak tahu nak makan or masak apa..masak me bandung ajelah to save the world kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Ayu,

      Itu lah tu... paling senang tapi sedap! Betul tak? Saya suka taruk sayur bebanyak! kikiki

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.