Tuesday, November 11, 2014

GARDEN UPDATE : PART 15 - ROSES

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you

Ingat tak you all tentang 2 pots of roses that I bought from Sungai Buluh few weeks back? Satu pokok yang I phobia tanam tu yang renek tapi banyak bunga tu.. memang mati and tinggal sepokok aje. Rupanya satu pot tu ada 4 batang pokok ros semua pakat dok layu and kering akhirnya mati jua. Tetiba ada sepokok tu elok hidup subur Alhamdulillah. Tapi biasa lah pasti bunganya habis kering bila kembang dan gugur kalau kita yang jaga. Sama juga dengan pokok ros merah yang merah tu. Daun makin kuning dan gugur but still survived.

Tapi after a week bunga nya dah habis dan daun pun dah gugur, I nampak ada shoot merah baru tumbuh. Apa lagi hip hip hooray lah! Pokok ros merah keluar pucuk baru dengan banyaknya dan begitu juga pokok ros light peach tu.

Pokok ros yang lama juga bertunas dan keluar pucuk baru juga. Yang pokok lama ni bunganya pink. Dan sekarang dah banyak putik bunga keluar! hip hip hooray lagi sekali!





Semua bunga di atas ni dari pokok ros yang lama iaitu ros pink. Meriah putik nya. Kalau dulu satu dua putik bunga saja. Rahsianya ialah I guna kulit telur sebagai baja dan jugak kepala dan kulit udang. Baru I tau yang pokok ros ni suka kan baja dari kulit telur dan kulit udang. 



Ini pulak putik bunga dari pokok ros merah. Banyak betul putik nya, adalah dalam 10 putik macam tu. Gumbiranya hati ini.. tapi semuanya masih belum berkembang. Tak sabar nak tengok ianya kembang.




Yang ini pulak pokok ros light peach. Yang tinggal sepokok tu.. Alhamdulillah, juga berputih dengan banyak. Sekarang bunga ros pink (pokok yang lama) bunganya dah tak rosak lagi di makan dek thrips. Nak tau macam mana? I guna fumakila water base. Just sembur kat putik bunga tu. Ianya di suggest dan di guna pakai oleh Kak Anne. Terima kasih Kak Anne!


Tak sabar nak tunggu bunga ros kembang hihi.



Love,

Honey  

11 comments:

  1. assalamulaikum honey, mesti wangi kan kalau banyak rose kat umah, kaknoor tak pandai tanam rose selalu tak menjadi, kalau orkid tu boleh lah, syok lah kalau wnagi2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Noor,

      Saya pun tak pandai tanam ros sebab tu saya kata phobia haha. Alhamdulillah kali ni pokokm baru ok dengan adanya pengetahuan serba sedikit. Tu yang tak sabar nak tunggu bunga nya mekar Kak Noor. Bangun pagi dapat bau ros hihi

      Delete
  2. kalau honey ada masa, boleh pegi ke Daiso beli baja liquid yang cucuk dalam tanah . RM 5 ada 12 pieces .. guna 1 tube sebulan sekali jer .. macam saya punya bunga memang merimbun .... kalau guna udang dan kulit telur kadang2 dia invite banyak semut n lalat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ada ke di Daiso Rosdi? In shaa Allah nanti I cari and tunjukkan hasilnya. Rosdi pun share la tau cara cara penjagaan pokok ros :) Terima kasih atas cadangan ye.

      Delete
  3. As Salam;
    honey, rose edible tau..u blh buat rose tea...wangi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana,

      I ingat guna rose buds je for tea? Kelopak dia pon boleh? Sayang weiii dah la pokok cenonet tu je haha. Ke yang dah kembang mekar tu guna buat tea?

      Delete
  4. Assalamualaikum Honey, seronoknye tgk bunga2 rose ni berkembang, lagi seronok tuan punya pokok bunga rose tu, semoga pokok bunga rose Honey sentiasa berbunga dgn lebat & subur. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie,

      Itu lah seronok rasa hati ni tak terkira hihi. Sebab selama ni pokok ros susah nak keluar bunga itu yang phobia tu. Tak pon pokoknya mati. Ye lah, masa tu takde pengetahuan langsung kan. Julie ada tanam pokok ros?

      Delete
    2. Ada, sepokok baby rose jingga yg x berapa nak subur hihi...

      Delete
  5. Ni dah jeles tengok ros Honey ni...kak dah tanam ros kampung ni kawan bagi,,mati. Minggu lepas bagi pula..dah kali ke 3 tanam..tak tau la pasal apa ros jenis ni dengan kak tak mau menjadi..tangan panas juga lah gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa ni memang susah nak tanam Kak Mala. Kena tengok jenis ros juga. Kalau yang renek tu dah bunga banyak jangan lah beli sebab satgi depa mati terus bila kita yang jaga hahahaha. Cuba lagi ya Kak Mala. In shaa Allah pasti menjadi nanti.

      Delete

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.