Peace be upon you
January yang lepas I pergi ke Kuantan bersama seorang teman dan anak buah. Tidur semalaman saja kerana masing-masing ada commitment. Kami mula perjalanan dari rumah lebih kurang jam 9am dan sampai di Kuantan lebih kurang jam 12pm.
Persinggahan pertama di Kuantan adalah Restoran Akob Ikan Patin. Kami mencuba patin buah walaupun harga seketul ialah RM25. Memang puas hati.. tak hanyir langsung dan manis! Kuahnya pon sedap. Total amount RM48.50.
Sesudah makan kami pergi ke East Cost Mall untuk membeli SD Card. Kemudian terus ke hotel untuk check-in. Sesudah membersihkan badan, berehat sebentar dan solat Zohor kami terus ke Mustafa Cendol. Cendolnya biasa saja tapi ramai betul orang yang datang. Service juga lambat. Minta lap meja pun ambil masa yang lama. Cendol sudah separuh makan baru lah maggi goreng sampai. Total amount RM12.00.
Perut pun dah kenyang, kami terus ke Pantai Teluk Cempedak. Nak juga singgah di Satay Zul tapi dah takde space lagi nak masukkan :)
Setelah penat berjalan, bermain, bergambar kami pun pulang semula ke hotel. Berehat-rehat dan solat. Selesai solat kami ke luar untuk makan malam pula di Tanjung Lumpur. Restoran Mail Ikan Bakar menjadi pilihan kami dan memang berbaloi-baloi dan juga berpuas hati! Kami memilih ikan masak sweet sour kot, ketam masak pedas,udang lipan masak pedas, kailan sos tiram, udang goreng tepung dan juga air fresh orange. Semuanya segar dan manis. Rugi tak pilih ketam nipah hehe.. Sekilo RM60.00 katanya. Takpe lah lain kali boleh cuba lagi. Total amount RM151.00
Di sebabkan we all semua nak fresh orange maka dengan suka hati we all order lah one jug. Ku fikirkan jug kaca macam kenduri kawin or yang selalu serve kat kedai tu sekali yang datang ha amik kau sedebuk jug besar. Minum 3 orang je haha.. Mesti orang yang ambil order tu terkejut masa we all cakap nak 1 jug haha.
Lepas makan we all terus balik hotel sebab memang tak boleh gerak dek kekenyangan haha.
Esok paginya we all had light breakfast di hotel sebelum keluar. Tempat seterusnya ialah Ida Nasi Minyak di Tanjung Api. Kedainya tepi jalan saja dan memang penuh dengan orang. Kami ambil nasi minyak dengan ayam masak merah, nasi kerabu dan juga laksam. Memasing teringin laksam tu sudahnya tak habis haha. Sebab kitaorang memasing makan nasi minyak dengan nasi kerabu. Total amount RM21.40.
Setelah puas makan kami terus ke hotel berehat sebentar dan check-out. Kami menuju ke destinasi seterusnya apa lagi kalau bukan mencari keropok lekor hehe. Kami memilih Keropok Lekor Ghani Black. Yang kecil sedikit RM1 manakala yang besar RM2 sebatang. Apa lagi kita orang borong lah.. Bahagian jiran tetangga juga tidak di lupakan.
Dah habis borong keropok lekor kami terus ke Kula Cakes. Mencuba the famous mango cheesecake. Boleh tahan tapi takde lah sampai wallahhh gitu kan.. ok lah not too sweet for my taste buds. Total amount RM44.90.
Dan kemudian kami bertolak pulang ke KL lebih kurang jam 1.30pm. Sampai KL lebih kurang jam 4pm. Hantar budak-budak tu dulu dan kemudian baru lah pulang ke rumah I... home sweet home.. :)
Love,
Honey
Sedapnya...
ReplyDeletememang sedap!
Deletebetul betul berjalan ek Honey.. haha...
ReplyDeletenasib baik kuantan.. jauh, kalau dekat dah tumpang sekaki...
haha itu lah Rosdi oiii...
Delete