Peace be upon you
Hari ni nak share recipe sambal cili padi kering ikan bilis.
Kadang-kadang dapat lauk sebegini dah cukup dan tak perlu cari lauk lain dah.
Makan pula dengan nasi panas-panas kan? Kebetulan hari tu kakak ada bagi petai
tapi dah hampir layu petainya sebab tak di masak. Jadi di ambil bijinya saja
dan malas pulak rasanya nak kupas kulit putih tu. Semasa di rumah kakak hari
tu, separuh dari petainya di masak cara begini juga. Agak terkejut bila anak
buah makan sambal ni sebab dia tak makan petai. Entah kenapa dia makan
dengan petai-petainya sekali. Sedap pulak rasanya barangkali hahahaha.
Bahan-bahan
1 ½ cawan ikan bilis
1 cawan biji petai
3 biji bawang besar *
Segenggam cili padi hijau *
1 ½ sudu besar gula putih (kuantiti terpulang pada anda)
1 sudu kecil asam jawa adabi
Garam secukup rasa
2 cawan air
¼ cawan minyak masak (atau lebih)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara
Rendam ikan bilis dengan air bagi
mengurangkan rasa masin. Tapis hingga betul-betul kering. Goreng ikan bilis
hingga garing dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali atas
api sederhana besar. Kisar bahan yang bertanda * bersama secawan hingga hancur
dan tuangkan ke dalam minyak yang telah panas. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan lebihan air, petai,
garam, gula, asam jawa dan masak hingga sambal betul-betul kering dan terbit
minyak sekali lagi. Kemudian baru lah masukkan ikan bilis yang di goreng tadi.
Kacau sebati dan padamkan api.
Sedia di hidang.
Nota : Jika petai agak layu, rendam sebentar dengan air sejuk.
Love,
Honey
Ngences air liur.. favorite kami.. sekarang dah tak boleh makan petai.. gastrij.. redha je la.. faktor umur..
ReplyDeleteHaha saya yang tengok ni pon ngences air liur. Baru saya tau kalau gastrik tak boleh makan petai.
Delete