Monday, February 15, 2016

MEE REBUS TULANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you




Ini kali kedua buat mee rebus tulang. Sama je resepi dengan kali pertama cuma I ada ubah dari segi kuantiti bahannya.







Bahan-bahan

2 paket mee kuning (di celur)
3 biji bawang besar (di hiris)*
5 biji bawang putih (di hiris)*
5 sudu besar cili kisar(boleh tambah jika nak pedas)
2 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar taucu *
1 1/2 sudu besar udang kering (di rendam)*
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 kg atau lebih tulang lembu (bahagian rusuk)
1kg keledek oren(di potong kecil, di rebus dan di kisar)
1/2 cawan kacang tanah (di sangai dan tumbuk)
2 kiub pati lembu knorr
4 sudu besar atau lebih garam (ikut citarasa)
3 sudu besar gula putih(ikut citarasa)
1 keping gula kabung
4.5 liter air
3/4 cawan minyak masak




 Bahan hiasan

Taugeh
Sawi manis (di celur)
Kek Ikan (di celur, di potong nipis)
Daun sup / saderi (di hiris halus)
Daun bawang (di hiris halus)
Telur rebus
Tauhu goreng (di potong dadu)
Hirisan cili merah
Bawang goreng
Limau kasturi 






Cara-cara


Cuci tulang dengan bersih dan buang lebihan lemak. Rebus selama 20 minit dan buang airnya, ketepikan.
Kisar bahan yang bertanda * hingga hancur.

Panaskan minyak di dalam peruk. Tumis bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau. Tuang bahan yang di kisar hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar serta serbuk kari dan masak hingga pecah minyak.

Masukkan secawan air bersama tulang dan gaul sebati.  
Tuangkan lebihan air ke dalam periuk bersama kiub pati knorr dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan garam, gula kabung dan juga gula putih. Kacau sebati dan tutup periuk. Masak hingga daging empuk (I masak lebih kurang 2 jam supaya daging betul betul lembut).
 Setelah daging pada tulang tadi cukup empuk, masukkan keledek yang telah di kisar ke dalam kuah bersama dengan kacang yang telah di tumbuk. Masak selama 20 minit atau hingga kuah pekat.
Masukkan mee yang telah di celur ke dalam mangkuk, tuang kuah ke atasnya dan hiaskan dengan bahan hiasan. 


Nota : 


Bila masak tulang I prefer tutup periuk tu supaya lebih cepat empuk. Jika ada pressure cooker lebih baik.


Tulang di rebus sekejap bagi mengurangkan lemaknya. Jadi tidak lah lemaknya berkeping-keping bila sejuk nanti.






Love,

  

Honey 
  

Friday, February 12, 2016

MASAK LEMAK CILI PADI TENGGIRI SAMA TIMUN TUA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you











Bahan - bahan

 
3 keping ikan tenggiri
1 biji timun tua
4-5 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
10 biji cili padi (atau lebih untuk pedas)*
1 keping asam gelugor  
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (atau ubi kunyit)
2 cawan air
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa




Cara - cara


Cuci bersih ikan tenggiri dan sapukan dengan sedikit garam di kedua-dua bahagian. Ketepikan.

Kikis bahagian luar kulit timun, buang biji dan potong setebal 1.5 cm. Cuci dan ketepikan.

Kisar bahan yang bertanda * dengan secawan air. Tuang ke dalam periuk, tambah serbuk kunyit dan renehkan hingga kuah sedikit kering dan bahan kisar cukup masak.

Tuangkan lebihan air dan santan cair ke dalam periuk, masukkan garam, asam keping dan timun. Masak hingga timun sedikit lembut dan kuah sedikit pekat. Kemudian baru lah masukkan ikan. Masak hingga ikan separuh masak dan baru lah masukkan santan pekat. Perlahankan api dan kacau selalu bagi mengelakkan santan pecah.

Padamkan api apabila kuah mendidih dan ikan cukup masak. Sedia di hidang.




Nota : Jika nak wangi boleh titikkan serai dan masukkan ke dalam kuah.








Love,


Honey

   

 

 


   



Wednesday, February 10, 2016

FUN FOOD ART

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you



Masih belum ada mood nak update recipe. Jom layan food art yang I buat.












Love,

 
Honey 
 

Friday, February 5, 2016

FUN FOOD ART

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you













Love,


Honey


Friday, January 22, 2016

KARI IKAN TENGGIRI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you

















Bahan-bahan

 3-4 potong ikan tenggiri (termasuk kepala)
1/2 biji bawang besar (di mayang halus)*
3 ulas bawang putih (di mayang halus)*
Halia sebesar ibu jari (di mayang halus)*
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur*
1/2 cawan serbuk kari ikan
1/2 sudu kecil asam jawa adabi
2 biji tomato (di belah 4)
8-10 bendi
3 1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
4-5 sudu besar minyak masak
Sedikit masak untuk menggoreng
Sedikit serbuk kunyit serta garam untuk ikan


Cara-cara


Cuci bersih ikan dan lumurkan dengan serbuk kunyit serta garam. Gorengkan ikan sedikit dan ketepikan.

Tumis bahan yang bertanda * dengan api yang sederhana hingga naik bau dan sedikit layu. Kemudian barulah masukkan daun kari. Tumis hingga bawang sedikit perang.

Masukkan serbuk kari dan gaul sebati beberapa saat dan masukkan 1/2 cawan air. Gaul sebati dan masak hingga terbit minyak.

Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih, sedikit pekat dan kari cukup masak. Masukkan ikan, tomato, garam, asam jawa dan masak hingga tomato sedikit layu. Masukkan santan dan masak seketika hingga sedikit mendidih. Akhir sekali masukkan bendi yang telah di cuci dan biarkan selama 10-15 saat sebelum api di padamkan.

Sedia di hidang.

NOTA


Selepas santan di masukkan you all mesti sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak.


Kalau nak rebus bendi dan kemudian masukkan dalam kari semasa di hidang pon boleh.








Love,



Honey





Friday, January 15, 2016

MASAK LEMAK CILI PADI KELI SAMA REBUNG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you





When I have guest at home last Saturday.....










Bahan-bahan

3 ekor ikan keli yang di goreng sedikit (sebab takde yang salai)
1 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
Ubi kunyit (sebesar ibu jari)*
8-10 biji cili padi*
1 helai daun kunyit (di simpul)
3 batang serai di titik
1 cawan rebung madu
1 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil asam jawa adabi
3 1/2 cawan air
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Kisar bahan yang bertanda * bersama satu cawan air. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan yang di kisar bersama serai. Tumis hingga terbit minyak dan masukkan lebihan air, rebung serta daun kunyit. Masak hingga bahan cukup masak dan sedikit pekat.
 
Masukkan asam jawa, santan, garam dan juga ikan keli. Kacau sebati dan masak selama 5 minit atau hingga sedikit pekat mengikut citarasa anda.
 
Sedia di hidang.







Love,


Honey