السلام عليكم
Peace be upon you
Ada yang mengatakan jika kita makan organ dalaman haiwan adalah tidak baik. Betul ke? Tapi mengikut kajian sains, jika kita makan hati ayam atau haiwan lain seperti lembu, ia dapat menambah darah dalam badan kita dan juga ia mengandungi zat besi yang tinggi.
Tapi Rasulullah tidak menggalakan makan organ dalaman haiwan seperti hati kerana ia akan melembapkan otak kita sebab semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan di hati tu. Kalau nak tau lebih lanjut, you all boleh singgah wordpress Peribadi Rasulullah ni sebab banyak yang kita tak tau tentang Rasulullah ada dalam ni.
Bukan tak boleh makan, Rasulullah sendiri kata dia tak menggalakan untuk makan organ dalaman jadi you all tak perlu risau. Boleh makan cuma jangan selalu. Kalau takut otak you all lembap sebab makan semua benda tu, you all cover lah balik dengan makan ginko biloba :) Sebab ginko biloba ni menggalakan peredaran darah termasuk ke otak, tangan dan kaki. Ia juga baik untuk memori. In shaa Allah. Terlalu banyak khasiat ginko biloba ni and you all boleh google je kalau nak tau lebih lanjut khasiatnya.
Iklan lah pulak sekejap ye? Takpe, kita sama-sama share apa saja yang bermanfaat untuk diri kita ye?
So menu yang kedua untuk January 2014 adalah seperti di bawah and I nak share recipe untuk hati ayam goreng kunyit.
Ingredients
4 hati ayam
3 bawang kecil *
2 bawang putih *
2 cm halia *
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
1/2 labu bawang besar (di belah 3)
5-6 biji cili padi dititik
2-3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil asam jawa extra adabi
1/2 cawan air
Cara-cara
Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Tumiskan bahan yang di tumbuk sehingga naik bau.
Gaul hati ayam dengan serbuk kunyit dah garam. Setelah bahan tumisan naik bau dan keperangan, masukkan asam jawa dan hati ayam dan goreng selama 3 minit for both side.
Masukkan air dan masak hingga kering. Masukkan garam jika perlu. Setelah kuah hampir kering, masukkan bawang besar dan cili padi dan masak hingga kering.
Nota :
Sepatutnya I nak goreng sekejap hati tu tapi sebab malas nak tunggu, so I terus masuk je dalam bahan tumisan. Kalau goreng dulu lebih sedap sebab garing sikit.
Updating 19/03/2014
4 chicken liver (cleaned and drained)
3 shallots *
2 cloves garlic *
2 cm ginger *
1 tsp tumeric powder
1 tsp salt (you can add more for your liking)
1/2 onion (devide to 3)
5-6 bird's eye chillies (crushed)
2-3 tbsp vegetable oil
1 tsp tamarind paste
1/2 cup of water
Method
Pound * ingredients. Heat oil in a wok over medium heat, add * ingredients and cook till fragrant.
Rub the chicken liver with salt and tumeric powder.Add in chicken liver and tamarind paste into wok and mix them well and cook for 3 minutes.
Pour in the water and simmer till lil bit thicken. Add in onion, chillies and simmer till the water absorbed. Ready to serve.
P/S : I found that someone from Singapore is trying to translate the recipe to English via Google Translate. Please do not hesitate to leave your comment and request to update recipe in English for your convenience. Thank you.
I suka jugak kalau hati ayam ni di masak kicap and taruk sikit lada hitam and masak sekali dengan pedal. Walaaahhh!
No comments:
Post a Comment
Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.