Tuesday, October 8, 2013

Char Koay Teow in Gravy (Koay Teow Bodoh namanya)


السلام عليكم
Peace be upon you

Koay Teow bodoh? Kenapa koay teow bodoh? Nama ni di berikan oleh MIL... Eh MIL?? Hahaha! Sebenarnya dia selalu buat mee bodoh iaitu guna mee kuning. Bodoh sebab guna bahan yang mudah di dapati dan campak-campak aje. Tapi rasanya sangat lah sedap.. Orang masak, maunye tak sedap? Ye dak?

Since kat rumah ada koay teow I buat lah guna recipe mee bodoh tu. Tapi kan I rasa, mee bodoh ni ada jugak yang panggil sebagai mee kicap kalau tak salah. Sebab tengok bahannya lebih kurang sama saja.


Bahan-bahan

1. 100 - 200 gm koay teow halus (I tak suka yang lebar tu)
2. 2 ulas bawang merah (di tumbuk halus)
3. 2 ulas bawang putih (di tumbuk halus)
4. 1 sb cili kisar (yang dah di kisar sekali dengan bawang merah, bawang putih, belacan - selalu i buat stock and simpan dalam fridge so senang bila mana kita nak guna)
5. 3 biji cili padi  (dititik-kalau nak lebih pedas boleh tambah kuantiti cili padi)
6. 1 biji telur
7. 1 1/2 sb sos ikan
8. 1 sb kicap pekat
9. 1/4 cawan lobak merah yang di hiris halus
10. Sedikit daun ketumbar untuk hiasan.
11. 2-3 sb minyak sayuran untuk menumis
12. Air secukupnya (depend on you, kalau nak kuah banyak tambah lah banyak air)

Cara-cara

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau dan keperang-perangan. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.

2. Masukkan secawan air, kicap pekat, sos ikan dan biarkan mendidih atau sehingga tumisan cili tadi masak.

3. Tuangkan telur perlahan-lahan (di kacau sedikit sebelum tuang dalam kuali) sambil kacau kuah dengan senduk (satu arah saja). Kemudian masukkan koay teow dah lobak merah dan kacau hingga sebati. Jika kurang air, tambahkan sedikit air supaya lebih berkuah.

4. Tuang koay teow ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun ketumbar atau bawang goreng.

Note :

1. Anda juga boleh memasukkan taugeh, sawi bunga, fish ball, fish cake, tauhu atau isi ayam ke dalam kuah koay teow tu. (I guna apa yang ada, tengok lah..sayur pun guna carrot aje dek non oiiiiii)

2. Kalau nak gantikan sos ikan dengan garam pon boleh.. takde masalah. Cuma rasanya saja yang berbeza.


Ini namanya makanan orang malas nak ke kedai beli bahan. Semua campak benda yang ada dalam fridge itu aje.. Punya lah malas nak pi beli barang dapur. And now pulak ibu jari lebam dek kena tersepit pintu kereta pagi semalam, lagi lah malas nak memasak bagai. Punya lah sakit.. till now still berdenyut-denyut jari ni. Macam nak apply MC aje kekekeke. Nasib baiklah ada orang volunteer nak pi belikan barang dapur tapi tak sure malam ni or bila. Alhamdulillah......... :)

Selamat mencuba koay teow bodoh you all! :)

Love,

Honey

2 comments:

  1. Hi Honey....walaupon bodoh, tp nampak sedap....my mom pon kalau dia masak yg main campak2 je ingredients tu dia akan panggil mee grg bodoh, nasi goreng bodoh etc...hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynaa,

      Eh, you mom pon panggil mee bodoh jugak? Hahahahaha tapi sedap jugak kan the result? Hahahahahahaha

      Delete

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.