Wednesday, October 23, 2013

SAMBAL IKAN BILIS DENGAN PETAI (CRISPY ANCHOVIES WITH STINKY/BITTER BEANS)

السلام عليكم
Peace be upon you

Mulut I ni punya lah teringin nak makan petai! Nak pi beli kat area Pasar Segar Pak Lang tu malas la pulak.. Sebab kat situ je yang petainya besar-besar. I kalau biji petai tu kecil-kecil boh layan sebab I suka petai yang bijinya besar. Puas makan! Lama jugak lah mengidam tak dapat-dapat. Hari minggu dua minggu lepas bf I datang bawa I pi beli barang dapur kat Tesco Bukit Puchong tu and kebetulan I nampak petai yang dah siap di kupas. Mengidam punya pasal, itu pon I beli haha. Punya lah semerbak bau dia... satu kereta bau petai. Jadi you all boleh bayangkan lah betapa harumnya toilet kalau lepas membuang. Sediakan lah ambi pur macam dalam iklan kat TV tu ye hahahahaha

Mula-mula I masak dengan udang, punya lah sedap makan! Bertambah ok! Haih lah..bila lah nak makan tak payah bertambah. Selera kuat betul. Tapi hari ni I nak update resepi sambal ikan bilis dengan petai. Sebab stock petai ada lagi, tu yang I buat dengan ikan bilis pulak. (Pssssstttt.. makan bertambah lagi ok!)


Ingredients

1. 50-100gm stinky beans (depend on you nak banyak mana)
2. 1 1/2 cups of deep fried achovies
3. 1 red onion (bukan bawang kecil ye tuan-tuan dan puan-puan, ini bawang besar - grinded)*
4. 3 clove of garlics (grinded)*
5. 3 red chilies (grinded)*
6. 10 bird's eye chilies (grinded)*
7. 1/2 tsp tamarind paste
8. Salt to taste
9. Sugar to taste (normally I'll put 1 tbsp of sugar)
10. 1/2 cup of water
11. 4 tbsp vegetable oil
12. 1 cm Shrimp paste (grind together with * ingredients)

Method

1. Heat oil in a wok. Stir in * ingredients and cook till fragrance and brown. Pour some water, add the stinky beans, tamarind paste, sugar and salt and cook till the water absorbed.

2. Add in the crispy anchovies and stir them well. Ready to serve with hot rice.

Note :

1. Don't overcooked the stinky beans, because I love to have it crunchy.


Kalau you all nak guna cili kering pon boleh, cuma kali ni I nak pakai cili merah campur cili padi. Rasanya pun sedap.. cuma lebih pedas sikit dari cili kering.

Kalau my Mom pulak dia tak suka makan petai yang dah di kupas, dia suka makan yang belum kupas and bila masak tu dia taruk sebiji-sebiji. Belah pun tidak, katanya tak puas makan kalau belah. Tapi kulitnya tu mesti lah di kikis dulu sebab tak nak pahit nanti bila di masak. I pun suka macam tu jugak and bila makan......kruk kruk kruk bunyi nya kikiki.

Sila lah cuba dan pasti you all pun sukakannya (sure akan bertambah nasi punya lah kalau makan ni dengan nasi panas!)

Love,

Honey

2 comments:

  1. Sedapnyaaaaa.....kriukkk kriukkk dah bunyik music dlm perot ni Honey hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi Lynaa.. sampai menyanyi perut you kan? Belum lunch ke? Nanti pi cari makan k? Try la recipe ni hari minggu nanti :)

      Delete

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.