السلام عليكم
Peace be upon you
Hari ini ialah hari Jumaat dan hari segala penghulu hari. Hari jadi I tahun ni jatuh pada hari yang mulia ini.. gembiranya hati dan berharap Allah menunaikan segala doa hambaNya yang hina ni :)
Pagi tadi dapat kejutan dari Blooming Florist, abang delivery tu masuk je office I terus panggil nama penuh I.. Ya ampun malu tersipu-sipu I kat abang tu. Alhamdulillah.. selagi kasih sayang utuh, selagi bernyawa.. in shaa Allah akan tetap begini selamaya.
Hari ni I nak cerita pasal buah labu I yang pertama and serba sedikit pasal labu. I notice punya lah banyak bunga labu I keluar tapi I baru tau yang banyak keluar tu are male! Bukan bunga betina.. Rupanya bunga pun ada jantan dan betina. Sedih I tau bila tengok bunga jantan memenuhi pokok labu I tu.
Ini lah bunga pertama pokok labu I tapi ini ialah jenis jantan. Kalau jenis jantan ni tak kan berbuah dek non oi.. Dia akan layu dan kemudian gugur dari tangkai. Sedih sungguh lah hati ni.. Macam mana nak identify jantan ke betina? Nampak tak stigma dia yang kat tengah-tengah tu? Kalau stigma dia tu satu aje.. itu maknanya bunga jantan. So tak payah lah you all nak berangan tunggu buah dari bunga tu.
Ini adalah bunga betina, kerana dia akan keluar buah dulu baru bunga. Ini adalah minggu pertama untuk buah labu I yang pertama kalinya ni.
Ini lah bunga dia apabila mekar. Kalau jantan stigmanya hanya satu, tapi kalau betina stigmanya ada banyak. Stigma ni munkin manis kot kat dalam tu sebab tu semut berduyun-duyun dok masuk dalam tu.
Ini adalah minggu kedua buah labu I yang pertama tu dan buahnya semakin membesar. Berbunga-bunga hati I sama besar macam bunga ni tapi ianya hanya sementara. Nak tau kenapa? Sila baca yang seterusnya :)
Gambar ni di ambil masa minggu ketiga dan bunganya dah mulai layu. Ingatkan buah ni akan membesar bagai johan tapi sayangnya selepas 3-4 hari dari minggu ke-3buahnya layu lalu gugur macam gambar kat bawah ni.
Tak tau lah di mana silapnya. Nanti baru nak baca kenapa buahnya jadi begini. Orang tua-tua kata tak boleh di sentuh putik buah labu sebab ia akan gugur dan tak jadi buah nanti. Rupanya sungguh. Tapi I takde lah pegang or sentuh cuma terusik-usik dia punya daun dekat dengan buah tu aje.. Haih lah.. sayang sungguh! Baru bercita-cita nak ada fresh pumpkin in my kitchen.
Nanti dah tau kenapa jadi macam ni, I akan update cerita seterusnya. Sehingga berjumpa lagi dan selamat berhujung minggu temans!
Love,
Honey
cantik bunga tu
ReplyDeletesayangnya buah yang tak jadi tu
Hi Kak Kasih! Mana menghilang? Lama tak nampak.. kat IG pon dah hilang. Sihat ke? Ha'ah.. tak tau lah kenapa kak kasih oi. Tapi semalam saya tengok banyak betul putik labu yang baru. Mudah-mudahan kali ni lekat lah buah dia tu. hihihi.
DeleteHi Honey....good info on Labu....sayangnya labu tuh tak survive.....takpe..takde rezeki....try lagi...insyaAllah....i pon baru dpt seed labu fr kawan...tgh dok fikir lagi nak tanam ke tak ni.....sbb dah penuh sgt dah rumah ni dgn pokok....mak dah bising takde tempat nak sidai kain hehehe ;)
ReplyDeleteHi Lynna! Hahaha tuannya teruja sangat kot on the first buah.. sebab tu dia tak jadi keke. Tapi semalam I noticed banyak putik baru yang tumbuh. Eh betul lah..... pokok labu ni jenis mengambil ruang. Daun dia tu dah berebak2 dah.. I pon pening tak tau macam mana nak buat. Nak buat tempat memanjat dia tu nak kena beli kayu pulak. Tengok lah nanti macam mana hehe.
Delete