Peace be upon you
Apa khabar temans? Harap semuanya sihat Alhamdulillah. Masa hari raya korban haritu kakak I ada kasi daging sikit.. I rasa dalam sekilo lah kot. Since ada stock daging, lidah pulak terasa nak makan daging masak lemak cili padi, santan pun ada.. I pun buat lah untuk lunch hari Sabtu hari tu. Punya lah sedap taste buds I dapat makan, semuanya cukup rasa. Pedas pun tak pedas sangat.. Garam pun sesuai.
Bahan-bahan
1. 300-400gm daging lembu
2. 6 ulas bawang merah (di kisar)*
3. 3 ulas bawang putih (di kisar)*
4. 10 biji cili padi (di kisar - depend on you, nak pedas menyengat sila lah tambah cili. Kalau I tak tahan pedas sangat)*
5. Halia (di kisar - sebesar ibu jari)*
6. Sehelai daun kunyit*
7. 2 batang serai (di titik, crushed)*
8. 1 sk serbuk kunyit (kalau pucat tambah lagi serbuk kunyit)
9. 1 1/2 sk garam (depend on you)
10. 1/2 sk ajinomoto (serbuk perasa)
11. 2 cawan santan (depend on you)
13. 2 biji kentang (di potong empat setiap biji)
14. 5 sb minyak masak (jangan guna terlalu banyak minyak sebab nanti nak masukkan santan)
15. Air secukupnya
Cara-cara
1. Ambil daging, di cuci dan di rebus bersama sedikit garam tanpa potong terlebih dahulu. Rebus hingga masak atau sedikit empuk.
2. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan yang bertanda * sehingga wangi serta naik minyak atau kekuningan. Setelah kekuningan, masukkan air sedikit dan biarkan mendidih.
3. Setelah daging tadi masak, tapiskan dan setelah daging tersebut sejuk potong daging nipis-nipis. Masukkan hirisan daging, garam, serbuk perasa dan juga serbuk kunyit ke dalam bahan tumisan dan gaul rata. Jika terlalu kering, masukkan air dan masak selama 15-20 minit.
4. Setelah daging empuk, masukkan potongan kentang dan masak hingga lembut. Kemudian masukkan santan, kacau rata dan biarkan selama 10 minit atau hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidang.
Note :
2. Kalau nak dapat daging yang cepat empuk, you all mestilah potong daging melintang dengan urat daging tersebut. Kalau ikut urat, kunyah lah daging tu sampai esok hahaha. Ibarat mengunyah sliper la jawabnya.
Updating 14/03/2014
Hi guys! I just checked my stat and someone from Singapore is trying to translate this post to English. I am truly sorry for your inconvenience and I'll write the recipe in English, so that you're able to read and understand.
Ingredients
300-400gm beef (loins)
6 shallots *
3 cloves garlic *
10 bird's eye chillies * (you can add more for your liking)
Thumb size ginger *
1 tumeric leaf (tie to knot)
2 stalks of lemongrass (crushed)
1 tsp tummeric powder
1 1/2 tsp salt (depend on you)
1/2 tsp seasoning powder (ajinomoto)
2 cups of coconut milk
2 potatoes (cut to 4)
5 tbsp vegetable oil
Water to boil
1/2 cup water *
Method
Cook beef in boiling water till tender over medium heat. Once tender, set aside to cool. Once cooled, thinly slice and put aside.
Place * ingredients in food processor and grind it till smooth and turned to paste. Heat oil in a medium heavy bottomed sauce pan / wok over medium heat. Pour * ingredients, add in tumeric powder, lemongrass, tumeric leaf and simmer till fragrant or brown.
Add in salt, seasoning powder and beef. Stir them well and cook for 10-15 minutes. Add in some water if too dry.
Add in potatoes and pour coconut milk into the sauce pan. Turn heat to low and cook for 10 minutes or till the gravy lil bit thicken (stir constantly).
Ready to serve.
I buat banyak so I boleh simpan dalam freezer and esok-esok I boleh panaskan and makan lagi! Yeay!!
Oh ya, just nak kongsi pendapat. Mungkin ada yang tau and ada yang tak tau. Betul ke kalau daging korban ni atau tulangnya mestilah di tanam kalau tak habis? Kalau haiwan tu di buat aqiqah kena tanam tulangnya dan dagingnya kalau tak habis. Kalau korban biasa and tak aqiqah pun kena ke? I tau pun sebab jiran I yang cakap pastu I pun tanya lah boyfriend I. Katanya ya sebab bagi mengelakkan daging lebihan atau tulang haiwan yang di korbankan tadi di makan oleh anjing atau haiwan-haiwan lain. Sebab katanya haiwan yang di korbankan ini ada lah suci sebab tu kena tanam. Baru lah I tau haha selama ni den tak tau.
Selamat menjamu selera you all! Eh, menjamu apa pulak.. selamat mencuba! Hehehe... Esok lusa nak update pasal sambal ikan bilis dengan petai pulak.. :)
Love,
Honey
Hi,Honey.....dah kecur air liur tgk gambar ni....hehehe ;)
ReplyDeleteJangan kan you Lynna oi, I pun kalau tgk balik gambar-gambar ni leleh air liur hahaha. Stock daging banyak lagi, ingat nak buat spaghetti lah hari minggu ni hehe.
Deletesalam anak angkattt
ReplyDeletemak angkat datang nak minta semangkuk boleh ?
salam mak angkat ku!!
DeleteUntuk mak angkat, seberapa banyak nak pun anak angkat sedia masakkan :)
This is my first try kak and jadi thankyou for sharing kak!!! Everyone proud of me ☺️
ReplyDeleteHello there! Oh that's great! I'm glad to hear that.. And thank you for trying the recipe. :)
DeleteHuhu menjadi lah sy masak...thanks utk resepi nie..
ReplyDeleteAlhamulillah, lain kali boleh masak lagi.
DeleteKalau tak letak ajinomoto boleh ke?
ReplyDeleteBoleh takde masalah
Delete