Monday, July 1, 2013

ASSAM LAKSA OR LAKSA UTARA

My aunt obsess with Assam Laksa which is she can eat it for everyday. She love it very much till she can't even see the mackerel because it will remind her to Assam Laksa. Funny right? LOL


So I'll share with you the recipe since one of my friends from Singapore request for it.

Bahan-bahan

1. 1 kg Ikan Sardin (Mackerel)
2. 6 ulas bawang merah*
3. 3 ulas bawang putih*
4. 100 gm cili kering*
3. 3cm belacan*
5. 2 batang serai (di titik)
6. Setangkai daun kesum
7. 2 batang bunga kantan
8. 3 keping asam keping (asam gelugur)
9. Air secukupnya
10. Garam ikut citarasa anda
11. Serbuk perasa
12. 1/2 paket laksa beras kering (di rendam selama 1 jam dan di rebus hingga lembut)


Bahan hiasan

1. 1 tangkai daun salad (dihiris halus)
2. 1 batang bunga kantan (dihiris halus)
3. 1 biji timun (di potong nipis dan halus)
4. 1 biji bawang  besar (di hiris nipis)
6. Sebiji cili merah (di hiris halus)
7. 5 biji cili padi (di hiris halus)
8. 1 tangkai daun pudina (di ambil daunnya sahaja)

Bahan-bahan untuk membuat kuih laksa (hiasan)
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1 biji telur
3. Air secukupnya
4. 1 sudu kecil garam
5. 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
6. 1/2 sudu besar minyak masak


Cara-cara

1. Rebus ikan hingga masak. Asingkan kepala dan tulang ikan. Kisar isi ikan bersama sedikit air hingga hancur. Ketepikan.

2. Kisar bahan yang betanda * hingga halus. Masukkan bahan yang terlah di kisar ke dalam periuk (termasuk isi ikan yang telah di kisar). Masukkan juga serai yang telah di titik, daun kesum, bunga kantan dan juga asam keping ke dalam periuk. Masukkan 1 1/2 - 2  liter air. Dalam masa yang sama, kisar tulang serta kepala ikan bersama sedikit air. Tapiskan ke dalam periuk tadi dan reneh selama 20 minit.

3. Masukkan garam dan serbuk perasa serta suaikan rasa dan reneh hingga sup betul-betul masak dan wangi.


Cara-cara membuat kuih laksa

1. Campurkan ke semua bahan dan kacau sebati. Sekiranya adunan tadi pekat, tambahkan sedikit air.
 2. Panaskan minyak di dalam kuali leper. Tuang adunan tadi dan jadikan ia seperti lempeng (sebab I suka type yang ini. You all jugak boleh buat kuih tu macam jemput-jemput bawang).
3. Masak hingga ke dua-dua belah lempeng tadi keperang-perangan.
4. Setelah sejuk, gulungkan lempeng tadi dan potong nipis.

Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuangkan kuah (sup) laksa dan hiasan dengan bahan-bahan hiasan tadi.

Note :

1. Tujuan kepala ikan di kisar adalah untuk mendapatkan jus nya dan menjadikan kuah laksa lebih sedap.
2. Kalau u all suka pedas, boleh masukkan lebih cili kering kisar.
3. You all boleh makan laksa ni dengan otak udang juga.
4. Kalau nak kuah yang pekat, guna lebih banyak isi ikan.


Sambil update recipe sambil telan air liur hahahahaha





Good luck!!

2 comments:

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.