Tuesday, July 16, 2013

SWEET & SOUR BARRAMUNDI

Salam.

Sekarang kat Malaysia ni kecoh dengan hal si Alvin yang update gambar kat FB which is offended Muslim dengan letak caption 'Selamat berbuka puasa' sambil tunjuk bak kut teh and ada cop tanda halal lagi..
Hai lah budak zaman sekarang, macam-macam hal. Dulu kecoh dengan blog sex dia. Mak pak dia tak malu ke? Ish ish ish.. and I terpikat dengan tulisan Saiful Nang yang I rasa ada betulnya juga di situ.

"Saya sayang Agama saya dan tak mahu orang suka-suka persendakannya. Tapi saya tak akan melatah dan meradang bersama-sama 1Malaysia kepada seorang blogger yang cuba menyakat kita. Sex blogger pulak tu. Beliau tiada kapasiti dan kredibiliti dari segi akhlak untuk kita bazirkan perhatian. Kita ni selalu sangat kena sakat sikit melompat dan bersilat nak meradang dan bersilat (tapi sekadar di fb sahaja) jadi orang suka sakat kita selalu. Biar mereka ditangkap, disoal siasat, diambil tindakan, dipenjara atau apa-apa sekalipun dalam peruntukan undang-undang yang ada TAPI KITA TAK PAYAH BAGI ORANG-ORANG MACAM NI POPULARITI dengan menunjukkan sangat kemarahan kita yang dizahir dengan maki hamun juga.

Tak pula kita nak melompat bersilat biarkan anak atau adik perempuan kita keluar malam kononnya ke wayang tapi selesaikan "tugas" dalam kereta. Tak pula kita nak melompat bila orang Islam sendiri minum arak (kecuali pemain bolasepak atau anak-anak ahli politik korang bising lah).

Dalam sejarah Islam yang manakah ada menyatakan hinaan / ejekan mesti dibalas dengan hinaan juga?

Firman Allah “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan BANTAHLAH mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”..
(An-Nahl : 125)

Saya tak kisah anda nak marah saya. Saya tak setuju kita kecoh beramai-ramai kerana disakat oleh seorang blogger yang sebelum ini saya pun tak kenal dan rupanya akhlaknya pun sangat rendah. Siapakah musibat-musibat yang ramai buang anak? Siapa yang ramai jadi pondan? siapa yang ramai jadi pengkit? siapa yang ramai jadi drug addict? siapa yang ramai dalam penjara? siapa yang ramai dalam pusat serenti? siapa yang ramai dalam kelab malam? KALAU BUKAN ORANG KITA.

Kita marah orang lain hina islam dengan ambil gambar makan bakuteh kemudian letak caption selamat berbuka puasa dan beberapa statement sakatan lainnya. Siap ada orang ugut bunuh dia (kononnya jihad). Tapi ORANG KITA sendiri yang memperlekehkan Islam sendiri kita tak nampak sangat.

Orang luar hina Islam kerana mereka tak kenal Islam. KITA hina Islam selepas kita kenal Islam....SIAPA LAGI TERUK? Dah lama orang satu persatu buat hal mengganggu kita dan kita layankan mereka, dan itu buatkan mereka MENERUSKANnya. Lepas ni boleh jadi macam Namwee buat berkali-kali lepas tu boleh dapat pulak mendamping menteri.

Melatahlah, nanti LAGI RAMAI ORANG SAKAT kita ok!
Ada juang jihad lain yang lebih penting dari layan seorang blogger yang tiada nilai untuk dilayan. Kita semua ada usaha yang terbatas, mengapa tak digunakan untuk mencantikkan Islam dari dalam supaya tidak dihina orang.


SAIFUL NANG
Yang nak makan babi silakan. Saya puasa."


Biar lah dia dengan labu-labunya cuma nasihat I, tak kira kita ni agama apa, kita hormat agama orang lain. Didik anak-anak dari kecil penuh dengan kesopanan dan adap supaya bila dah besar kelak tidak menconteng arang ke muka orang tua.

I was updated Steamed Barramundi with Lime yesterday and today I would like to update recipe for Sweet & Sour Barramundi as requested by my friend from Singapore. Baru lah fair kan walaupun kebanyakkan vote for steamed with lime at my FB page semalam :)


Ingredients

1. 1 Barramundi fish (normal size and cleaned)
2. 1 cup of corn flour (to coat the fish)
3. 5 tbs cooking oil
4. 3-4 chilli paste (I blend dried chillies with shallot, garlic and shrimp paste)
5. 3 bird's eyes (grounded)
6. 2-3 tbs fish sauce
7. 1/2 cup white sugar
8. 3 tbs ketchup (tomato sauce)
9. 1/4 cup pineapple (diced)*
10. 1/4 cup red capsicum (diced)*
11. 1/4 cup yellow capsicum (diced)*
12. 1/4 cup cucumber (diced)*
13. 1/4 cup coriander leaves (copped)
14. 800ml cooking oil (to deep fried the fish)
15. 200ml water
16. Salt (to marinate the fish)

Method

1. Heat the cooking oil in a wok. Meanwhile, marinate the fish with salt and coat it with the corn flour. Once the oil hot enough, deep fried the fish until golden for both side. Put aside.

2. In a medium sauce pan, heat the cooking oil. Add chilli paste and cook for 5 minutes or till frangrance. Add ketchup, sugar and fish sauce and mix them well.

3. Pour 200ml water into the sauce pan and let it boil. Once boiled, mix a teaspoon of corn flour with water and pour into the sauce. Add the * ingredients and let it boil again till the sauce lil bit thicken.

4. Place the fish on a plate and pour the sauce over the fish and granish with copped coriander leaves. Ready to serve.

The Barramundi so crisp outside and soft inside.
Kalau nak ikan ni nampak cantik on the plate, belah perut ikan tu sampai ke belakang. Alah macam you all nak buat ikan sumbat tu... tapi ikan sumbat belah dari belakang kan? Pastu masa goreng tu kembangkan ikan tu. Tapi di goreng bahagian bawah (perut) dulu baru nampak cantik kembnag dia tu.


Note :

1. Tujuan kita coat ikan ni dengan tepung jagung adalah untuk mendapatkan ikan yang garing and nanti bila di tuang dengan sos takde lah lembik sangat. Still garing gitu!
2. Kalau takde sos ikan, guna garam pun tak apa..takde masalah.

Good luck!

Love, Honey.


No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.