Tuesday, July 9, 2013

RAMADHAN IS COMING AND THE STORY OF KUAH KACANG

Salam.

Wah, pejam celik pejam celik dah setahun berlalu selepas Ramadhan 2012. Ramadhan is just around the corner dan I mohon maaf sekiranya you all terasa atau kecil hati dengan pertuturan atau perilaku yang tak sengaja. Cerita pasal Ramadhan ni kan.. Teringat 2 tahun lepas punya cerita. Heboh pasal popia basah sedap.. I pun gi la cari kat Bazar Ramadhan SS14 PJ. Punya lah panjang nak Q! Tapi nak rasa punya pasal, Q panjang pun sanggup.


Ha tu dia! Ce teka berapa hinggit? Satu singgit! Satu singgit! Satu Singgiiittt! I beli sampai 10 you all!! Punya lah tamak! Sedap la jugak, cukup rasa and bahan dia guna pun banyak. Tapi kawan I kata tak sedap..hurm taste buds masing-masing kan?? Tahun ni nak beli la jugak tapi beli sikit aje kui kui kui sebab anak buah semua dah takde.. Sume pakat dok asrama. Sorang kat Matriks Perlis, dua orang kat MRSM Taiping, sorang kat MMU Cyberjaya..ha sorang je yang kecik tu tinggal kat rumah.


Dulu masa kecik-kecik my Mom selalu lah buat kuah kacang ni makan dengan cucur kucai. Kucai tu my Mom tanam sendiri.. berpasu-pasu dia tanam, end up ntah ke mana ntah semua kucai-kucai tu hahaha. Hari Sabtu kan my bff buat birthday party anak dia. Hari ahad tu dia datang rumah hantar nasi himpit sebab dia rebus baaaanyak sangat! I pulak takde bungkus kuah kacang hari Sabtu tu, jadi I pun buat lah kuah kacang sendiri sebab teringin punya pasal :)


Bahan-bahan

1. 200gm kacang tanah
2. 5 sb cili kisar (di kisar dengan bawang merah, bawang putih dan belacan)*
3. 1 sudu besar udang kering (di rendam dalam air dan di tumbuk)*
4. 5 sb minyak masak
5. 1/2 sk asam jawa extra adabi
6. 1/4 cawan gula perang (boleh guna gula melaka)
7. Garam secukupnya
8. 2 batang serai (di titik -crushed)*
9. Air secukupnya

Cara-cara

1. Gorengkan (sanga) kacang tanah di dalam kuali tanpa minyak. Goreng hingga keperang-perangan. Biarkan sejuk dan buang kulit dengan cara meramas kacang tersebut. Kemudian tumbuh kacang tanah hingga hancur (I tak nak guna blender sebab nanti hancur sangat, tak sedap!) dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan yang bertanda * dan tumis hingga pecah minyak dan wangi.
3. Masukkan 1cawan air dan biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan garam, gula dan asam jawa. Kacau hingga sebati dan seterusnya masukkan kacang tanah tadi.
4. Didihkan hingga agak pekat. Tapi kalau tak nak pekat boleh tambah sikit air lagi. Setelah pekat, tutup api dan sedia di hidang.


Teringat kuah kacang my Mom masa I makan kecik-kecik dulu hehehe.


Selamat berpuasa pada Muslimin & Muslimat dan juga selamat beribadah. Jangan lah lupa singgah page I ni ye masa bulan puasa nanti. Kot la tak tau dah nak masak apa, boleh lah selak-selak page I ni tengok recipe.

xoxo

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.