Kesian kat kawan I sorang yang jauh nun di Brunei tu. Dia dah request laaaaama dah resepi untuk ayam masak sambal ni and baru ni lah berkesempatan nak update. Sebut pasal ayam kan, semalam I buat butter chicken for iftar. Punya lah sedap tekak I ni makan. Lepas makan minum pulak air sirap bandung, slurrrppp!!! Dap dap dap! Rupanya lagi sedap sirap bandung tu di bancuh guna susu sejat (susu cair) berbanding susu pekat. Susu sejat tu I guna untuk butter chicken, jadi ada lebih lagi separuh. Sayang la pulak coz kalau simpan dalam fridge pun ntah bila nak guna pastu terus susu tu basi. Pastu dapat pulak idea buat sirap bandung. Sedapnye la hai.. Alhamdulillah.
Ha kau! Meriah betul nasi lemak platter I ni.. Macam-macam adaaaaaa.. (mcm pokcik iklan astro tu). |
AYAM SAMBAL
Bahan - bahan
1. 6 ketul bahagian ayam (ayam yang di potong 12, jadi separuh daripada ayam lah)
2. 8-10 sudu besar cili kering yang di kisar (kisar dengan bawang merah, bawang putih dan belacan)
3. 1 sudu kecil asam jawa extra adabi
4. Garam secukupnya
5. 1/2 sudu kecil serbuk perasa (tak payah banyak-banyak! kang botak kepala)
6. Air secukupnya
7. 1/2 cawan minyak masak
8. 1 sudu besar gula
9. 1 batang serai (di ketuk - crushed)
10. 2 sudu kecil serbuk kunyit (untuk perapan ayam)
11. 1 sudu kecil garam (untuk perapan ayam)
12. Minyak masak secukupnya untuk menggoreng (ayam)
13. Bawang besar untuk hiasan.
Cara - cara
1. Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Apabila minyak panas, goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili kisar dan serai sehingga garing dan naik bau. Masukkan dua cawan air ke dalam sambal dan kacau hingga sebati . Masukkan garam, asam jawa dan serbuk perasa ke dalam sambal dan biarkan mendidih.
3. Setelah sambal mendidih dan hampir kering, masukkan lagi 1/2 cawan air dan biarkan mendidih lagi sekali. Setelah mendidih, masukkan gula dan kacau sebati. Kemudian masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan juga bawang besar yang di potong bulat.
4. Kacau sebati dan masak hingga sambal agak kering sedikit dan bawang besar tadi layu. Suaikan rasa dan sedia di hidang.
NASI LEMAK
Bahan-bahan
1. Beras (I guna beras Jasmine Super 5-I tak bagi anggaran sebab ukuran 'pot' kita lain-lain)
2. Santan (Pun I tak bagi anggaran sebab tak tau beras you all banyak mana)
3. 1 inci halia di hiris halus
4. 2-3 ketul bunga lawang
5. 1 batang kulit kayu manis
6. 1-2 sudu kecil garam
7. 1-2 helai daun pandan (di ikat atau di simpul)
Cara-cara
1. Cuci beras hingga bersih. Masukkan santan, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, garam dan daun pandan.
2. Tekan la button rice cooker tu and tunggu sampai masak hehehehehe
Note :
1. Kenapa I guna beras Jasmine? Sebab........................... dapat supply free! My bro in law keje kat Jasmine sebab tu kita orang sekeluarga makan beras Jasmine. Tak kisah beras apa pun boleh tapi kalau you all guna beras ni santan tu lebih sikit dari ukuran beras. Kalau masak biasa pun macam tu jugak sebab beras ni akan keras kalau air sama dengan ukuran beras.
2. Kalau masak nasi lemak guna rice cooker you all kena kacau masa dia mendidih and masa nasi hampir masak. If not nasi tu masak tak cukup rata and jadi nasi antah.
Cantik je nasi dia tu kan? |
Ha... sebelah ayam tu sambal paru. Sama je cara nak buatnye cuma lebihkan gula sikit je. Walaupun camera handphone je ku pakai, tetapi gambarnya tetap memuaskan hati! :)
Selamat mencuba you all.
Love,
Honey.
kenapa saya guna rice cooker macam cepat aje die jadik keep warm? sudahnye berdiri depan dapur jugak masak atas api..camne ye?
ReplyDeletetenkiu! (harap2 fahamla soklan saya..hehe)
Faezah,
DeleteI pun tak pasti kenapa. Pernah juga terjadi pada I sekali, apa yang I buat ialah biarkan keep warm tu dalam seminit dan tekan lagi untuk masak. Nanti I cari solution untuk masalah itu and kaji kenapa ia berlaku. Nanti I share ya.