Friday, July 12, 2013

SAMBAL SOTONG

Salam.

Hi Hi Hi.. Kembali bersiaran pada hari yang mulia ini :) Hari ni nak share recipe Sambal Sotong. I had this sambal sotong on my first sahur, punya lah sedap cuma terlalu pedas! Jom kita tengok recipenya.



Bahan-bahan

1. 15-20 tangkai cili kering (depend on you nak pedas macam mana)*
2. 1 biji bawang besar*
3. 3 biji bawang putih*
4. 2 cm belacan*
5. 1/2 sk asam jawa extra adabi
6. 2 ekor sotong size XL (di buang kulit dan di potong bulat)
7. Garam
8. Serbuk perasa
9. 1/4 cawan minyak masak
10. 1 cawan air

Cara-cara

1. Kisar semua bahan yang bertanda *

2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang telah di kisar hingga naik bau dan pecah minyak.

3. Masukkan air, asam jawa, garam serta serbuk perasa dan biarkan hingga agak kering. Setelah hampir kering, masukkan sotong dan kacau hingga sebati selama 1-2 minit.

4. Tutup api dan sedia di hidang.

Note :
1. Sotong agak berair, sebab tu sambal mesti lah di tumis sehingga kering or hampir kering.
2. Masak sotong kurang dari 2 minit adalah kerana tak nak sotong menjadi liat dan kurang segar.
3. Kalau suka, boleh masukkan bawang besar yang di potong bulat ke dalam sambal.




Baru lah hati ni nak gumbira sikit sebab my Mom nak datang sini esok. Tapi terpaksa di tunda sebab abang I yang tinggal kat kampung tu tak sihat. Sekarang dia masuk wad kat Hospital Taiping. Sis in law kata suspect batu karang tapi belum confirm. Minta you all semua doakan kesihatan dia ye (Terima kasih)? Sebab dah tak sanggup tengok dia operation lagi sebab dulu dia pernah operation jantung.. Sian dia.

Kalau tak, hari-hari balik rumah lauk-pauk dah sedia terhidang la kalau my Mom ada sini uh uh uh. Apa nak buat.. terpaksa la I masak sendiri. If not bungkus aje.... (-.-')

Minggu ni you all buat apa? Main masak-masak ke? I nak main masak-masak dengan bff tapi tak tau bila. In shaa Allah, kalau jadi I update kat page I ni ye?

Selamat berhujung minggu dengan family and orang tersayang!

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.