Tuesday, July 23, 2013

ROASTED CHICKEN RICE

السلام عليكم
Peace be upon you

I nak tunjuk you all masa zaman I dolu dolu. Punya lah kurus.. you all! Geram I tengok balik gambar ni. Masa ni my aunt pun kurus giler cuma cousin I tu aje yang maintain tapi tak tau lah sekarang kan sebab dia dah kawin. I masih belum jumpa dia lagi. In shaa Allah raya nanti maybe jumpa tapi rasanya dia tetap maintain kot.


Ha kau! Kurus ke idok? Kurus giler wei.. Tengok lah chin I tu.. argh.. jelesnye kat dia ni dulu! Rambut perm you! Hahahahaha... Yang tengah tu my aunt and my cousin yang pakai tudung tu. Ini raya tahun 2009 patut lah I kurus.. no wonder..hai lah. Agak-agak dapat ke kurus macam ni balik.

So hari ni I nak share recipe nasi ayam tapi ayam tu I roasted. Sebelum ni I pernah buat Hainanese Chicken Rice and tersangat lah sedap. Tapi biasa lah, my family kurang sikit masakan ala-ala Chinese ni. Sebab kalau Hainan punya nasi ayam, ayamnye tu di steamed. Memang tak lalu lah deme nak makan hahaha.
Sekarang recipe kena tulis dalam dua version sebab dari survey I, ada visitor dari England, USA, Australia, Korea, Rusia and banyak lagi lah. Kena lah share recipe makanan Asia dengan diaorang ye dak? Baru lah Malaysia ni famous hehehehe. Sat lagi sume omputih tu pakat dok makan nasi macam Lemongrass punya The Other Half (kalau yang suka baca blog tu kenal la dengan Lemongrass ni).
Before ; The fatty bird

 Nasi

Bahan - bahan

1. 3 Ulas bawang putih
2. 3cm halia
3. 1/4 cawan butter
4. 3 Batang serai
5. 2 sudu kecil garam
6. 3 pot beras
7. air secukupnya (terpulang pada size pot dan jenis beras)

Cara - cara

1. Tumbuk bawang putih bersama halia. Titikkan serai. Cair kan butter dalam sauce pan dan tumis bahan yang di tumbuk tadi. Tumis hingga wangi dan garing.

2. Dalam masa yang sama cuci beras hingga bersih dan tuangkan bahan yang di tumis tadi, garam dan air. Kacau hingga sebati dan press on button pada rice cooker.


Ayam Panggang

Bahan - bahan

1. Seekor ayam bersaiz sederhana
2. 1 sudu kecil rosemary
3. 3 sudu besar sos kicap manis pekat
4. 3 sudu besar sos tiram
5. 4 sudu extra virgin olive oil
6. 2cm halia (grated)
7. 2 ulas bawang putih (grated)
8. 2 sudu besar black pepper
9. 2 sudu besar serbuk paprika

Cara - cara

1. Bersihkan ayam dengan menggosok badan ayam dengan menggunakan garam, gosok hingga tiada kesan lendir and kulit nampak lebih cerah. Pastikan tiada bulu-bulu halus terutama di bahagian kepak dan belakang ayam. Pastikan juga bahagian dalam ayam bersih.

2. Lumurkan bahagian luar dan dalam ayam dengan kesemua bahan kecuali rosemary (ambil secubit rosemary untuk di lumurkan bahagian luar ayam). rosemary yang selebihnya di masukkan di bawah kulit ayam supaya isi ayam lebih wangi.

3. Biarkan selama setengah jam dan dalam masa yang sama, panaskan oven 200 celcius. Pastikan bekas untuk memanggang ayam di lapikkan dengan wire rack supaya ayam tidak tenggelam dalam jus ayam bila memanggang nanti. Sebelum panggang ayam, asingkan lebihan air perapan untuk di gunakan membuat sos kicap. Masukkan ayam ke dalam oven dan panggang selama 1 1/2 jam (ikut size ayam) atau hingga kulit ayam garing.

Sup

Bahan - bahan

1. Tulang ayam (bahagian kaki atau leher)
2. 1 liter air (terpulang pada anda)
3. 3 ulas bawang merah
4. 3 ulas bawang putih
5. 3 cm halia
6. 1 sudu besar serbuk pati ayam
7. 2 sudu kecil serbuk lada putih
8. 3 sudu besar minyak untuk menumis
9. Daun bawang
10. Daun saderi
11. Garam secukup rasa
12. 2 biji bunga lawang

Cara - Cara

1. Renehkan air bersama tulang ayam dan masukkan serbuk pati ayam. Reneh selama 20 minit.

2. Selepas 20 minit tumis bawang merah, bawang putih, halia (semua bahan tersebut di tumbuk halus), lada putih dan bunga lawang sehinnga garing dan wangi. Setelah garing, tuang ke dalam sup bersama minyak tumisan tadi. Kacau hingga sebati dan masukkan garam untuk perasa.

3. Potong halus daun saderi dan daun bawang untuk di taburkan dalam sup semasa hendak di hidang.

Sos Cili

Bahan - bahan

1. 5 biji cili merah
2. 5 biji cili padi (nak pedas boleh tambah lagi)
3. 2 ulas bawang putih
4. 2 cm halia
5. 2 biji limau kasturi (di ambil jusnya)
6. 3 sudu besar gula putih dan 1 sudu besar gula perang (terpulang pada you all)
7. Garam secukup rasa
8. 1 sudu besar tepung jagung
9. 3 cawan air.

Cara - cara

1. Kisar semua bahan kecuali gula dan garam. Tuang ke dalam sauce pan dan reneh. Masukkan gula dan garam.

2. Bancuh tepung jagung dan tuang ke dalam sos bg mendapatkan sos yang pekat. Suaikan rasa.

Sos Kicap

Bahan - bahan


1. Lebihan air perapan
2. Jus ayam yang di panggang
3. 1 sudu besar tepung jagung
4. 1 sudu besar kicap pekat
5. 1 cawan air

Cara - cara

1. Masukkan air perapan ayam, kicap pekat, air dan jus ayam yang di panggang ke dalam sauce pan. Kacau hingga sebati dan masukkan bancuhan tepung jagung.

2. Kacau hingga pekat dan sedia di hidang.

Bahan hiasan

1. Daun salad bulat
2. Timun
3. Tomato

Rice
Ingredients
1. 3 cloves of garlic (grated)*
2. 3cm ginger (grated) *
3. 1/4 cup of unsalted butter
4. 3 stalks of lemongrass (crushed)*
5. 1-2 teaspoon salt *
6. 3 cup of rice
7. 4-5 cup of water (depend on your rice type)
Method
1. Melt the butter in a sauce pan. Add * ingredients and cook till fragrance and brown. Meanwhile, clean the rice accordingly.

2. Transfer the frangrance ingredients into the rice cooker.  Add rice into the rice cooker and mix them well. Finally, pour the water and leave it cook properly. 

Roasted Chiken

Ingredients
1. 1 whole chicken (normal size)
2. 1 tsp dried rosemary
3. 3 tbsp dark soy sauce
4. 3 tbsp oyster sauce
5. 4 tbsp extra virgin olive oil
6. 2 cm ginger (grated)
7. 2 cloves of garlic (grated)
8. 2 tbsp grounded black pepper
9. 2 tbsp paprika powder

Method
1. Clean the chicken by rub all over the chicken with salt to get the 'nasties' off. Rinse the chicken and pat dry. You will get the smooth, glowing and soft chicken skin. You have to clean inside the chicken as well.
2. Marinate the chicken with all the ingredients and devide rosemary by two portion. One portion for outside the chicken and another portion for inside and under the skin to get more fragrance during roasting.
3. Marinate for half an hour. Meanwhile, pre-heat the oven at 200 celcius. Place the wire rack on the roasting pan to get more chicken juice. Before you roast the chicken, separate the marinate sauce because we will use it for the dipping sauce. Roast for 1 hour and half (depend on size of chicken. If the size is small, you might roast less than an hour) or till the skin crisp.

Soup
Ingredients

1. Chicken bone (like chicken foot or neck)
2. 1 ml water (depend on you)
3. 3 onions (grated)*
4. 3 cloves of garlic (grated)*
5. 3 cm ginger (grated)*
6. 1 tbsp chicken stock
7. 1 tbsp white pepper*
8. 3 tbsp cooking oil
9. Spring onion for garnish (finely slice)
10. Celery for garnish (finely slice)
11. Salt
12. 2 star anise*

Method
1. Boil the water with chicken bone and chicken stock. Boil for 20 minutes.

2. Heat oil in a sauce pan. Stir fry the * ingredients till fragrance and brown. Once brown, pour it into the soup (the oil as well). Season with salt.

3. Garnish with spring onion and celery.

Chilli Dipping Sauce
Ingredients
1. 5 red chillies
2. 5 bird's eye chillies (if you want more spicy)
3. 2 cloves of garlic
4. 2 cm ginger
5. 2 tsp calamondin juice 
6. 3 tbsp white sugar and 1 tbsp brown sugar (depend on you how sweet you want)
7. Salt (depend on you)
8. 1 tbsp corn flour (for thicken)
9. 3 cups of water

Method
1. Blend all the ingredients except sugar and salt. Pour it into the sauce pan, pour in the water and cook till boil. Once boiled, season with sugar and salt.

2. Mix the corn flour with water and pour in the sauce and mix well till lil bit thicken.

Soy Dipping Sauce
Ingredients
1. Extra marinate sauce
2. Roasted chicken juice
3. 1 tbsp corn flour(for thicken)
4. Dark soy sauce
5. 1 cup of water

Method
1. Add all the ingredients into the sauce pan except corn flour. Boil the sauce and mix the corn flour with water and pour it into the sauce.

2. Mix well till thicken.

Garnishing
1. Lettuce
2. Cucumber (sliced)
3. Red tomato (sliced)


After



Tengok lah isi ayam tu..geramnye! Air liuh dah meleleh ni wei.. slurrrrpppp! Geram tang paha dia ni..


Nasi dia cantik aje dan wangi.



Mesti ada yang dah mouth watery bila baca entry hari ni kan? Esok terus buat nasi ayam hahaha. Now oven I ada problem, jadi nak grill panggang grill panggang ni dah tak boleh lah for temporary. 

Hari ni tak tau nak makan apa. Balik balik yang tu je dok di ulang-ulang. Bosan dah, nak berbuka di luar takde gang, takde ke yang nak jemput I ni berbuka kat rumah dia? Uh uh uh..

Love,
Honey

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by and leave comments. If you don't have any blogs, appreciate if you could leave your name instead.