Showing posts with label Ikan Patin. Show all posts
Showing posts with label Ikan Patin. Show all posts

Friday, January 16, 2015

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN DENGAN TIMUN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you




Apa khabar semuanya? Maaf lah ye sebab asyik tenggelam timbul aje di blog ni. Agak sibuk sejak akhir-akhir ini dan tak sempat pun nak jalan-jalan di blog kawan-kawan jauh sekali nak update blog haha. Tapi masak tetap masak dan cuma di hujung minggu saja. You all boleh lah follow I di Instagram sebab di sana I update agak frequent.


Hari ni nak share recipe ikan patin masak lemak tempoyak. Barangkali tak banyak yang makan ikan patin ini. I pun ini kali pertama masak ikan patin and sebenarnya I jarang sekali memakanya. Cuma entah kenapa craving sangat nak makan patin lemak tempoyak ni haritu.
 






Bahan – bahan
 

1 ekor ikan patin saiz sederhana

1 biji timun tua

1 biji bawang besar (hiris nipis)

3 ulas bawang putih (hiris nipis)

5cm ubi kunyit (di tumbuk)

1 cawan tempoyak (depend on you)

20-25 biji cili padi

½ bunga kantan (kalau tak ada pun tak apa)

2 batang serai (di titik)

Seikat daun kesum (di simpul)

1 helai daun kunyit (di simpul)

2 sudu besar gula (depend on you)

Garam secukup rasa

1 liter air atau lebih

4 sudu besar tepung gandum (untuk cuci ikan)





Cara – cara


Potong sirip ikan, misai, ekor , buang isi perut dan juga lemaknya. Potong ikan dengan ketebalan yang sederhana dan jangan terlalu nipis. Lebih kurang 3cm tebal. Cuci ikan dengan tepung gandum tadi dengan sedikit air dan biarkan selama beberapa minit sebelum cuci.

Cuci bersih dan toskan.



Kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi bersama sedikit air. Campurkan bahan yang telah di kisar ke dalam periuk yang bersaiz besar bersama ubi kunyit yang telah di tumbuk, tempoyak , daun kesum, daun kunyit, bunga kantan, serai dan juga air. Masak di atas api yang  sederhana.



Sementara menunggu kuah mendidih, kikis kulit timun tua tadi dan belah kepada dua bahagian. Buangkan bijinya dan hiris sederhana nipis. Cuci bersih dan toskan. Setelah kuah mendidih, masukkan timun tua tadi dan masak hingga sedikit lembut dan kuah sedikit pekat. Masukkan gula dan garam secukupnya, kacau sebati. Akhir sekali boleh lah masukkan ikan patin yang sudah di cuci bersih tadi dan masak selama beberapa minit hingga ikan masak secukupnya. Jangan masak terlalu lama kerana isi ikan patin agak lembut dan mudah hancur.



Padamkan api dan sedia di hidang. Makan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan. 






Love,

Honey