Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Monday, July 7, 2014

MEE BANDUNG

السلام عليكم
Peace be upon you


Bersiaran lagi kita hari ini ya? Bagaimana puasa you all? Semalam tak tau nak makan, kebetulan lebihan mee kuning ada lagi jadi I buat mee bandung simple aje. Di sebabkan takde stock daging maka I campak lah apa yang ada dalam fridge tu.



One Serving

Bahan-bahan

Segenggam mee kuning (lebih kurang 100-200gm)
1/4 cawan isi ayam bertulang (nak taruk isi saja pun boleh)
1 fish cake (di hiris nipis)
6 fish balls (di belah dua)
1 biji telur ayam
2 sb cili kisar (yang dah di blend dengan bawang merah, putih dan belacan)
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
2 biji bawang putih (di cincang halus)
1 sk udang kering yang di tumbuk
3-4 sb minyak masak
1/4 cawan daun sawi
1 keping tauhu (di potong dadu)
1/2 biji buah tomato (di potong wedges)
Garam secukup rasa
1 sb + 1 sk gula (or for your liking)
2 1/2 cawan air
3/4 sb tepung jagung
Hirisan daun sup


Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam kuali di atas api yang sederhana. Tumiskan bawang putih hingga naik baru dan sedikit keperangan. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram dan udang kering. Tumis hingga naik minyak dan wangi. Masukkan isi ayam dan masak selama 1-2 minit. 

Tuang air ke dalam kuali dan reneh selama 8 minit atau hingga isi ayam masak. Masukkan fish balls, fish cake, tauhu, gula, garam dan masak selama 1-2 minit. Masukkan mee, sayur sawi, buah tomato dan pecahkan telur. Masak selama 2 minit dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung bagi memekatkan kuah. Masak hingga kuah pekat. 

Setelah masak, tuang ke dalam mangkuk dan taburkan hirisan daun sup. Sedia di hidang.



 
Sebenarnya I'm craving my hometownnye mee bandung but my craving fixed yesterday evening :) Alhamdulillah.



Ini lah bunganya Kak Mar.. Cantikkan?? :)



Love,


Honey

Thursday, January 23, 2014

MEE GORENG MAMAK (SIMPLE FRIED NOODLE)

السلام عليكم
Peace be upon you

Menu 8 : 19th January 2014
Mee goreng mamak

Paling senang nak masak sebab semua campak aje. Mee goreng ni I masak untuk breakfast. Kebetulan my niece tidur kat rumah I so kena lah buat heavy breakfast sikit.


Bahan-bahan

1/2 paket mee kuning
5 sudu besar cili kering yang telah di kisar bersama bawang merah, bawang putih dah belacan
2 sudu besar sos cili
3-4 sudu besar kicap cair (I guna kicap kipas udang)
2 biji telur
1 cawan sawi bunga yang di potong 3cm panjang
1 cawan taugeh
Garam secukup rasa
2 ulas bawang putih di cincang
2 keping fish cake di potong nipis menyerong
1 paket fish ball
1 cili merah di hiris nipis
1/2 cawan minyak masak


Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan cili kisar. Tumis hingga naik minyak dan masukkan sos cili, kicap serta garam jika perlu. Kacau sebati dan masukkan telur yang di pukul sedikit. Tuang perlahan-lahan sambil tangan kanan mengacau bahan tumisan.

Masukkan fish cake dan fish ball dan masak selama seminit dan masukkan mee kuning dan kacau sebati. Masak selama 5 minit atau sehingga mee sedikit kembang dan masukkan daun sawi dan cili merah, masak sehingga daun sawi sedikit layu.

Masukkan taugeh dan masak selama 30 saat dan sedia di hidang.

Taburkan daun bawang dan bawang goreng untuk penambah rasa.



Memang campak-campak aje wei. Itu pun sedap :)




Wednesday, June 26, 2013

HAZARDOUS AIR POLLUTION & MEE REBUS

Salam

Sekarang negara Malaysia dan Singapore di landa pencemaran udara atau perkataan yang selalu kita guna ialah jerebu. Ini semua kerja penduduk Sumatera yang membakar hutan secara terbuka. Tapi sekarang index pencemaran udara kat Singapore dah turun tapi sesetengah negeri di Malaysia index nya masih tinggi. Farmasi dan klinik pun dapat lah untung lebih dek permintaan mask yang tinggi. I pun sebab nak prevent and takut punya pasal pi la farmasi dekat rumah tu tuk beli mask hari Isnin lepas. Semua yang datang tu semuanya nak beli mask. Macam-macam jenis mask ada, nak yang murah? Nak yang mahal? Pilih saja. I beli satu pcs RM8.00 sebab I ada baca satu artikel mengatakan mask kain tak berapa bagus sebab habuk yang halus boleh menembusi mask tu and terus masuk ke lung. Takut dek non oiiiiiii.

Dah dua minggu keadaan jerebu ni melanda, cuaca pulak panas dan kering. Menunggu hujan tak kunjung-kunjung tiba, dan akhirnya semalam hujan turun. Alhamdulillah... tapi kan...Kat PJ ni liat sungguh hujan nak turun. Guruh berdentam dentum, angin bukan sepoi-sepoi bahasa lagi dah tapi setititis air hujan pun tak ada. Orang yang tinggal di Shah Alam and Puchong semua dok pakat update FB kata dah hujan. Sigh.. takde rezeki tanah PJ ni menerima air semalam. Subuh tadi pun Puchong masih menerima hujan.. Alhamdulillah. Mudah-mudahan haze ni segera lah hilang ye?

Amboi, first entry panjang sungguh ceritanya kan? Jom lah kita tengok recipe Mee Rebus yang I dah janjikan semalam.


Bahan-bahan

1. 7-8 ulas bawang merah (di kisar)
2. 4 ulas bawang putih (di kisar)
3. 3cm halia (di kisar)
4. 5-6 sudu cili kering kisar (terpulang pada you all, kalau nak pedas boleh tambah lagi)
5. 1 batang serai (di titik)
6. 150gm kacang tanah (di kisar)
7. 1 cawan minyak masak
8. 500gm keledek (Di lenyek - I guna keledek oren. Takde urat and manis)
9. 1 liter air rebusan kepala udang
10. 600ml air rebusan daging (I guna daging batang pinang)
11. 1 sudu besar udang kering (di kisar)
12. Air secukupnya
13. Garam secukup rasa
14. 1 sudu kecil penambah rasa
15. 1kg Mee Kuning
16. 1-2 sudu besar gula perang

Bahan Hiasan (Garnish)

1. Hirisan daging yang di rebus
2. Udang yang di celur
3. Telur Rebus
4. Sawi manis (sawi bunga yang di celur)
5. Tauhu goreng (di potong nipis)
6. Cili merah (di hiris nipis)
7. Taugeh (di celur)
8. Bawang goreng
9. Daun saderi (daun sup - di hiris halus)
10. Daun bawang (di hiris halus)
11. Limau kasturi

Cara-cara

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, cili kisar, udang kering yang di kisar dan serai. Tumiskan hingga naik bau serta keperang-perangan.

2.Masukkan kacang tanah yang di kisar dan seterusnya masukkan air rebusan daging dan kepala udang tadi. Bila sup dah mendidih, masukkan keledek yang telah di lenyek tadi.

3. Masukkan garam, gula perang dan penambah perisa dan biarkan mendidih sehingga sedikit pekat.

4. Celurkan mee dengan air panas dan tidak perlu di rebus kerana takut mee akan menjadi terlalu kembang dan lembik.

6. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan hiasan dan sedia di hidang.

Note :

1. Kepala udang yang direbus, di kisar bersama air tersebut bagi mendapatkan lebih jus dan akan menjadikan sup mee rebus lebih manis dan sedap.
2. Daging batang pinang di pilih sebab ianya lembut. Jadi semasa daging tersebut di rebus, rebus seketul dan hiris apabila dah masak. Kalau tak silap harga pasaran daging batang pinang sekarang ialah RM28.00 sekilo.
3. Bagi mendapatkan kuah lebih pekat, masukkan satu sudu besar bancuhan tepung jagung.
4. Bagi mendapatkan udang yang kenyal dan punya rasa yang fresh, didihkan air dan tutup api. Kemudian masukkan udang size XL ke dalam air panas selama 1-2 minit sahaja.


Mudahkan buat mee udang ni? Cuma bahan saja banyak di gunakan.



Selamat mencuba you all!

xoxo