Showing posts with label Sambal Ikan Bilis. Show all posts
Showing posts with label Sambal Ikan Bilis. Show all posts

Friday, February 19, 2016

SAMBAL CILI PADI IKAN BILIS SAMA PETAI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you




Hari ni nak share recipe sambal cili padi kering ikan bilis. Kadang-kadang dapat lauk sebegini dah cukup dan tak perlu cari lauk lain dah. Makan pula dengan nasi panas-panas kan? Kebetulan hari tu kakak ada bagi petai tapi dah hampir layu petainya sebab tak di masak. Jadi di ambil bijinya saja dan malas pulak rasanya nak kupas kulit putih tu. Semasa di rumah kakak hari tu, separuh dari petainya di masak cara begini juga. Agak terkejut bila anak buah makan sambal ni sebab dia tak makan petai. Entah kenapa dia makan dengan petai-petainya sekali. Sedap pulak rasanya barangkali hahahaha.










Bahan-bahan





1 ½ cawan ikan bilis

1 cawan biji petai

3 biji bawang besar *

Segenggam cili padi hijau *

1 ½ sudu besar gula putih (kuantiti terpulang pada anda)

1 sudu kecil asam jawa adabi

Garam secukup rasa

2 cawan air

¼ cawan minyak masak (atau lebih)

Minyak masak untuk menggoreng








Cara-cara





Rendam ikan bilis dengan air bagi mengurangkan rasa masin. Tapis hingga betul-betul kering. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.


Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana besar. Kisar bahan yang bertanda * bersama secawan hingga hancur dan tuangkan ke dalam minyak yang telah panas. Tumis hingga terbit minyak. 


Masukkan lebihan air, petai, garam, gula, asam jawa dan masak hingga sambal betul-betul kering dan terbit minyak sekali lagi. Kemudian baru lah masukkan ikan bilis yang di goreng tadi. 


Kacau sebati dan padamkan api. Sedia di hidang.







Nota : Jika petai agak layu, rendam sebentar dengan air sejuk.








Love,


Honey

 

 

Monday, January 20, 2014

SAMBAL IKAN BILIS (SPICY CRISPY ANCHOVIES)

السلام عليكم
Peace be upon you

Menu 6 : 17th January 2014

Menu ke-6 for this month ialah menu orang kampung. Sebab apa orang kampung? Sebab this kind of dishes are reminds me to my chilhood days. Teringat I masa kecil-kecil dulu sebelum my Dad turun ke sawah, my Mom akan tanak pulut and makan dengan ikan sepat kering and air kopi. 

Kalau dulu, waktu pagi masih berkabus and sangat sejuk. Bayangkan lah betapa nikmatnya pada waktu tu. Macam tinggal kat Cameron Highlands wa cakap sama lu! Orang kota Metropolitan mungkin tak rasa semua ni kan? 

Sebenarnya I tak terfikir nak update recipe for this kind of dishes tapi di sebabkan kenalan IG I Dea 'paksa' I update recipe, so I dengan berbesar hati update jugak. Tapi recipe for sambal bilis dengan ikan masin tu aje lah ye :)

Fried Tenggiri (Cero)

Ingredients

2 Salted Tenggiri fillets
1 onion (thinly slice)
6 bird's eye chillies
1 red chili
1 tbsp corn starch (to coat the fish)
1 cup vegetable oil (kalau ada baki minyak goreng ikan or ayam lebih bagus sebab lepas goreng ikan masin ni terus buang aje minyaknye tu. Takde lah bazir kalau pakai minyak baru)

Method

Coat Tenggiri with corn starch, put aside. Heat oil in a wok over medium heat. Fry the fish till brown. Pat the fried fish with kitchen paper towel to absorb the excess oil.

Add the onion and chillies into the same cooking oil and cook till fragrant. Turn off the fire and pat with kitchen paper towel as well. Pour on top of salted fish as garnish.


Sambal Ikan Bilis

Ingredients

5-6 tbsp chili paste
1 onion (grind)
2 cloves gralic (grind)
1 tsp tamarind paste
1 tbsp sugar
1/2 thumb size shrimp paste (grind with onion and garlic)
1 cup crispy achovies (deep fried)
1/2 cup of water
1/4 cup vegetable oil


Method

Heat oil in a wok over medium heat. Pour chili paste and the grinded ingredients. Cook for 3 minutes or till fragrant and water absorbed.

Add in sugar, tamarind paste and water and cook till water absorbed for the second time. Add in the crispy anchovies and mix them well. Turn off the fire and pour the spicy anchovies in a serving bowl.

Sekali sekala dapat makan macam ni memang lah terasa kenikmatannya.

Love,

Honey