Showing posts with label Mee Rebus. Show all posts
Showing posts with label Mee Rebus. Show all posts

Monday, February 15, 2016

MEE REBUS TULANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you




Ini kali kedua buat mee rebus tulang. Sama je resepi dengan kali pertama cuma I ada ubah dari segi kuantiti bahannya.







Bahan-bahan

2 paket mee kuning (di celur)
3 biji bawang besar (di hiris)*
5 biji bawang putih (di hiris)*
5 sudu besar cili kisar(boleh tambah jika nak pedas)
2 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar taucu *
1 1/2 sudu besar udang kering (di rendam)*
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 kg atau lebih tulang lembu (bahagian rusuk)
1kg keledek oren(di potong kecil, di rebus dan di kisar)
1/2 cawan kacang tanah (di sangai dan tumbuk)
2 kiub pati lembu knorr
4 sudu besar atau lebih garam (ikut citarasa)
3 sudu besar gula putih(ikut citarasa)
1 keping gula kabung
4.5 liter air
3/4 cawan minyak masak




 Bahan hiasan

Taugeh
Sawi manis (di celur)
Kek Ikan (di celur, di potong nipis)
Daun sup / saderi (di hiris halus)
Daun bawang (di hiris halus)
Telur rebus
Tauhu goreng (di potong dadu)
Hirisan cili merah
Bawang goreng
Limau kasturi 






Cara-cara


Cuci tulang dengan bersih dan buang lebihan lemak. Rebus selama 20 minit dan buang airnya, ketepikan.
Kisar bahan yang bertanda * hingga hancur.

Panaskan minyak di dalam peruk. Tumis bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau. Tuang bahan yang di kisar hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar serta serbuk kari dan masak hingga pecah minyak.

Masukkan secawan air bersama tulang dan gaul sebati.  
Tuangkan lebihan air ke dalam periuk bersama kiub pati knorr dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan garam, gula kabung dan juga gula putih. Kacau sebati dan tutup periuk. Masak hingga daging empuk (I masak lebih kurang 2 jam supaya daging betul betul lembut).
 Setelah daging pada tulang tadi cukup empuk, masukkan keledek yang telah di kisar ke dalam kuah bersama dengan kacang yang telah di tumbuk. Masak selama 20 minit atau hingga kuah pekat.
Masukkan mee yang telah di celur ke dalam mangkuk, tuang kuah ke atasnya dan hiaskan dengan bahan hiasan. 


Nota : 


Bila masak tulang I prefer tutup periuk tu supaya lebih cepat empuk. Jika ada pressure cooker lebih baik.


Tulang di rebus sekejap bagi mengurangkan lemaknya. Jadi tidak lah lemaknya berkeping-keping bila sejuk nanti.






Love,

  

Honey 
  

Wednesday, June 26, 2013

HAZARDOUS AIR POLLUTION & MEE REBUS

Salam

Sekarang negara Malaysia dan Singapore di landa pencemaran udara atau perkataan yang selalu kita guna ialah jerebu. Ini semua kerja penduduk Sumatera yang membakar hutan secara terbuka. Tapi sekarang index pencemaran udara kat Singapore dah turun tapi sesetengah negeri di Malaysia index nya masih tinggi. Farmasi dan klinik pun dapat lah untung lebih dek permintaan mask yang tinggi. I pun sebab nak prevent and takut punya pasal pi la farmasi dekat rumah tu tuk beli mask hari Isnin lepas. Semua yang datang tu semuanya nak beli mask. Macam-macam jenis mask ada, nak yang murah? Nak yang mahal? Pilih saja. I beli satu pcs RM8.00 sebab I ada baca satu artikel mengatakan mask kain tak berapa bagus sebab habuk yang halus boleh menembusi mask tu and terus masuk ke lung. Takut dek non oiiiiiii.

Dah dua minggu keadaan jerebu ni melanda, cuaca pulak panas dan kering. Menunggu hujan tak kunjung-kunjung tiba, dan akhirnya semalam hujan turun. Alhamdulillah... tapi kan...Kat PJ ni liat sungguh hujan nak turun. Guruh berdentam dentum, angin bukan sepoi-sepoi bahasa lagi dah tapi setititis air hujan pun tak ada. Orang yang tinggal di Shah Alam and Puchong semua dok pakat update FB kata dah hujan. Sigh.. takde rezeki tanah PJ ni menerima air semalam. Subuh tadi pun Puchong masih menerima hujan.. Alhamdulillah. Mudah-mudahan haze ni segera lah hilang ye?

Amboi, first entry panjang sungguh ceritanya kan? Jom lah kita tengok recipe Mee Rebus yang I dah janjikan semalam.


Bahan-bahan

1. 7-8 ulas bawang merah (di kisar)
2. 4 ulas bawang putih (di kisar)
3. 3cm halia (di kisar)
4. 5-6 sudu cili kering kisar (terpulang pada you all, kalau nak pedas boleh tambah lagi)
5. 1 batang serai (di titik)
6. 150gm kacang tanah (di kisar)
7. 1 cawan minyak masak
8. 500gm keledek (Di lenyek - I guna keledek oren. Takde urat and manis)
9. 1 liter air rebusan kepala udang
10. 600ml air rebusan daging (I guna daging batang pinang)
11. 1 sudu besar udang kering (di kisar)
12. Air secukupnya
13. Garam secukup rasa
14. 1 sudu kecil penambah rasa
15. 1kg Mee Kuning
16. 1-2 sudu besar gula perang

Bahan Hiasan (Garnish)

1. Hirisan daging yang di rebus
2. Udang yang di celur
3. Telur Rebus
4. Sawi manis (sawi bunga yang di celur)
5. Tauhu goreng (di potong nipis)
6. Cili merah (di hiris nipis)
7. Taugeh (di celur)
8. Bawang goreng
9. Daun saderi (daun sup - di hiris halus)
10. Daun bawang (di hiris halus)
11. Limau kasturi

Cara-cara

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, cili kisar, udang kering yang di kisar dan serai. Tumiskan hingga naik bau serta keperang-perangan.

2.Masukkan kacang tanah yang di kisar dan seterusnya masukkan air rebusan daging dan kepala udang tadi. Bila sup dah mendidih, masukkan keledek yang telah di lenyek tadi.

3. Masukkan garam, gula perang dan penambah perisa dan biarkan mendidih sehingga sedikit pekat.

4. Celurkan mee dengan air panas dan tidak perlu di rebus kerana takut mee akan menjadi terlalu kembang dan lembik.

6. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan hiasan dan sedia di hidang.

Note :

1. Kepala udang yang direbus, di kisar bersama air tersebut bagi mendapatkan lebih jus dan akan menjadikan sup mee rebus lebih manis dan sedap.
2. Daging batang pinang di pilih sebab ianya lembut. Jadi semasa daging tersebut di rebus, rebus seketul dan hiris apabila dah masak. Kalau tak silap harga pasaran daging batang pinang sekarang ialah RM28.00 sekilo.
3. Bagi mendapatkan kuah lebih pekat, masukkan satu sudu besar bancuhan tepung jagung.
4. Bagi mendapatkan udang yang kenyal dan punya rasa yang fresh, didihkan air dan tutup api. Kemudian masukkan udang size XL ke dalam air panas selama 1-2 minit sahaja.


Mudahkan buat mee udang ni? Cuma bahan saja banyak di gunakan.



Selamat mencuba you all!

xoxo