Showing posts with label Sambal Paru. Show all posts
Showing posts with label Sambal Paru. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

SAMBAL PARU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you



Hari ni nak share sambal paru sedap and simple. Sedap tu pada taste buds I lah ye hehe. My niece teringin sangat nak makan sambal paru.. asyik minta aje sampai dia buat kan Chocolat Brownies untuk I. Jadi Isnin lepas I pun buat lah sambal paru yang simple habis! Yelah balik keje dah pukul berapa kan? 

Di sebabkan dia ada di rumah I suruh dia sediakan dulu semuanya termasuk lah goreng paru tu dan tumbuk bahan-bahannya. Balik tinggal I masak je lagi.



   


Ingredient


 

300 gm cattle/cow lung

4 red chilies (seeded) *

10 bird’s eye chilies *

1 onion (bawang besar) *

1 thumb size shrimp paste

Salt to taste

Sugar to taste

1 tsp salt to rub the lung

1 tsp turmeric powder

5 tbsp vegetable oil

1 ½ cup of vegetable oil for deep frying

Water to boil









Method





Poach the lung for 20 minutes. Drain the water and set aside to cool. Thinly slice the lung, rub with salt and turmeric powder.



Heat oil over the medium heat, fry the lung until crisp. Drain the excess oil and set aside.



Roughly pound the * ingredients. Heat oil in a wok over the medium heat. Add in the * ingredients together with shrimp paste and cook for 15 minutes.



Pour some water, add in sugar, salt and let it shimmering until the gravy is thicken. Once the water absorbed, add in the crisp lung and mix them well. Turn off the heat and ready to serve.









Love,


Honey

Monday, June 9, 2014

SAMBAL PARU SEDAP

السلام عليكم
Peace be upon you



LOL! Bukan main lagi title post ni kan? Nak jugak tu letak 'sedap' kat belakang! Angkat bakul sendiri? Apa pendapat you all? Sebab I banyak kali terbaca blog orang update recipe title 'bla bla bla sedap' 'bla bla bla sedap'. So I pun nak lah jugak kan?? Hahaha!

Jom lah kita tengok recipe sambal paru ni. I campak-campak aje. 




Bahan A

300gm paru (di potong kecil selepas rebus/ ikut citarasa you all)
1 sk garam
1 1/2 sk serbuk kunyit
Air secukupnya untuk merebus
2 cawan minyak untuk menggoreng (tak payah banyak sangat sebab membazir je nanti hehe)


Bahan B

1 - 1 1/2 cawan cili kering kisar(yang telah di kisar dengan bawang merah, bawang putih dan belacan)
1 labu bawang besar (di hiris nipis)
1 keping bay leaf (daun salam)
1/2 sk asam  jawa extra adabi
1 sb gula / gula melaka (depend on you)
1/4 cawan minyak masak
1 1/2 cawan air 
Secubit garam



Cara-cara

Rebus paru selama 20 minit. Biarkan sejuk dan potong halus atau ikut citarasa you all. Ratakan garam dan serbuk kunyit pada paru tadi dan goreng hingga rangup. Toskan lebihan minyak dan ketepikan.

Panaskan minyak di dalam kuali atas api yang sederhana. Tumiskan cili kisar hingga naik minyak dan bau. Masukkan bay leaf, bawang besar, asam jawa, garam, gula dan air dan masak sehingga kering. Betul-betul kering dan naik minyak untuk kali kedua ye kawan-kawan??

Masukkan paru yang telah di goreng tadi dan gaul rata. Sedia di hidang.


Note : Bahan tumisan perlu di masak sehingga naik minyak supaya cili kisar tadi masak secukupnya. 

Saja nak share petua dapat cili kering yang cantik merahnya dan kurang biji. You all mestilah pilih cili yang kerinting sebab cili yang lurus yang cantik rupawan tu pedas sangat rasanya.

Masa potong cili tu potong halus menyerong. I guna gunting. Sebelum rendam ramas sikit bagi biji dia keluar and tampikan. So asingkan lah bijinya tu. 

Pastu baru rendam. I tak suka rebus dan blend sebab nanti bila simpan dalam fridge cili yang di kisar akan membeku. Dan I juga tak suka masukkan minyak masa blend untuk hancurkan biji sebab nanti rasanya tak sedap! Sebab tu I asingkan biji sebelum rendam.

Bila dah kembang cuci cili sambil ramas sikit and cuci dua tiga kali sebelum blend bersama bawang. :)






Makan dengan nasi panas-panas wei... Adoi I pulak yang meleleh air liur ni :)

Selamat mencuba recipe yang you all sememangnya dah tau ni keke!





Love,

Honey