Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Friday, February 19, 2016

SAMBAL CILI PADI IKAN BILIS SAMA PETAI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you




Hari ni nak share recipe sambal cili padi kering ikan bilis. Kadang-kadang dapat lauk sebegini dah cukup dan tak perlu cari lauk lain dah. Makan pula dengan nasi panas-panas kan? Kebetulan hari tu kakak ada bagi petai tapi dah hampir layu petainya sebab tak di masak. Jadi di ambil bijinya saja dan malas pulak rasanya nak kupas kulit putih tu. Semasa di rumah kakak hari tu, separuh dari petainya di masak cara begini juga. Agak terkejut bila anak buah makan sambal ni sebab dia tak makan petai. Entah kenapa dia makan dengan petai-petainya sekali. Sedap pulak rasanya barangkali hahahaha.










Bahan-bahan





1 ½ cawan ikan bilis

1 cawan biji petai

3 biji bawang besar *

Segenggam cili padi hijau *

1 ½ sudu besar gula putih (kuantiti terpulang pada anda)

1 sudu kecil asam jawa adabi

Garam secukup rasa

2 cawan air

¼ cawan minyak masak (atau lebih)

Minyak masak untuk menggoreng








Cara-cara





Rendam ikan bilis dengan air bagi mengurangkan rasa masin. Tapis hingga betul-betul kering. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.


Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana besar. Kisar bahan yang bertanda * bersama secawan hingga hancur dan tuangkan ke dalam minyak yang telah panas. Tumis hingga terbit minyak. 


Masukkan lebihan air, petai, garam, gula, asam jawa dan masak hingga sambal betul-betul kering dan terbit minyak sekali lagi. Kemudian baru lah masukkan ikan bilis yang di goreng tadi. 


Kacau sebati dan padamkan api. Sedia di hidang.







Nota : Jika petai agak layu, rendam sebentar dengan air sejuk.








Love,


Honey

 

 

Friday, December 18, 2015

SAMBAL IKAN BILIS SAMA TERUNG PIPIT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you





Semalam kita dah tengok resepi jantung pisang masak lemak kan? Hari ni I nak share pulak resepi yang jarang sekali kita jumpa. Lauk ini juga menjadi kegemaran I dan menggembirakan perut semua orang termasuk lah pada orang yang tak pernah makan terung pipit ni. Bila di bagitau nama terung ni di suruhnya kita ulang semula kerana tidak pernah dengar. Kelakar bukan? 

Siapa suka lauk ini? tapi selalunya lauk ini menjadi kegemaran penduduk di utara tanah air.. bukan kah begitu Ana dan Kak Mala?
Hehehe...















Bahan-bahan



1 cawan ikan bilis
1/2 cawan terung pipit
6 biji cili merah (di buang biji)*
10 biji cili padi*
1 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
Belacan (sebesar ibu jari)*
1/2 sk asam jawa adabi
Garam secukup rasa
1 sb gula
2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
Minyak masak untuk menggoreng






Cara-cara


Rendam ikan bilis sebentar bagi mengurangkan rasa masin dan cuci bersih serta toskan hingga kering. Jika perlu tap dengan kitchen towel.


Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. Goreng terung pipit hingga layu dan ketepikan.

Kisar bahan yang bertanda * bersama 1 cawan air. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang di kisar hingga wangi dan terbit minyak. Masuk lebihan air bersama garam,gula dan asam jawa dan masak sambal hingga benar-benar kering.

Kemudian, masukkan ikan bilis serta terung pipit ke dalam sambal dan kacau sebati. Padamkan api dan sedia di hidang.





Mudah bukan? Silalah mencuba ya dan pasti akan makan bertambah-tambah :)









Love,



Honey




Wednesday, October 22, 2014

SAMBAL BADJAK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you





Tengah buat apa tu you all? Dah masak untuk tengahari? I tengah nak masak nasi beriyani kambing ni.. Sambil-sambil tu update lah blog sekejap ye? Ini homemade Sambal Badjak and ready for delivery. Jika you all berminat boleh tinggalkan komen tapi I hanya buat COD area Bukit Jelutong, Shah Alam (area Giant), Petaling Jaya dan Puchong sahaja.

Sambal ni boleh terus di makan. Sedap di makan bersama ayam goreng, ikan goreng, ikan bakar, sotong bakar, udang bakar.. Boleh juga di jadikan perencah nasi goreng, mi goreng, koay teow goreng, ayam berlada dan sebagainya. 

Harga promosi pengenalan dengan hanya RM8.00/Jar. Kalau you all suka makan sambal boleh lah order :)



Love,

Honey

Monday, June 16, 2014

SAMBAL NASI LEMAK

السلام عليكم
Peace be upon you


I cooked a simple Nasi Lemak (Rice cooked with coconut milk and few spices) for yesterday brakfast. Sebab ada orang minta nak makan sambal kerang. So dengan rela hati pegi lah pasar basah cari lauk untuk lauk nasi lemak lepas solat subuh tu. Siap mandi-mandi and nak pakai baju nampak jiran sebelah dah tunggu tepi pagar rumah. Katanya "Oi... dah 7.30am!" I pun jawablah "Eh dia jugak kata semalam nak pergi pukul 7.30am??" Kelam kabut lah I bersiap! Lepas tung tang tung tang masak kitaorang pun picnic lah kat depan rumah dia macam biasa. Jiran I pulak buat koay teow goreng :)

Tapi hari ni bukan nak update pasal resepi nasi lemak tapi nak update resepi sambalnya :)



Ingredients


200-300gm dried chillies
1 1/2 onions (thinly sliced, bawang besar ye kawan-kawan)*
1 1/2 onions (slice about 0.5cm thick)
6 cloves garlic (thinly sliced)*
3 thumbs size shrimp paste*
1 thumb size garlic *
1 1/2 tsp tamarind paste (I guna yang asam jawa extra Adabi)
Brown sugar (depend on you ; for your liking, You can substitute with gula melaka)
Salt (depend on you ; for your liking)
1 bay leaf
4 cups of water
3/4 cup vegetable oil


Method

Seeded and soak dried chillies in water for an hour. Place dried chillies, a of cup water and * ingredients in the food processor and grind till it turned to paste.

Heat oil in a wok over medium heat. Pour in chili paste, simmer till fragrant and water absorbed. Add in a cup of water and simmer till the water absorbed for second time. Once the water absorbed, add in the remaining 2 cups water, brown sugar, salt, bay leaf, tamarind paste and sliced onions. Cook till the water absorbed for third time.

You can use the sambal to cook Sambal Kerang or Sambal Udang. Senang hidup! :)

Caranya, ambil sikit sambal yang dah masak tadi dan masukkan ke dalam periuk atau kuali yang lain. Panaskan sambal kemudian masukkan udang atau kerang. Masak udang selama 1-2 minit and sedia di hidang. Udang tak perlu masak lama sebab nak mengekalkan kesegarannya.


Then, boleh lah di gandingkan dengan it accompaniments seperti ikan bilis, hirisan timun, telur rebus dan kacang. I malas nak goreng kacang tapi segan lah nak letak pistchios and cashew nuts pulak sebab macam tak kena je hehe.



Selamat mencuba you all!



Love,

Honey