Showing posts with label Sambal Petai. Show all posts
Showing posts with label Sambal Petai. Show all posts

Friday, February 19, 2016

SAMBAL CILI PADI IKAN BILIS SAMA PETAI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you




Hari ni nak share recipe sambal cili padi kering ikan bilis. Kadang-kadang dapat lauk sebegini dah cukup dan tak perlu cari lauk lain dah. Makan pula dengan nasi panas-panas kan? Kebetulan hari tu kakak ada bagi petai tapi dah hampir layu petainya sebab tak di masak. Jadi di ambil bijinya saja dan malas pulak rasanya nak kupas kulit putih tu. Semasa di rumah kakak hari tu, separuh dari petainya di masak cara begini juga. Agak terkejut bila anak buah makan sambal ni sebab dia tak makan petai. Entah kenapa dia makan dengan petai-petainya sekali. Sedap pulak rasanya barangkali hahahaha.










Bahan-bahan





1 ½ cawan ikan bilis

1 cawan biji petai

3 biji bawang besar *

Segenggam cili padi hijau *

1 ½ sudu besar gula putih (kuantiti terpulang pada anda)

1 sudu kecil asam jawa adabi

Garam secukup rasa

2 cawan air

¼ cawan minyak masak (atau lebih)

Minyak masak untuk menggoreng








Cara-cara





Rendam ikan bilis dengan air bagi mengurangkan rasa masin. Tapis hingga betul-betul kering. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.


Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana besar. Kisar bahan yang bertanda * bersama secawan hingga hancur dan tuangkan ke dalam minyak yang telah panas. Tumis hingga terbit minyak. 


Masukkan lebihan air, petai, garam, gula, asam jawa dan masak hingga sambal betul-betul kering dan terbit minyak sekali lagi. Kemudian baru lah masukkan ikan bilis yang di goreng tadi. 


Kacau sebati dan padamkan api. Sedia di hidang.







Nota : Jika petai agak layu, rendam sebentar dengan air sejuk.








Love,


Honey

 

 

Wednesday, July 8, 2015

SAMBAL PETAI SAMA UDANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you


Apa khabar kawan-kawan? Hari ni I nak share resepi sambal petai yang agak old skool. Hari tu ada nampak Kak Noor update resepi sambal petai old skool. Kali ini I pula ya dan I tak belah pun petai tu. I biarkan sebiji-sebiji sebab my Mom suka macam ni jadi bila makan tu krup krap krup krap bunyinya hehe. This kind of sambal petai is remind me of my childhood days.




Bahan- bahan

3-4 papan petai (buang bahangian yang tidak di gunakan and kulit petai di kikis)
10-15 ekor udang size L (terpulang pada you all - di buang kulit dan tinggalkan bahagian ekor)
3/4 cili kisar (yang telah di kisar bersama bawang merah, bawang putih dan belacan)
1/2 sk asam jawa adabi    
Garam secukup rasa
Air secukupnya (lebih kurang 1 cawan setengah)
Sedikit minyak masak  


Cara-cara 

Bersihkan petai dan rendam seketika supaya tidak lebam. Cuci udang dan tapiskan.

Panaskan minyak di dalam kuali atas api yang sederhana. Tumiskan cili kisar hingga terbit minyak. 

Tuangkan air, masukkan garam, asam jawa dan masak selama 15 minit. Masukkan petai dan masak hingga sambal sedikit kering.

Masukkan udang dan masak selama seminit atau lebih. Padamkan api dan sedia di hidang.

P/S : Jangan masak udang terlalu lama bagi mengekalkan kesegarannya dan kerangupannya.




Mudah kan? Selamat mencuba!



Love,


Honey


  

   

Monday, April 21, 2014

SAMBAL PETAI DENGAN IKAN MASIN (SPICY SALTED FISH WITH STINKY BEANS)

السلام عليكم
Peace be upon you


Lama betul tak update resepi kan? Due to water rationing, I 've no mood to cook at all. Last week sebab teringin sangat baru lah I masak. Terpaksa beli dua tong air untuk simpan stock. Sigh.


Adapted From : Just Try & Taste


Ingredients 

2 salted sea catfishes (ikan kering duri)- cut to small pieces (You can use any type  of salted fish)
10 red chillies (seeded)*
4 shallots *
3 cloves garlic *
1 handful stinky beans (halved)
2cm garlic *
1/2 cube chicken stock
1 tbsp sugar
1/2 thumb size shrimp paste
1 cup vegetable oil

* I tak masukkan cili kering dan cili padi sebab tak tahan pedas hehe.


Method

Soak salted fish in the water and drain. Heat oil in a wok over medium heat. Frying the salted fish till crispy and brown and set aside.


Place the * ingredients in the food processor and grind it for few seconds. Use the same cooking oil about 4 tbsp and heat over medium heat. Add in the grinded ingredients, chicken stock, shrimp paste and sugar and simmer for 5 minutes. If too dry add in lil bit water and cook till the water absorbed.


Add in stinky beans and cook for a minute and finally, add in the salted fish. Mix them well and ready to serve.


Note :

Soak the salted fish in the water to reduce the saltness.

I tak tambah salt sebab minyak masak gorengan ikan masin tu dah cukup masin.

Kalau guna ikan masin talang lebih sedap sebab banyak isi :)



Apa lagi? Sure lah makan bertambah-tambah kan? Layan pulak dengan kerabu pucuk paku tu. Memang tak ingat orang sebelah sebelah lah :) 

First time cuba masak petai with ikan masin and red chillies instead of dried chillies memang terbaik! Terima kasih my dear Endang! Takkan rugi jika mencuba.

 

Love,

Honey