Monday, April 25, 2016

GARDEN UPDATE : PART 22

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you




Saja nak tayang pokok kari kesayangan :)



Tinggi lebih kurang 2 meter.. Bila di siram daunnya akan menunduk malu :)





 Lagi dua pokok tu nanti I akan update kan ya?






Love,


Honey
  

Tuesday, April 12, 2016

SEPARUH JIWAKU PERGI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you


Ini adalah penyebab kenapa my blog lack of post recently. I loss my baby on 28/02/2016 night at my hometown. Siang tu I keluar early morning coz banyak tempat nak pergi. Tengahari ada call ayah tanya Ben and he said that Ben tak nak makan sebab I takde rumah.. Then when I'm home at night Ben dah takde :( Dia tak pernah pegi jauh and takkan pegi jauh so kebarangkalian besar dia di makan ular sawa.

But I do really hope yang perkara sedemikian tidak terjadi and biar lah Ben sebenarnya jalan jauh and sesat and now dia di jaga oleh orang lain. Solat hajat serta usaha sudah di lakukan tapi Ben masih takde berita.

The next two weeks lepas Ben hilang I balik kampung lagi sekali to check on him.. Pegi ke kampung sebelah sebelah, and tanya rumah ke rumah but still no any news. 4 kali Ben datang dalam mimpi tapi semuanya dalam keadaan hidup.. wallahualam. Jika Ben benar-benar sudah mati Mommy redha but sekiranya Ben masih hidup, pulang lah rumah Tok.. nanti Mommy ambil Ben ya.

Till today masih teringatkannya hari-hari tanpa henti, masih kesal, masih ralat dan masih menangis hampir setiap malam sebelum tidur. Terlalu rindu...

Ini adalah gambar-gambar terakhir Ben yang di ambil hari pertama sampai di kampung. 



       
Gambar Ben di gantung di setiap jalan masuk ke kampung. 


I remember the first day you woke me up at 5 oclock in the morning by touching my cheek with your paw. And you started doing the 'wake up calls' everyday without miss.

Hey, did you remember your favorite red pillow? Do you miss it?
The weeds are growing longer.. Where are you? I am waiting for you to mow the lawn together like our old days.

Oh..oh.. Did you remember "1...2...3...!!"? You chased the seed and brought it back to me. You love it so much huh?

Did you remember the last time your Dad rub your head gently? Yeah.. I know that you like him too right? But you've no chance to spend more time with him. I am truly sorry.. 

Where are you? What are you doing? How are you? What did you eat? Did you drink more water, Ben?
Will you come back?


Mommy miss you so much, Ben!

Monday, April 11, 2016

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI SAMA BELIMBING BULUH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you









Bahan-bahan

500gm daging salai, batang pinang(di hiris nipis)
6 ulas bawang merah* 
3 ulas bawang putih*
Sebesar ibu jari halia*
Sebesar ibu jari ubi kunyit*
10-15 biji cili padi*
3 batang serai (di titik)
3-4 helai daun limau purut
1 asam keping saiz kecil
8-10 biji belimbing buluh
5 sudu besar minyak masak
3 cawan air
2 cawan santan
Garam secukup rasa




Cara-cara

Panaskan minyak di atas api yang sederhana. Kisar bahan yang bertanda * hingga lumat dan tumiskan bersama serai hingga naik bau dan sedikit keperangan.

Masukkan daging, asam keping, daun limau purut, garam dan kacau sebati. Kemudian boleh masukkan air dan masak hingga daging empuk serta kuah sedikit pekat. Masukkan santan dan belimbing buluh, masak hingga belimbing lembut. Kacau sentiasa bagi mengelakkan santan pecah minyak.
Sedia di hidang.



 





Love,


  Honey  







       
      

Thursday, February 25, 2016

FOOD HUNTING : KUANTAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you






January yang lepas I pergi ke Kuantan bersama seorang teman dan anak buah. Tidur semalaman saja kerana masing-masing ada commitment. Kami mula perjalanan dari rumah lebih kurang jam 9am dan sampai di Kuantan lebih kurang jam 12pm. 

Persinggahan pertama di Kuantan adalah Restoran Akob Ikan Patin. Kami mencuba patin buah walaupun harga seketul ialah RM25. Memang puas hati.. tak hanyir langsung dan manis! Kuahnya pon sedap. Total amount RM48.50.


  



Sesudah makan kami pergi ke East Cost Mall untuk membeli SD Card. Kemudian terus ke hotel untuk check-in. Sesudah membersihkan badan, berehat sebentar dan solat Zohor kami terus ke Mustafa Cendol. Cendolnya biasa saja tapi ramai betul orang yang datang. Service juga lambat. Minta lap meja pun ambil masa yang lama. Cendol sudah separuh makan baru lah maggi goreng sampai. Total amount RM12.00.







Perut pun dah kenyang, kami terus ke Pantai Teluk Cempedak. Nak juga singgah di Satay Zul tapi dah takde space lagi nak masukkan :)






Setelah penat berjalan, bermain, bergambar kami pun pulang semula ke hotel. Berehat-rehat dan solat. Selesai solat kami ke luar untuk makan malam pula di Tanjung Lumpur. Restoran Mail Ikan Bakar menjadi pilihan kami dan memang berbaloi-baloi dan juga berpuas hati! Kami memilih ikan masak sweet sour kot, ketam masak pedas,udang lipan masak pedas, kailan sos tiram, udang goreng tepung dan juga air fresh orange. Semuanya segar dan manis. Rugi tak pilih ketam nipah hehe.. Sekilo RM60.00 katanya. Takpe lah lain kali boleh cuba lagi. Total amount RM151.00







Di sebabkan we all semua nak fresh orange maka dengan suka hati we all order lah one jug. Ku fikirkan jug kaca macam kenduri kawin or yang selalu serve kat kedai tu sekali yang datang ha amik kau sedebuk jug besar. Minum 3 orang je haha.. Mesti orang yang ambil order tu terkejut masa we all cakap nak 1 jug haha.
Lepas makan we all terus balik hotel sebab memang tak boleh gerak dek kekenyangan haha.

Esok paginya we all had light breakfast di hotel sebelum keluar. Tempat seterusnya ialah Ida Nasi Minyak di Tanjung Api. Kedainya tepi jalan saja dan memang penuh dengan orang. Kami ambil nasi minyak dengan ayam masak merah, nasi kerabu dan juga laksam. Memasing teringin laksam tu sudahnya tak habis haha. Sebab kitaorang memasing makan nasi minyak dengan nasi kerabu. Total amount RM21.40.




Setelah puas makan kami terus ke hotel berehat sebentar dan check-out. Kami menuju ke destinasi seterusnya apa lagi kalau bukan mencari keropok lekor hehe. Kami memilih Keropok Lekor Ghani Black. Yang kecil sedikit RM1 manakala yang besar RM2 sebatang. Apa lagi kita orang borong lah.. Bahagian jiran tetangga juga tidak di lupakan. 





Dah habis borong keropok lekor kami terus ke Kula Cakes. Mencuba the famous mango cheesecake. Boleh tahan tapi takde lah sampai wallahhh gitu kan.. ok lah not too sweet for my taste buds. Total amount RM44.90.

  


Dan kemudian kami bertolak pulang ke KL lebih kurang jam 1.30pm. Sampai KL lebih kurang jam 4pm. Hantar budak-budak tu dulu dan kemudian baru lah pulang ke rumah I... home sweet home.. :)






Love,


Honey