Peace be upon you
Hari ni nak update sikit tentang kebun sekangkang kera tu.
Bila supply untuk sayur dah habis kena lah menyemai balik kan?
Bila menyemai tanpa tag sudah tentu akan hilang ingatan. Tapi rasanya yang di sebelah kanan itu ialah selasih manakala di sebelah kiri pula ialah sawi.
I juga ada menyemai benih bayam merah. Harap kali ni daunnya
tak kena serangan serangga.
Percaya atau tidak I tak pernah berjaya menanam pokok
tomato. Panjang sejengkal or sedepa terus mati. But kali ni berjaya and berbunga.
Tak sabar nak tengok hasilnya nanti.
Tak ku sangka benih asparagus yang di semai juga menunjukkan
hasil. Hip hip hooray! Lepas ni boleh lah makan asparagus puas-puas. Kalau beli
di pasaraya sudah tentunya mahal. Tambah lagi asparagus jebis besar tu lagi lah
mahal. Maaflah gambar tak berapa jelas.. :(
Lihat lah roselle I.. Ini ialah buah sulung.. Whoa tak sabar
rasanya nak buat jus. Harap keluar lagi banyak buah supaya dapat bikin jus satu
jug besar hahahaha.
Daun saderi / daun sup ni bukan main lagi suburnya. Tengok
lah.. hijau betul daunnya. Pokok ni I tanam dari keratan akar saja. Buat masak
apa entah hari tu, cuba tanam akarnya menjadi pulak. Daun sup ni memang menjadi
aje. Cuba kalau daun ketumbar, tak pernah menjadi! Dah tumbuh sampai sejengkal
pun boleh tiba-tiba layu and terus kering. Hai lah… apa yang tak kena pun tak
tau lah.
I sowed the seed few months back and my avocado plant was safely transferred on the ground last two days. Please grow well ok?? At first I rendam dalam air untuk rooting and shooting. I rendam lebih kurang 2 bulan nak masuk 3 bulan rasanya tapi takde pun keluar akar. Cuma pucuknya dah mula nak keluar lah. Apa I buat ialah, I bawa balik (sebab rendam kat opis hehe) then tanam atas raised bed. Masuk minggu kedua or ketiga kot dah keluar daun. Alhamdulillah.. Lambat benor nak keluar akar kalau di rendam.Hahahaha.
I lupa ambil gambar pokok labu I lah. Esok I re-update this blog ya. Tunggu tau!
Love,
Min Ho's
Buah tomato saya pun tengah galak berbuah, masa tengah berbunga tu jentik-jentik sikit bunga dia untuk galakkan pendebungaan. anyway, nampak segar-segar pokoknya, good luck with your garden!!
ReplyDeleteOh hi Wanie! Jentik? My Mom kata jangan di usik coz nanti bunganya gugur hahaha. Takpe nanti kita try jentik satu kali ya. Jadi atau tidak. Thank you for the tips!
Deletebunga tu gugur sbb tak didebungakan, jadi tak menjadi buahla..kalau x berani jentik cuba gegar-gegar sikit pangkal pokok, jgn kuat-kuat, manja-manja je hehehe
DeleteBaik.... hehe. Terima kasih Wanie!
Deletebestnyerr..kite punye pokok cili dgn pokok letup2 dah babaiiii... kene serang ngan yg putih2 tuuuuuuuuuuuu :'(
ReplyDeleteHi Julie!
DeletePutih-putih yang halus macam debu tu ke??? Aiyooo I pun ada you... kena ikhtiar mcm mana nak hapuskan lah macam ni!
wahh.. semuanya gebu gebas ni... envy tengok pokok daun sup tu... enjoy cuci mata tengok tanaman Honey.. soothing and beautiful photos...
ReplyDeleteGambar tak berapa nak cantik sebab guna hp aje kan? Nak nak yang benih asparagus tu. Tak boleh nak fokus sebab benih tiny sangat hihihi.
DeleteSalam dari Bunda...
ReplyDeleteCantik dan subur2 tanamannya...terutama daun sadri tu.. Ialah parasit yang debu putih tu memang bahaya pada tanaman...macamana nak ngelakkan tu?
Salam Bunda...!
DeletePernah baca di blog, mereka kata tumbuk beberapa bawang putih dan campurkan dengan air. Sembur pada tanaman yang ada parasit putih tu. Saya baru cuba sekali. Tapi masih ada. This weekend nak kena belek lah pokok-pokok tu. Geram pulak saya.
Wah...congrat tomato dah sam[pai keperingkat akhir ujian....kak harap berbuah ya Honey....kak punya tomato ituhari naik sebiji saja...kedekut betul nak berbuah!
ReplyDeleteAlhamdulillah.. harap berbuah lah kak oi. Ni tengah berbunga tapi belum nampak putiknya lagi. Harap berputik soon lah. Alahai.. sedihnya nooo? Sebiji ja di abagi kat akak. Takpe cuba lagi..
DeleteWow!! hydroponic...
ReplyDeletePin...pin
ReplyDelete