السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you
Apa khabar kawan-kawan sekalian? Masih adakah yang singgah ke blog ini? Sihat kah kawan-kawan blogger yang lain.
Terasa rindu yang amat di hati untuk berbual-bual dengan kawan blogger yang lain. Maafkan I ya sebab lama tak muncul di sini oleh kerana kekangan masa.
Hari ni I perasan ada seseorang yang tidak di undang stalk IG I.. Sudah-sudah lah tu mengganggu kententeraman hidup I. I juga ingin hidup normal dan tenang macam orang lain. Berikan sedikit simpati tu pada I walaupun hanya ada sekelumit di hati you tu. Cukup sudah dengan apa you dah buat pada I selama ni. I've nothing.. so sudah-sudah lah ye??
Hingga bertemu lagi wahai sahabat-sahabat ku.
Love,
Honey
Friday, May 29, 2015
Monday, April 27, 2015
P I C N I C
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you
We went to Pantai Morib for a picnic on last Saturday with fambam. The weather was not so pleasure earlier and slowly became brighter when we reached there. Thank God!
Here are some of the photos that I took from my iPhone gallery.
Anyhow, we enjoyed the picnic very much. :)
Peace be upon you
We went to Pantai Morib for a picnic on last Saturday with fambam. The weather was not so pleasure earlier and slowly became brighter when we reached there. Thank God!
Here are some of the photos that I took from my iPhone gallery.
Anyhow, we enjoyed the picnic very much. :)
Love,
Honey
Thursday, April 16, 2015
NASI DAGING
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Peace be upon you
Recipe adapted from : Intai-Intai Dapur FHA
Adjusted by : Honey
Peace be upon you
Recipe adapted from : Intai-Intai Dapur FHA
Adjusted by : Honey
Daging
Bahan
– bahan
1kg daging lembu
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil lada hitam (biji)
1 biji bawang besar (di belah empat)
5 biji bawang putih
3 cm halia (di hiris nipis)
1 kiub lembu knorr
2 sudu kecil garam
2 liter air
Cara
– cara
Cuci daging hingga bersih. Campurkan
semua bahan dan masak selama 40 minit atau sehingga daging empuk.
Bila daging sudah empuk, ketepikan air
rebusan untuk memasak nasi. Bila daging sudah sejuk, potong nipis. Ketepikan.
Nasi
Bahan
– Bahan
400 gm beras (I guna beras biasa)
2 sudu besar minyak sapi
5 biji buah pelaga *
10 biji bunga cengkih *
2 biji bunga lawang *
1 batang kulit kayu manis *
1 sudu kecil lada hitam (biji) *
½ sudu kecil jintan manis (biji) *
1 biji bawang besar (di belah empat) *
3 biji bawang putih (di hiris nipis) *
1 helai daun pandan (di simpul) *
Daging (yang telah di rebus dan di hiris
nipis)
2 3/4 cawan air rebusan daging (depend on you)
½ cawan susu cair
Sedikit garam jika perlu
Cara
– cara
Cuci beras hingga bersih, tapis dan
ketepikan. Panaskan periuk rice cooker (periuk bahagian dalam rice cooker) di
atas api yang sederhana dan cairkan minyak sapi. Tumis bahan yang bertanda *
hingga keperangan dan naik bau.
Masukkan beras serta daging ke dalam bahan tumisan dan kacau sebati. Masukkan periuk tadi ke
dalam rice cooker and tekan butang ‘cook’. Tuangkan air rebusan serta susu cair dan
kacau sebati. Masukkan secubit garam untuk rasa. Tutup dan biarkan masak sepenuhnya dan
gemburkan dengan garpu bila sudah masak.
Dalca
Bahan
– Bahan
1 biji bawang besar (di hiris halus) *
3 biji bawang putih (di hiris halus) *
2 cm halia (di hiris batang mancis) *
2 biji bunga lawang *
1 batang kulit kayu manis *
1 sudu kecil asam jawa adabi
3 sudu besar serbuk kari daging
¼ cawan kacang dhal
300 gm daging (di potong dadu / nipis)
2 biji terung bulat ( di belah enam)
3 biji kentang ( di belah enam)
1 lobak merah (di potong baji)
5 kacang panjang (di potong sepanjang 3cm)
800 - 1000 ml air
½ cawan santan pekat
¼ cawan minyak masak
Garam untuk rasa
Cara
– Cara
Cuci kacang dhal hingga bersih dan rendam
selama ½ jam. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan yang bertanda *
hingga keperangan dan naik bau. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan
masukkan ke dalam bahan tumisan. Kacau sebati dan masak hingga naik minyak.
Masukkan kacang dhal, daging yang telah
di cuci serta air, kacau sebati dan reneh hingga kacang & daging empuk.
Jika air hampir kering, masukkan sedikit air.
Setelah daging empuk, masukkan semua
sayur kecuali kacang panjang dan juga
boleh masukkan santan pada waktu ini. Masak hingga kentang sedikit empuk dan
terung sedikit layu, kemudian bolehlah masukkan kacang panjang ke dalam dalca
tersebut. Tambah garam dan asam jawa, masak sehingga kacang panjang sedikit
layu. Padamkan api.
Air
Asam
Bahan
– bahan
2 biji tomato (di hiris halus)
10 biji cili padi (di hiris halus)
1 biji bawang besar (di hiris halus)
3-4 biji cili merah (di buang biji)
¼ cawan kerisik
1 ½ sudu besar asam jawa adabi
5-4 cm belacan (yang telah di bakar)
Sedikit garam untuk rasa
2 sudu besar gula
2 cawan air
Cara
– cara
Tumbuk cili merah dengan belacan hingga lumat. Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
Love,
Honey
Subscribe to:
Posts (Atom)